Yayasan Basmi Kemiskinan hanyalah sebuah yayasan persendirian yang ditubuhkan di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952, di bawah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri. Matlamat yayasan ini adalah membantu kerajaan membasmi kemiskinan melalui program sosio-ekonomi & pendidikan. Misi ‘Tiada Lagi Keluarga Termiskin Di Selangor Pada 2005’ ditukar kepada ‘Negara Sejahtera, Maju Dan Bebas Dari Kemiskinan’ selepas Selangor diistihar sebagai Negeri Maju pada akhir 2005. Operasi & pengurusan YBK dikawalselia oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, melalui Instrument Of Trust YBK.
Apakah Pencapaian YBK ?
YBK telah membangunkan 9 penempatan PPRT untuk lebih 400 keluarga termiskin (Desa Kasih), membina semula 458 buah rumah dan membaikpulih 129 rumah keluarga termiskin seluruh negeri Selangor.
YBK juga melaksanakan program pemulihan sikap dan program sosio-ekonomi peserta Desa Kasih, program bantuan makanan untuk 628 keluarga termiskin seluruh negeri (1998), program pembangunan sosio-ekonomi keluarga termiskin (2001-2003), program bantuan modal & kemahiran berniaga golongan ibu tunggal dalam perniagaan makanan (2001), program sosio-ekonomi peserta Desa Kasih (2003) dan program sosio-ekonomi golongan termiskin di Selangor (2005-2006).
YBK telah membantu meningkatkan prestasi SPM ribuan pelajar miskin bila diberi tuisyen SPM percuma untuk 16,796 orang pelajar miskin sekolah luar bandar seluruh negara (sejak 1993), membiayai latihan kemahiran sijil professional, FASTRACK kepada 681 orang belia keluarga miskin seluruh negeri (1995-1998), membiaya latihan kemahiran kepada 115 orang pelatih dari keluarga miskin (2003-2005).
Sejak 1994, YBK telah membiaya kos sara-hidup dan persekolahan 2,509 pelajar anak yatim dan termiskin di Asrama Kasih YBK Serendah dan pembiayaan sara-hidup, penginapan & belajar 227 orang pelajar termiskin di Asrama Kasih YBK Gesir.
Kolej Komuniti YBK Banting melahirkan 1,200 graduan diploma dari kalangan keluarga miskin, Pusat Latihan YBK Kuala Selangor melatih 1,173 orang dari keluarga miskin dalam pelbagai kemahiran, Kolej Komuniti YBK Tg Malim melahirkan 330 orang pelajar dalam diploma dan Akademi Kemahiran YBK Gesir melatih 114 orang pelatih dari miskin mengikuti latihan kemahiran.
Bagaimana YBK mendapat sumber kewangan & apa yang dibelanjakan ?
Pendapatan YBK adalah sebanyak RM101,600.776.15 di mana ia disumbang oleh geran Kerajaan Persekutuan (RM14,005,518.15), sewa (RM4,686,424.00), sumbangan orang awam dan swasta (RM24,993,478.00) dan lain-lain (RM57,915,356.00)
YBK membelanjakan sebanyak RM83,445,206.53 iaitu pogram Pendidikan (RM15,447,160.67), Projek Sosial (RM19,526,072.00), Program DKC & KUNTUM (RM4,800,109.86), Lain-lain (RM1,183,324.00), Pentadbiran (RM12,581,418.00), Susutnilai (RM9,422,182.00), Kewangan & Pelaburan (RM18,568,004.00) & peruntukkan HutangLapok(RM1,916,936.00)
Aspirasi YBK - Pembangunan UiTM Serendah
Pada tahun 1995 Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan YBK tanah seluas 1,900 ekar di Serendah, Hulu Selangor, berstatus mixed development. Tanah tersebut telah dikurniakan pada premium yang rendah untuk membantu menambah dana YBK melalui anak syarikat Permodalan YBK Sdn Bhd.
Rancangan usahasama YBK untuk memajukan tanah tersebut sering menghadapi kegagalan disebabkan kedudukan tanah 4km dari jalan utama dan PYBK perlu membina jalan dan membeli 4 plot tanah yang menghubungkan tanah PYBK dengan jalan terdekat. Kos pembinaan jalan masuk dianggarkan RM19 juta menyebabkan tanah tersebut gagal dibangunkan dan menyumbang kepada tunggakan cukai tanah.
Walau bagaimanapun tawaran membangunkan kampus UiTM Serendah di atas tanah YBK bernilai RM300juta dan kontrak penyeliaan kampus selama 20 tahun oleh kerajaan Malaysia kepada anak syarikat YBK pada akhir 2009 telah memberi harapan baru kepada YBK. Malah ia memberi harapan kepada penduduk Serendah khususnya dan Selangor amnya.
Kuasa - Tan Sri Khalid Ibrahim
Malangnya setelah mendapat semua kelulusan teknikal, PYBK gagal mendapatkan kelulusan kebenaran merancang dari Kerajaan Selangor. YAB Dato Menteri Besar Selangor mahu menjadi Pengerusi YBK dan beberapa orang EXCO sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sebagai pra-syarat. Syarat ini adalah bertentangan dengan peruntukkan Instrument Of Trust YBK. Oleh kerana YBK tidak bersetuju dan hanya menawarkan Timbalan SUK (Pembangunan) dan Pegawai Kewangan Negeri & sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, PYBK gagal mendapatkan kebenaran merancang dari Kerajaan Negeri Selangor.
Akibatnya bukan sahaja YBK atau PYBK yang mengalami kerugian berjuta ringgit tetapi seluruh rakyat Serendah dan Selangor telah kehilangan peluang aktiviti ekonomi akibat terlepas pembangunan kampus UiTM.
Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor - Bertekad Rampas Tanah YBK
Kerajaan Selangor bertekad merampas tanah milik YBK atas alasan gagal melunaskan cukai tertunggak sebanyak RM5.4 juta dan Notis 6(A) yang dikeluarkan telah tamat tempuh.
Isu asalnya adalah cadangan pembangunan kampus UiTM oleh PYBK di atas tanah milik PYBK. Bila YBK gagal memenuhi kehendak YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil alih YBK, PYBK bukan sahaja tidak diberi kebenaran merancang malah tanah pula akan dirampas
Tempoh tamat pembayaran cukai tanah yang tertunggak ialah 29 Jan 2010, 11.59 malam. Tetapi pada Isnin 1 Februari 2010, Yayasan Melaka mendapat persetujuan lisan Bendahari Negeri Selangor dan membuat pembayaran kesemua cukai tanah tertunggak sebanyak RM5.4 juta di CIMB Bank sebelum pukul 3 petang, 1 Februari 2010.
Isu asalnya adalah cadangan pembangunan kampus UiTM oleh PYBK di atas tanah milik PYBK. Bila YBK gagal memenuhi kehendak YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil alih YBK, PYBK bukan sahaja tidak diberi kebenaran merancang malah tanah pula akan dirampas
Tempoh tamat pembayaran cukai tanah yang tertunggak ialah 29 Jan 2010, 11.59 malam. Tetapi pada Isnin 1 Februari 2010, Yayasan Melaka mendapat persetujuan lisan Bendahari Negeri Selangor dan membuat pembayaran kesemua cukai tanah tertunggak sebanyak RM5.4 juta di CIMB Bank sebelum pukul 3 petang, 1 Februari 2010.
Malangnya Kerajaan Selangor memulangkan bayaran RM5.4 juta notis 6(A) dengan alasan pihak Yayasan Melaka tidak boleh membayar bagi pihak YBK. Ironisnya bayaran cukai tanah pada Ogos 2009 berjumlah RM1.28 juta yang tidak termasuk dalam notis 6(A) juga dipulangkan. Penasihat Undang-Undang diminta semak betul-betul peruntukkan dalam Kanun Tanah Negara.
Apakah kerugian YBK ?
Sumber kewangan YBK selama ini bergantung kepada geran kerajaan pusat, pendapatan sewa, sumbangan orang ramai & swasta, keuntungan pelaburan & dividen dan pulangan modal. Lembaga Pemegang Amanah YBK berharap keuntungan dari kontrak pembangunan kampus UiTM Serendah akan memberi harapan keuntungan yang memastikan YBK terus relevan membantu kerajaan membasmi kemiskinan, membiayai sara hidup pelajar-pelajar miskin di Asrama Kasih YBK, membiayai tuisyen pelajar miskin dan berbagai program pembasmian kemiskinan.
Tapi bila Kerajaan Selangor menentang usaha YBK ini malah bertekad merampas tanah YBK dan memburukkan nama baik YBK, tahu YAB Menteri Besar Selangor yang dia sedang merampas hak dan masa depan anak-anak yatim dan fakir miskin di Selangor ?