Thursday, September 25, 2008

Khutbah Jumaat Masjid SS7 Kelana Jaya

Hari ini saya sembahyang Jumaat di Masjid SS7 Kelana Jaya, dekat pejabat. Di sini lah saya solat jumaat setiap minggu kecuali jika bertugas luar. Ada beberapa orang khatib (tak kenal nama) biasa membaca khutbah yang saya suka sebab khutbahnya sangat baik contentnya.
Tapi hari ini khatib baru yang membaca khutbah. Khutbahnya mengatakan betapa rugi dan sia-sia jemaah sebab tidak menjalankan ibadat puasa seperti yang dituntut. Ini termasuklah bila orang Islam merayakan hari raya dengan hiburan dan bersuka-ria. TV juga bersubahat membawa orang Islam kepada amalan kufur apabila dari pagi ke pagi menghidangkan hiburan. Khutbahnya seolah-olah menghukum dan mengredkan orang je. Malah macam dia nak sampaikan bahawa amalan orang Islam sangat merugikan seolah-olah macam orang bukan Islam jugak. Khutbahnya juga penuh semangat dan kuat. Tak ada yang tertidur kali ini.
Nasib baik khutbahnya tak lama. Tapi yang jelas tumpuan saya terganggu. Bukan sahaja content tetapi tonasinya macam berdebat. Khutbah perlu sesuai dengan jemaah yang hadir. Jemaah semua orang bekerja dan terpelajar. Zaman dulu memanglah khutbah adalah media terpenting dalam usaha menyampaikan mesej dan ceramah Agama sebab media terhad. Sekarang 24 jam boleh mengikuti ceramah Agama. Nak tak nak je. Internet, TV, CD, buku, TVstreaming, tubeTV, download dan macam-macam lagi. Habis tu khatib tadi nak berceramah Agama atau membaca khutbah ?

Thursday, September 18, 2008

Tun Mahathir Muhamad

Tahun 1998, Malaysia menghadapi masalah ekonomi, ramai orang kehilangan pekerjaan, muflis dan banyak syarikat gulung tikar disebabkan kadar faedah pinjaman yang tinggi gara-gara Menteri Kewangan masa tu. Penyokong pembangkang dengan berani menunjukkan protes dengan menyertai demonstrasi jalanan dan menyokong reformasi. Laman-laman web anti-kerajaan tumbuh macam cendawan. Tetapi masa tu kita ada Mahathir Muhamad, Perdana Menteri yang membuat tindakan berani dalam mengatasi masalah tersebut.

Sekarang tahun 2008, sejarah 1998 berulang lagi. Malaysia menghadapi masalah kadar inflasi yang tinggi, pasaran saham jatuh menjunam dan pertumbuhan ekonomi yang lembap. Penyokong pembangkang ditambah pula orang India (HINDRAF) menunjukkan rasa tidak bersetuju dengan kerajaan apabila menyertai demontrasi jalanan. Blog menjadi media alternatif orang ramai untuk mendapatkan sumber maklumat dan memburukkan kerajaan. Tetapi kali ini kita hanya ada Pak Lah je. Pak Lah boleh selesaikan ke ?

Friday, September 12, 2008

Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim mencadangkan Muhyiddin Yassin dipecat. Semalam saya kata janganlah sampai ada usaha menggantung Muhyiddin Yassin semata-mata ada perbezaan pendapat dengan Perdana Menteri. Tapi pagi ini saya baca akhbar, kenyataan Zaid. Lagi terror. Dia cadang pecat terus. Katanya pilihan yang ada kepada Muhyiddin adalah meletak jawatan dari karbinet kalau masih tidak bersetuju dengan PM.
Apalah mangkok ayun ni. Setiap kali tidak bersetuju dengan ketua kena letak jawatan. Setakat tu je ke kebijaksanaannya sebagai menteri yang dilantik Pak lah ni. Saya rasa kita berhak tidak bersetuju dengan ketua kita. Tetapi akur dengan keputusan boss atau consensus. Selagi kita tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan keputusan OK lah tu. Comment apa ada masalah.
Zaid pernah menulis sebuah buku 'In The Good Faith'. Umumnya tulisannya saya rasa dia menyatakan pendirian dalam pelbagai isu dalam negara. Saya terpesona dengan ulasannya yang berani kerana benar. Tapi bila minta Muhuyiddin letak jawatan. Saya rasa Zaid buat kenyatan politik.
Akhirnya saya rasa Muhyiddin buat statement above his political interest tapi Zaid, his political statement above all. Agaknya.

Thursday, September 11, 2008

Muhyiddin Yassin

Semalam Pak Lah terkejut(keciwa) dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan plan peralihan kuasa dijalankan lebih awal. Kata Pak lah tidak sepatutnya kenyataan seperti datang dari ahli karbinet yang telah pun bersetuju dengan plan tersebut sebelum ini.
Saya pun bersetuju, tapi bersetuju untuk tidak bersetuju. Apa pasal peralihan kuasa memerlukan masa sehingga 2010 tu. Lagi banyak Pak Lah beri alasan, lagi banyak orang ingat macam-macam. Sebab apa jugak alasan jika berlaku perkara buruk rakyat akan kata ini adalah perancangannya. Saya setuju dengan pendapat Tun Mahathir 'BN leader(Pak Lah) who was indecisive, unable to deal with the increasing cost of living, flip-flopping, unable to stimulate the economy and above all is known for putting his family's interest above that of State'. Ini menyebabkan ketirisan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN terus berlaku.
Jadi saya rasa Tan Sri Muhyiddin hanya cuba nak selamatkan UMNO dan BN. Kenyataannya memang konsisten dari dulu lagi. BN leadership perlu segera reform. Gantung keahlian UMNO tak cukup Pak Lah ! Jangan harus MT UMNO buat keputusan gantung Tan Sri Muhyiddin pulak!

Wednesday, September 10, 2008

Ahmad Ismail

Untuk membina kekuatan UMNO pemimpin kena sentiasa bertindak tegas. Sesiapa sahaja yang melanggar disiplin parti tak kira politik dan rasuah wang tidak akan terlepas dari peraturan parti. Terbaru keahlian Ketua UMNO Bukit Bendera digantung 3 tahun setelah mengeluarkan kenyataan yang dilihat oleh MCA dan GERAKAN ‘racist’ dan menimbulkan ketegangan kaum.
Saya tidak pasti sejauh mana hukuman itu wajar. Sebab UMNO ini penuh dengan muslihat. Ye lah nama je sahaja parti politik. Sebab pihak polis sedang menyiasat tapi UMNO yang jatuhkan hukuman.
Kenyataan Dato Seri Najib jelas, kenyataan Dato Ismail adalah kenyataan peribadi, bukan pendirian UMNO. Habis apa yang sibuk sangat MCA dan GERAKAN ni. Pemimpin mereka pun selalu buat kenytaan peribadi. UMNO tak sibuk pun.
Atau adakah kenyataan Dato Ismail Ahmad tidak selari dengan pemimpin UMNO maka itu dia perlu diambil tindakan. Saya harap UMNO jangan sampai tidak membenarkan perbezaan pendapat dikalangan ahli sudah.

Monday, September 1, 2008

Barisan Nasional

Tan Sri Muhyidin Yasin berkata, BN perlu berubah kalau mahu terus relevan. Apa maksudnya ? Adakah namanya, konsepnya atau pengisiannya. Mungkin nama Barisan Nasional tu dah tak mampu memberi kepercayaan kepada kepada rakyat lagi. Kalau dulu jika dipanggil Parti Perikatan ia tidak menggambarkan gerakan bersifat kebangsaan. Jadi tukar Barisan Nasional sebab melibatkan semangat dan perjuangan rakyat Malaysia. Mungkin Parti Rakyat Malaysia lebih sesuai sekarang
Tapi apa ada pada nama. Mungkin keanggotaan komponennya perlu dikaji semula. Maksudnya singkir saje parti yang tidak lagi relevan dan menjadi tanggungan (liabilities). Parti mana yang nak disingkirkan tu. Saya rasa MIC, MCA dan GERAKAN tidak lagi mampu memberi undi kepada Barisan Nasional. Pemimpin mereka sibuk berpolitiking menjaga kedudukan mereka dalam parti saja. Kalau ada parti yang keluar parti mana yang masuk atau menjadi anggota baru. Sekarang ada semacam gerakan membawa PAS menyertai BN. Tapi pemimpin PAS berlagak macam tak mahu. Kononnya UMNO sekular sedangkan parti PAS lebih Islam. Saya (bukan ulamak) ni pun tahu yang Islam tu juga ada sifat sekularnya (duniawi). Jadi sekular tu tak penting ke. Susah-susah saya cadang ajak je PKR masuk BN. Gelak besarlah Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini yang ditunggu-tunggunya. Tapi ini tak mungkin berlaku sebab semua keputusan BN mesti dibuat secara consensus sahaja. DAP memang tak boleh.
Jadi apa yang perlu reform. Jawapannya keanggotaan komponen BN tu yang patut reaktif dan proaktif. Misalnya cawangan UMNO atau MCA atau MIC itu mesti Hadhari sifatnya. Maksudnya parti itu dapat dilihat, dirasa kepentingannya dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Setiap cawangan mesti wujud. Cawangan atau keahlian bunian hendak dibatalkan. Pengurusan parti perlu menyediakan suatu mekanisme atau instrument keahlian, pengwujudan cawangan atau persidangan tahunan cawangan mesti memberi kekuatan kepada BN. Korum mesyuarat tahunan adalah mandatory. Ahli parti mesti pengundi berdaftar di cawangannya jika tidak mengundi sia-sianya parti tu. Program parti juga mesti bersifat rakyat. Jangan kuat kepada ahli (perwakilan) je. Rakyat tak tahu apa pun tentang perkembangan BN, akhirnya meluat dengan kepimpinan parti tu. Kerjasama UMNO, MCA dan MIC bukan dalam agihan kerusi pilihanraya saje. Mereka perlu bersama dalam sesetengah program rakyat.
Akhir sekali parti dan kerajaan adalah suatu yang berasingan. UMNO misalnya jangan ingat dia kerajaan begitu juga kerajaan (pegawai) jangan berlagak macam orang UMNO pulak. Pendekatan ICT seperti sms, blog, portal adalah instrument penting parti. Ini sibuk nak buat buletin tahunan je dan kad raya je mana cukup. HIDUP BN !