Thursday, August 28, 2008

Hari Kebangsaan Negara

Saya sekeluarga tinggal di Sekysen 7 Shah Alam. Kawasan ini merupakan salah satu seksyen yang terluas di Shah Alam. Kawasannya merangkumi dari rumah resmi Menteri Besar Selangor ke kawasan industri keaacil berhampiran Jaya Jusco membawa ke lebuharaya NKVE. Penduduk di sini terdiri dari pelbagai peringkat dan latarbelakang. Dari golongan ahli perniagaan, kakitangan swasta dan kakitangan kerajaan. Umumnya mereka mempunyai taraf Intellegence Quotient (IQ) yang hampir perfect. Jadi dalam banyak hal mereka sepatutnya faham dan tahu.
Tapi ada satu perkara yang saya tak faham kenapa mereka tak tahu. Lusa kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Jadi kita lihat di mana-mana jalur gemilang dikibar dengan bangganya. Malah pemandu lori dan teksi paling ramai mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Tapi di kawasan saya ini, penghuni yang mengibar bendera Jalur Gemilang sangat menyedihkan. Malah daripada lebih 50 unit rumah di jalan di mana rumah saya terletak ada 2 bendera sahaja. Satu sudah tentu rumah saya satu daripadanya. Jalan lain lagi teruk. Ada yang tak ada bendera lansung.
Saya pun hairan jugak. Sebab mereka semua mempunyai pendidikan hingga universiti. Tidakkah mengibarkan bendera itu sebagai proses tarbiyyah kepada anak-anak supaya cinta dan banggakan negara tumpah darah mereka.
Kalau negara lain gambar pemimpin pun digantung di rumah sebagai proses indoktrinasi menghormati pemimpin dan seterusnya cintakan negara. Ini mengibar bendera pun tak. HAMPEH! Mungkin premis kediaman tak sesuai kibarkan bendera. Mungkin sebagai tanda protes kepada kerajaan yang memerintah. Atau mungkin emotional dan spiritual quotient (EQ an SQ) mereka not as good as their IQ. Tapi mengibarkan bendera adalah sebagai tanda kasih dan cinta kan Negara Tanah Air. Tak ada kena mengena dengan kerajaan atau parti yang memerintah!

Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ibrahim

Kenapa calon parti pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, DSAI masih mampu mengekalkan kerusinya di Permatang Pauh selepas 3 kali pilihanraya umum. Kali ini DSAI mendapat 31,195 undi berbanding Dato Ariff Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi (majoriti 15,671). Dalam PRU-12 calon BN (Pirdaus Ismail) mendapat 16,950 undi berbanding Dr Wan Azizah Ismail yang mendapat 30,338 undi (majoriti 13,388 undi) dan dalam PRU-11 calon BN yang sama mendapat 21,147 undi berbanding calon PKR yang sama mendapat 21,737 (majoriti 590 undi).
Kenapa pembangkang masih menang di Permatang Pauh ? Macam-macam alasan yang diberi oleh penganalisis politik yang tidak pernah berpolitik ni terutama ahli akademi yang ada Professor dan Phd tu. Dulu mereka beri seribu satu alasan bagaimana pembangkang akan kalah di Permatang Pauh. Macam business consultant yang tak pernah berniaga tetapi theory dia , orang boleh jadi jutawan. Cakap boleh lah.
Saya pernah berpolitik. Saya percaya politik tetapi kadang-kadang mual tengok politikus sekarang. Saya nak komen atas isu ini. Saya cuba tidak mengampu atau memihak.
Pertamanya sudah tentulah kerana pengundi Permatang Pauh tu sendiri. Mereka memang dah meluat dan menyampah dengan BN agaknya atau simpati dengan DSAI kerana di fitnah meliwat. (istilah yang saya kenal kerana kes DSAI). Jadi apa pun kempen BN masuk telinga kiri keluar telinga kanan atau sebaliknya. Inilah yang dikatakan taksub agaknya.
Atau memang Permatang Pauh memang kubu kuat DSAI. Ye lah bertanding sejak tahun 1984. Semua yang lahir dan yang jadi pengundi sejak 1984 dan belum mati kenal dengan DSAI. Walaupun mereka kenal Dato Ariff Shah tetapi mereka lebih dulu kenal DSAI. Jadi mereka punya banyak catitan pasal perangai buruk baik DSAI. Maknanya mereka memang sayangkan DSAI
Atau pengundi sehingga sekarang masih belum dapat menerima penjelasan, janji manis dan hujah penceramah BN berkenaan dasar kerajaan. Atau BN gagal meyakinkan pengundi supaya menyokong BN sebab penjelasan BN tidak menjawab tuduhan, hasutan, dakyah, pembohongan, manupulasi fakta pembangkang dalam blog dan portal pembangkang melalui proses indoktrinasi pembangkang. Dalam blog pembangkang tuduh kerajaan perkara lain tetapi dalam siri kempen BN cakap yang lain. Macam itik dengan ayam lah. Jadi pengundi masih yakin tuduhan pembangkang macam betul je.
Atau jentera BN ni macam biasa, ‘ceremonial atau cosmetic’ je. Depan Dato Seri Najib atau media, punyalah ramai dan meriah penyokong parti. Tapi bila menteri tak ada petugas pun hilang. Tinggallah pengundi tu terkonteng2
Atau komponen BN macam MCA dan MIC satu sen tak guna sejak kebelakangan ni. Tak mampu pun nak menarik pengundi Cina dan India berbanding DAP dan PKR. Saya ingat inilah penyumbang utama. Orang cina memang tak harap MCA yang dah asyik sibuk berpolitik dan womanising je. India lagi lah selagi Samy Vellu Presiden MIC selagi tu BN takkan dapat undi orang India. Dulu bolehlah harap Menteri JKR sekarang apa ada. Habok pun tarak
Atau akhir sekali tapi tak kurang pentingnya faktor kepimpinan DSAI itu sendiri. Dia tetap dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin Malaysia yang berkarismatik. Walau dituduh berliwat suka sama suka dengan pegawai khasnya, pengundi masih melihat kebolehan pidatonya. Walaupun sentiasa dikaitkan berkonspirasi dengan Amerika, rakyat tetap melihat sumbangannya semasa menjadi Menteri Kewangan. Walaupun dituduh menyalahguna kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia tetap dilihat pemimpin yang dianiayai oleh Tun Mahathir.
Tapi setahu saya masa sekolah dulu ce gu tak ajar pun macam mana nak menilai pemimpin

Friday, August 22, 2008

Jalur Gemilang -

Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam salah satu forum dalam internet. Ia berdasarkan kepada artikel Monash Manon (orang India la tu) dan disambut orang beberapa pandangan. Mereka semacam bersetuju dan menyarankan sempena bulan kemerdekaan rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sebagai protes kepada kerajaan. Kononnya plot dalam filem ‘The Last Castle’ lakonan Robert Redford melakukan perkara yang sama sebagai tanda protes. Inilah kebijaksanaan segelintir rakyat Malaysia yang tidak melihat kekuatan Malaysia dengan acuan sendiri sebaliknya masih berpedomankan kepada indoktrinasi barat.
Bendera adalah pengenalan sesebuah negara disamping nama atau ‘branding’ yang dibawa oleh nama tersebut. Misalnya Jepun ditafsir sebagai negara yang mempunyai rakyat yang rajin bekerja dan Bangladesh negara yang miskin yang menyebabkan rakyatnya terpaksa keluar mencari sumber ekonomi. Malaysia sudah tentu dilihat sebagai negara majmuk yang selama ini hidup aman dan damai. Bendera tidak sepatutnya diperalatkan atau diekploitasi oleh sekelompok golongan rakyat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang mengurus negara tersebut. Mustahil kerajaan Malaysia sekarang mampu memuaskan hati 26 juta rakyatnya. Bendera juga adalah pengenalan sesebuah negara. Misalnya bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya), tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Jadi, ia lansung tidak memaparkan kerajaan yang memerintah. Jadi kalau marahkan kerajaan kenapa bendera yang disalahgunakan. Yang saya lihat mereka sebenarnya tidak patriotik. Kerakyatan mereka perlu ditarik. Berambus je dari Malaysia ini. Pergilah ke negara yang mereka idamkan tu.Sebenarnya bendera ni adalah sesuatu yang mudah iaitu tidak lebih dari secebis kain. (memperkenalkan sesebuah negara). Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup mati kerananya.
Yang menghairankan saya lagi mereka menyarankan bendera Malaysia perlu di cipta semula sebab kononnya menyamai bendera Amerika Syarikat. Sekali lagi saya nak beritahu orang ni. Mereka ni memang tak layak tinggal di Malaysia ni. Pergi berambuslah. Dia ingat bendera ni untuk orang macam dia je. Dia tak tahu inilah bendera yang menjadi kebanggaan datok moyang dia yang dah mati dalam tanah tu. Jadi menilai sesuatu harus bermula dengan sejarahnya, Jangan pandai-pandai nak menyampuk tanpa tahu asal usul cerita. Kurang ajar betul orang macam ni.

Thursday, August 21, 2008

Pilihanraya Kecil (Permatang Pauh)

26 Ogos 2008, pengundi Permatang Pauh akan menjalankan tanggungjawab mengundi calon ahli Parlimen mereka bagi menduduki kerusi dewan rakyat. Untuk apa ? Seperti yang katakan sebelum ini menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen.
Tetapi pengundi Permatang Pauh bukan sahaja memilih ahli parlimen tetapi kononnya seorang yang dikatakan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila parti keadilan rakyat, PKR akan disertai oleh sebilangan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pakatan rakyat membentuk kerajaan. Kalau saya sebagai pengundi sudah tentu saya sangat teruja. Ye lah wakil rakyat juga sebagai Perdana Menteri.
Tapi kalau parti pakatan rakyat yang memerintah sudah tentu jemah menterinya terdiri dari wakil rakyat DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia atau yang menentang hak istimewa orang Melayu dan DEB. OK ke tu.
Siapa pulak Timbalan Perdana Menterinya. Kononnya Lim Kit Siang, malah dia juga bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri. Siapa pulak Menteri Pelajaran. Ada ke peluang anak Melayu belajar ke universiti macam sekarang ni. Sudah tentu ada tetapi secara meritokrasi. Malah banyak lagi perkara yang menakutkan akan berlaku.
Pengundi Permatang Pauh memang akan dapat Perdana Menteri tapi yang malangnya saya dan seluruh rakyat akan terima barisan pimpinan negara yang selama ini menentang dasar yang menjadikan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan budaya hidup dalam aman dan makmur.
Kalau saya boleh mengajak pengundi Permatang Pauh, saya berharap mereka bukan sahaja hanya memilih wakil rakyat tetapi memastikan sistem pemerintahan negara di landasan yang betul untuk seluruh rakyat Malaysia. . . SELAMAT MENGUNDI. Jangan lupa bawa kad pengenalan

Friday, August 8, 2008

Tun Mahahir Mohamad.

Riswandha Imawan seorang blogger dari Yogyakarta menulis pemimpin besar sesuatu bangsa dilahirkan oleh dinamik sosial-politik masyarakatnya. Karena itu, secara fisik dan psikologi ia bersatu dengan denyut nadi kehidupan bangsanya.
Ramai orang nak menjadi pemimpin. Tapi, tidak ramai yang berjaya. Kenapa ? Sebab ketidakkemampuannya secara total menyerap ke dalam dinamika masyarakatnya. Kesatuan ini akan merumuskan secara tepat apa yang diperlukan bangsanya. Itu pun harus diwujudkan ke dalam satunya kata dengan perbuatan.
Mahatma Gandhi menjadi pemimpin besar India merumuskan nilai kemasyarakatan bangsa India melalui penampilan dengan falsafah budayanya. Keutamaannya kepada bangsa India kelas bawahan yang miskin yang menyumbang kepada tamaddun India menjadi keutamaannya. Pakaiannya hanya dua helai kain, kakinya bersandal.
Jerman bangkit sebagai bangsa maju dan digeruni setelah Hitler sedar bangssanya perlu suntikan dan slogan kebanggaan. Indoktrin “disiplin, pantang menyerah, dan berani berkorban” yang menjadi kunci kejayaan bangsa Jerman.
Churchill membangkit sikap optimistis bagi bangsa Inggeris. Tantangan adalah kesempatan, bukan hambatan. Nasib Inggeris ada di tangan orang Inggeris. Dia tunjukkan komitmennya dengan tidak menggunakan barang buatan luar negeri. Semuanya harus made in England.
Napoleon Bonaparte menjadi pemimpin besar bangsa Prancis. Bukan hanya karena idenya tentang prinsip demokrasi. Dia memimpin pasukan tentera ketika menyerang bangsa-bangsa Eropah lain. Kata semangatnya “Hai prajuritku, 4 abad akan datang, bangsa Perancis sedang melihat apa kita lakukan sekarang.”
Di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamd bangkit mengangkat mertabat bangsa Melayu dan Malaysia ke tahap yang dihormati dan disegani oleh seluruh dunia. Kenapa ? Sebab beliau sedar dan insaf bangsa Melayu yang pernah dijajah selama 460 tahun sebenar adalah bangsa yang pernah dan boleh menjadi bangsa maju. Malaysia Boleh. Jadi dia bertanggungjawab memimpin bangsa Melayu ke arah kecemerlangan. Kelantangan sehingga bersedia untuk tidak popular sehingga kini masih tak saya siapa penggantinya. Wawasan 2020 menunjukkan betapa futuristik dia sebagai pemimpin.
Tapi bila mengenang perkembangan mutakhir, orang bukan Islam mempertikaikan Fasal 121(A) Perlembagan atau kuasa mutlak Mahkamah Syariah ke atas orang Islam, pemmpin Melayu (PKR) mempertikaikan DEB, HINDRAF dah banyak cakap dan mengata kepimpinan (Melayu) disokong pula oleh orang Melayu dalam PKR, Pemimpin Melayu akur dengan desakan dan tekanan kehendak orang Cina dan India dan dan orang Melayu tidak mengiktiraf Hak Istimewa Orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Ya ALLAH selamatkan bangsaku iaitu Bangsa Melayu ini

Sunday, August 3, 2008

Wakil Rakyat

Malaysia adalah negara makmur dan sentiasa dilindungi. Diasaskan sistem pemerintahan perinsip monarchy, executive dan legislative nampaknya sangat berkesan dan saling melengkap antara satu sama lain. Dipihak legislative kita ada 798 orang wakil rakyat (222 orang ahli parlimen dan 576 ahli dewan undangan negeri) dan beribu peguam dan hakim mahkamah yang sepatutnya mermastikan Malaysia akan terus aman dan makmur.

Wakil rakyat adalah komponen penting dalam lanskap pengurusan negara. Oleh kerana wakil rakyat itu penting, maka pemilihan mereka perlu demokratik dan terletak di atas kuasa rakyat melalui proses pilihanraya. Calon wakil rakyat UMNO ditentukan pula melalui pemilihan kepimpinan dalam parti tu. Itulah sebabnya orang UMNO berebut nak jadi pemimpin. Hingga sanggup terlibat dalam rasuah politik dan politik wang. Mereka ni memang tak malu. Layak ke mereka diangkat jadi wakil rakyat yang bertanggungjawab masa depan negara.

Tapi wakil rakyat macam mana sebenarnya yang dikehendakki oleh rakyat. Masa dah berubah, zaman dan maju. Dulu rakyat mahukan wakil rakyat yang sentiasa mendengar rintihan mereka, melayan mereka dan dah sering membantu mereka. Tapi masa tu perhubungan bukan macam era ICT sekarang. Maklumat dan saluran bantuan pelbagai agensi kerajaan dan media bertindak pantas. Jadi rintihan dan masalah rakyat tersebar macam gelombang dan telus. Malah insiden-insiden kemiskinan tegar, pencemaran alam sekitar, salah laku dan jenayah sudah ramai mata dan telinga nya. Maka apa yang kita perlukan adalah seorang wakil rakyat laksanakan sesuatu yang lebih dari itu.

Saya rasa tugas mereka yang penting ialah menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen. Malah wakil rakyat perlu merangka apakah bentuk masyarakat Malaysia 50 tahun yang akan datang. Adakah Melayu masa tu tidak lagi lagi berteraskan budaya Islam dan Melayu. Ini yang patut wakil rakyat fikirkan.
Agak-agaknya yang sibuk nak jadi wakil rakyat ni pasal tu ke ?