Monday, November 3, 2008

Timbalan Presiden UMNO

Hari ini Presiden UMNO dah sah milik Dato Seri Najib Tun Razak. Tapi siapa Timbalannya. Permintaan akar umbi, keputusan perwakilan UMNO Bahagian dan undi perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO konsisten ke?.
Macam mana nak tahu kehendak akar umbi tentang kepimpinan UMNO. Ada ke sebarang kajian yang ‘credible’ siapa yang paling layak atau popular untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden.
Setakat hari ini, permintaan perwakilan UMNO Bahagian menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang popular (79 pencalonan), Dato Seri Mohd Ali Rustam (32 pencalonan), Tan Sri Muhammad Muhd Taihb (29 pencalonan) dan Dato Shahrir Abdul Samad (1 pencalonan)
Tetapi keputusan sebenar iaitu dari perwakilan ke perhimpunan Agong UMNO masih jauh lagi iaitu pada bulan Mac 2009. Adakah mereka (perwakilan) membawa mandat keputusan persidangan UMNO Bahagian. Jawabnya sudah tentu tidak. Masing-masing ada kriteria tersendiri. Apa tu. Sudah tentu banyak. Termasuk siapa yang senang senyum dan ramah.
Jadi siapa agaknya Timbalan Presiden Dato Seri Najib. Saya rasa tidak ada sesiapa pun boleh menentukannya. Tapi Allah dah tentukan siapa yang akan membantu Dato Najib Tun Razak. Janganlah 'stress' sangat. Berdoa je

10 comments:

  1. Saya dah cakap, calon saya Tan Sri Muhammad Taib sebab dia proven pemimpin yang berhati rakyat dan setia. Mana ada pemimpin yang meletakkan UMNO di atas segala-galanya. Lihat kes Brisbane dia letak jawatan sebagai MB sebab tak mahu UMNO tergugat. Tidak dapat jadi calan pilihanraya 2000, 2004 dan 2008 lansung tak tunjuka keciwa malah lebih kuat bekerja untuk UMNO. Inilah pemimpin sebenar.

    ReplyDelete
  2. Memang betul apa kacang hantu cakap. Tan Sri Muhammad memang paling layak. Harap semua perwakilan sokong dia!

    ReplyDelete
  3. Aku pada mulanya sokong Muhyiddin...tapi sejak kebelakangan ni tak berapa gemar lah dgn cara dia..Tpi skrg ni aku rasa mmg Mat Taib ni patut jadi Timbalan. dpd cakap kedai2 kopi ramai yg nak tengok Mat Taib ni naik jadi TPM. Boleh menjamin kestabilan politik Malaysia kata depa. Dia ada pakej yg cukup menarik_track record yg baik, personaliti yg humble dan takkan tikam dari belakang, muka handsome pulak tu.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,
    Aku ni mmg org lama dlm politik... sejarah membuktikan apabila org no.2 terlalu ambitious maka akan timbullah satu masalah buat negara. Org no.2 ni tak boleh berlagak macam dia pun ketua. hancurlah semua! Jadi org umno ni kene la pilih dgn tepat antara 3 calon. Bukan satu aja yang elok tapi 2 lagi tak elok...bukan mcm tu. kita mesti tengok siapa yg boleh jadi timbalan iaitu org yg akan assist presiden nanti, org yg boleh bekerjasama dgn presiden, org yang tak sombong dan yang setia. Org begini yg boleh jadi gandingan mantap..mana boleh ada 2 kepala..hancur2..dalam hati aku mmg ada 1 nama...orgnya mmg best..walaupun pencalonanya paling sikit buat masa ni tapi tak bermakna dia takda sokongan...keputusan di bhgn tak mencerminkan apa2..

    ReplyDelete
  5. wah...kenapa lah korang ni sokong sgt Muhammad tu? Aku tak masuk campur..yang penting shahrizat boleh jadi ketua wanita...Tapi antara Ali dgn Muhammad aku lagi suka Muhammad..antara Muhyiddin dgn Muhammad..susah nak pilih sebab dua2 pun dari team wawasan dulu...kita tengoklah apa dalam kempen dia orang nanti...dari situ kita pilih la siapa plg LAYAK dan SERASI berganding dgn dato najib..

    ReplyDelete
  6. Simple je nak pilih timbalan ni...mesti ada...
    1)ada chemistry dgn ketua
    2)bantu ketua dgn ikhlas dan tak ada agenda tersembunyi
    3)berpengalaman dlm pentadbiran
    4)perangai yg org suka disenangi
    5)bijaksana dan cekap
    6)tak ingin dirinya lebih menonjol dpd ketua..low profile

    ReplyDelete
  7. GO TAN SRI MUHAMMAD! Aku setuju apa encik zulhairy dok ckp. TAN SRI MUHAMMAD BOLEH! track record cemerlang, tak penting diri dendiri, tak menentang ketua, baik budi, friendly, tak pernah ckp buruk hal orang. Aku pernah kerja bwh dia dulu.. dia ni dinamik dan baik hati..layan staff macam adik sendiri..down to earth habis lah! Aku tengok dia bekerja..kalau aku dah patah pinggang dah...committed gila..pilih lah Tan Sri Muhammad!! demi Malaysia!

    ReplyDelete
  8. YB Zul,

    Molek juga...pasal tak boleh mengundi lah saya pilih Mat Taib.

    Semoga maju jaya.. YB Zul nanti boleh tolong saya juga bila Mat Taib lantik awak jadi setiusaha sulit ke..saya nak Kontrak Nego lah satu.

    ReplyDelete
  9. how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!

    ReplyDelete
  10. Although there are differences in content, but I still want you to establish Links, I do not know how you advice!

    ReplyDelete