Sunday, November 2, 2008

Ketuanan Melayu

Apa itu Ketuanan Melayu ? Adakah ia hanya slogan UMNO atau motto orang Melayu. Atau gagasan hanya menaikkan semangat patriotik orang Melayu dari prespektif perjuangan politik. Saya rasa Ketuanan Malayu telah disalahtafsir malah dipolitikkan. Jadi kalau nak cakap pasal ketuanan Melayu, kita kena cerita peruntukkan perlembagaan, tujuan dan instrumennya.
Ketuanan Melayu sebenarnya suatu peruntukkan perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang memberi hak kepada Yang diPertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
Tujuannya adalah melindungi orang Melayu dan Bumiputera lain agar tidak jauh ketinggalan dengan suku kaum lain akibat penjajahan selama 460 tahun demi memastikan kestabilan negara.
Instrumennya – DEB membasmi kemiskinan (Melayu) dan menyusun semula masyarakat, DPN mengekalkan semangat DEB, Misi Nasional, Islam Hadhari (Prinsip ke 7) pembelaan hak kumpulan minoriti dan Wanita dan banyak lagi dasar-dasar kerajaan,
Jadi tafsiran yang mengatakan orang Melayu (Malay supremacy or Malay dominance ) dipercayai sebagai orang Melayu sebagai Tuan di negara ini. Orang Cina, India dan sukum kaum lain sebagi kaum kelas ke 2 adalah SALAH. Ia hanya propaganda pembangkang sahaja. Ketuanan Melayu mesti disebut bersama diperuntukkan perlembagaan.

6 comments:

  1. Kenapa diberi istilah Ketuanan Melayu. Sebut sahaja Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera lain. Taklah keliru. Tapi budak sekarang bukan dia peduli hak istimewa tu pun. Emak bapak dia ada. Kita dulu lainlah. Emak bapak nak bagi makan pun tak cukup. Untung jadi orang Melayu, senang masuk universiti

    ReplyDelete
  2. Hak istimewa orang Malayu adalah untuk orang Melayu. Tapi elit Melayu(UMNO) guna untuk kepentingan perut dan kroni mereka je. Tapi saya tak nafi orang Melayu memang dilindungi oleh raja BUKAN oleh orang politik tau.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah menulis artikel tentang ketuanan melayu yang selalu di salah tafsirkan...

    http://pilihan-anda.blogspot.com/2008/09/apabila-kelansungan-kuasa-tidak-kekal.html

    http://pilihan-anda.blogspot.com/2008/08/ketuanan-dan-keistimewaan-orang-melayu.html

    Mintak izin untuk link ke blog saya...

    www.pilihan-anda.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
    Personalized Signature:我喜欢淮安掼蛋,靖江青儿,南通长牌,姜堰23张,常州麻将这些地方言游戏

    ReplyDelete