
Muhammad Muhd Taib pula menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar hanya selama 13
bulan sahaja setelah sekian lama menunjukkan setia dan menghambakan diri untuk kerajaan dan parti, termasuk membangunkan sosio-ekonomi Selangor (1986-1997). Semasa menjadi menteri dia membuat suatu anjakan paradigma dalam pendekatan menteri dengan rakyat. Semua rakyat luar bandar (kecuali penyokong tegar pembangkang) akan memuji dan terpersona dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Program turun padang memang boleh meningkatkan keyakinan rakyat dengan BN. Tapi sayang YAB Perdana Menteri tak sambung perkhidmatannya pada 4/11/2009 lepas.

Nampaknya apakah asas seseorang pemimpin diperlukan sebagai Menteri ? Melihat kes Zaid dan Muhammad Muhd Taib saya mula tak faham dengan kepimpinan YAB Dato Seri Muhd Najib Tun Razak.
your blog is very good
ReplyDeleteBlog Zul unique. Rekod pemimpin2? Zul orang mane?
ReplyDelete