Kenapa jasa emak terlalu besar kepada kita. Saya ingat beruk yang mempunyai IQ yang sangat rendah pun tahu. Apatah lagi manusia yang dicipta dengan akal dan mempunyai kesedaran emosi dan spiritual. Saya tak menghurai dosa dan pahalanya kenapa kita perlu melayan dengan baik dan menjaga perasaan emak kita tetapi memadailah mendengar suara hati kita. Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.
Kenapa kita perlu membalas jasa ibu yang membesarkan kita ? Adakah kerana kesakitan yang ditanggungnya semasa melahirkan kita atau wang ringgit yang telah dihabiskannya atau penat lelah melayan kerenah kita atau masanya yang dihabiskan untuk membesarkan kita. Bolehkah kita membalas kesakitannya itu atau membayar wang ringgit dan kebendaan itu atau meluangkan sedikit masa untuk memberi perhatian semasa umur tuanya atau mengganti penat lelahnya.
Jawapan tidak. Yang boleh kita buat hanyalah tidak sekali-kali menyakiti hatinya dan berbuat baik kepadanya. Sebab dia membesarkan kita dengan sepenuh jiwa raganya. Semasa melahirkan kita nyawa menjadi taruhannya, tidak ada yang boleh membatasi kegigihannya membesarkan kita, sepanjang melayan kerenah kita dia hanya minta Allah beri panjang umur untuk membesarkan kita.
Berbuat baik kepada emak ni bukan semasa hidupnya sahaja. Tetapi sebenarnya sepanjang hayat kita, walaupun dia telah meninggal dunia. 1) Menyempurnakan urusan jenazah, 2) Berdoa untuk dengan memohonkan keampunan kepada Allah. ‘Tuhanku! ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil’. 3) Melaksanakan atau menyempurnakan janji atau wasiat yang telah dibuat oleh arwah ibu bapa semasa mereka hidup.4) Memuliakan orang-orang yang dahulunya menjadi sahabat karib atau teman arwah ibu bapa dan 5) Menziarahi kubur mereka.
Mengenang jasa emak tinggi nilai moralnya. Sampaikan hadis nabi; ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Apa nilai moralnya ? Tidak ada lain, cuma supaya kita menjadi umat yang sempurna akal dan budinya. Insan Rabbani. Saya selalu berdoa semua adik-adik dan anak-anak saya sentiasa mengenang jasa emaknya. Jika tidak dia akan menjadi manusia yang sangat rugi. Sebab jasa emak yang melahir dan membesarkan kita dengan sempurna telah pun dijanji dengan syurga oleh Allah. Kita yang belum tahu lagi bagaimana di