Wednesday, April 9, 2008

Nenek Moyang Kita

Orang Melayu hanya cuba bangkit selepas 400 tahun dijajah. Sepanjang era penjajahan semua kekayaan dan kuasa milik penjajah iaitu Portugis, Belanda, Britsh dan Jepun je. Hingga sekarang semua yang kita dapat adalah peninggalan penjajah je. Apa dia. Sudah tentu lah kemiskinan orang Melayu dan pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi. Yang berniaga Cina yang kerja gomen Melayu, yang di estet India. Tapi sekarang mungkin dah banyak berubah. Tapi pemikiran masih dijajah.

Saya nak tanya, apa yang ditinggalkan nenek moyang kita kepada orang Melayu sekarang. Yang saya jumpa Bukit Cina, Tanjung Keling dan Kota Farmosa di Melaka. Kubur Hang Tuah tak jumpa pun. Kalau ada pun peninggalan Tun Mahathir iaitu KLCC dan Puterajaya. Batu Caves pun nak dimlikki MIC. Cuba tengok bangsa lain. India ada Taj Mahal, China ada Great Wall Of China, Rome ada Colosseum, Brazil ada Christ Redeemer Rio De Janeiro. Banyak lagi lah bangsa-bangsa lain. Dengan peninggalan tempat bersejarah oleh nenek moyang mereka tu, cucu cicit dapat makan hasil dari kunjungan pelancung.

Apa peninggalan nenek moyang Kita ? Yang tinggal sekarang hanya kuasa. Kuasa pun dah mula terhakis bila hilangnya kuasa Melayu di Selangor dan beberapa negeri lain. Peninggalan kedua nenek moyang kita adalah 'Pepatah Melayu'. Tapi orang sekarang dah tak percaya dengan pepatah tu, tahyul katanya. Orang tua kata 'penyapu tu sial' tak percaya. Sekarang dah kena sial penyapu. Tapi sekarang yang lebih penting, apa yang nak kita tinggalkan untuk cucu cicit kita. Satu dah ada dah. Kandang Babi terbesar Malaysia akan dibangunkan di Sepang. Babi untuk memenuhi keperluan orang Cina seluruh negara. Besok Jabatan Perangkaan buat banci cuba kira sekali berapa babi kat Selangor ini. Mana ramai babi ke manusia.

2 comments:

  1. YB Zul,

    Maaflah, apa yang dilakukan oleh YB TS Khalid tu adalah betul, beliau cuma memodenkan cara menternak balifbaya tu je, dari dulu hingga sekarang masih bersepah bertaburan.. Saya sokong caranya, agar perkara ini mesra alam sekitar.. Katakan lah kalau tak dibuat pun benda tu tetap ada, apa ditunjuk di TV tu masaalah lama yang tidak mudah diselesaikan oleh pemerintah sebelum ini...Nenek Moyang dulu lagi masih meninggalkan bau dan najis kepada umat muhammad sehingga kini... Modenkan lah dan berikan nafas baru untuk generasi rakyat kini...
    Setuju Tak ?

    ReplyDelete
  2. Ooh ya...

    KTM.. Keretapi Tanah Melayu
    Tanah Rizab Melayu
    Kg. Melayu Subang yg selalu banjir
    Restoran Melayu
    Lagu Melayu Asli

    ReplyDelete