Monday, June 21, 2010

Muhyiddin Yassin

Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan ahli politik, dia sentiasa perlu mencipta kelainan dan mencetus idea untuk liputan media. Lagi sensasi lagi bagus. Walaupun kenyataan itu tidak popular tetapi beliau sendiri akan terus bertambah laris seiring dengan populariti Perdana Menteri kerana sentiasa disebut dan dibahaskan.
Ini bukan kali pertama seorang Menteri Pelajaran membuat kenyataan bercadang nak hapuskan UPSR dan PMR. Sebelum ini pun Menteri Potfolio yang sama pun cuba nak bawa gagasan yang sama ini. Tetapi tidak berjaya. Maknanya memang perakuan ini datang dari pegawai kanan kementerian. Sudah tentu mereka mempunyai alasan sendiri. Cuba berfikir di luar kotak agaknya. Cuba saya nak tanya, dah dapat pandangan ahli pendidik ke. Saya yang bukan pendidik, tapi rasanya kalau tak ada UPSR dan PMR

1. Lagi tak tahulah kita setakat mana prestasi anak Melayu yang sedang tercicir ni
2. Apa kayu pengukur untuk menilai anak bangsa dalam kesedaran IQ mereka ?
3. Macam mana nak rancang pembangunan karier pelajar kalau tak ada standardnya.
4. Tahu-tahu bertambah ramailah anak Melayu tercicir.

Masalahnya kita hanya dapat lihat hasil gagasan ini selepas 10 tahun. Masa tu komposisi profesional Melayu dalam negara dah parah dan terlalu menguncup. Lepas tu ubah lagi.

2 comments:

  1. UPSR bukan kayu pengukur tetapi untuk cari murid cemerlang dari segi IQ bukan EQ... maka tak tercapai dasar ..pendidikan negara iaitu JERI..
    jasmani, emosi, rohani dan interlek...

    kayu pengukur untuk murid boleh dinilai melalui .. peperiksaan secara semesta.. dimana murid dinilai dari tahun satu ..bukan tahun enam sahaja ..kan kejam enam tahun belajar dinilai selama 1 jam ...

    pengukur SPM ..kan ada...

    dan pandangan tuan ada sikap orang yang tak optimis... dan tak berani nak berubah itu la sikap orang melayu.. layu dan layu..

    murid tahun 6 yang hendak masuk mrsm contohnya ..mesti la mengambil peperiksaan yang disediakan di oleh mrsm sendiri ..begitu juga sekolah elit yang lain ..yuran hendaklah ditangung oleh ibubapa...sendiri..

    murid tingkatan 3 yang hendak masuk ke sekolah asrama atau teknik ..hendak disediakan oleh sekolah yang dipohon..

    jangan jadikan anak2 kita mangsa ..bukan ilmu yang dicari tapi lulus periksa sahaja .. maka ilmu tanpa amal...

    ReplyDelete
  2. Saya tak kata hanya UPSR dan PMR kayu pengukur pelajar. Tapi kalau UPSR dan PMR tak nak uruskan masing-masing sekolah buat akredatasi sendiri. Piawai UPSR dan PMR dah eluk dah. Kalau ada kekurangan bagi nilai tambah eluk transform tak payah lah nak reform.
    Memang IQ bukan segalanya, EQ juga penting malah spiritual adalah segalanya. Tapi ia tentu bermula dengan fundementalnya IQ.
    Macam manapun terima kasihlah.

    ReplyDelete