Hari ini saya sembahyang Jumaat di Masjid SS7 Kelana Jaya, dekat pejabat. Di sini lah saya solat jumaat setiap minggu kecuali jika bertugas luar. Ada beberapa orang khatib (tak kenal nama) biasa membaca khutbah yang saya suka sebab khutbahnya sangat baik contentnya.
Tapi hari ini khatib baru yang membaca khutbah. Khutbahnya mengatakan betapa rugi dan sia-sia jemaah sebab tidak menjalankan ibadat puasa seperti yang dituntut. Ini termasuklah bila orang Islam merayakan hari raya dengan hiburan dan bersuka-ria. TV juga bersubahat membawa orang Islam kepada amalan kufur apabila dari pagi ke pagi menghidangkan hiburan. Khutbahnya seolah-olah menghukum dan mengredkan orang je. Malah macam dia nak sampaikan bahawa amalan orang Islam sangat merugikan seolah-olah macam orang bukan Islam jugak. Khutbahnya juga penuh semangat dan kuat. Tak ada yang tertidur kali ini.
Nasib baik khutbahnya tak lama. Tapi yang jelas tumpuan saya terganggu. Bukan sahaja content tetapi tonasinya macam berdebat. Khutbah perlu sesuai dengan jemaah yang hadir. Jemaah semua orang bekerja dan terpelajar. Zaman dulu memanglah khutbah adalah media terpenting dalam usaha menyampaikan mesej dan ceramah Agama sebab media terhad. Sekarang 24 jam boleh mengikuti ceramah Agama. Nak tak nak je. Internet, TV, CD, buku, TVstreaming, tubeTV, download dan macam-macam lagi. Habis tu khatib tadi nak berceramah Agama atau membaca khutbah ?