Monday, September 1, 2008

Barisan Nasional

Tan Sri Muhyidin Yasin berkata, BN perlu berubah kalau mahu terus relevan. Apa maksudnya ? Adakah namanya, konsepnya atau pengisiannya. Mungkin nama Barisan Nasional tu dah tak mampu memberi kepercayaan kepada kepada rakyat lagi. Kalau dulu jika dipanggil Parti Perikatan ia tidak menggambarkan gerakan bersifat kebangsaan. Jadi tukar Barisan Nasional sebab melibatkan semangat dan perjuangan rakyat Malaysia. Mungkin Parti Rakyat Malaysia lebih sesuai sekarang
Tapi apa ada pada nama. Mungkin keanggotaan komponennya perlu dikaji semula. Maksudnya singkir saje parti yang tidak lagi relevan dan menjadi tanggungan (liabilities). Parti mana yang nak disingkirkan tu. Saya rasa MIC, MCA dan GERAKAN tidak lagi mampu memberi undi kepada Barisan Nasional. Pemimpin mereka sibuk berpolitiking menjaga kedudukan mereka dalam parti saja. Kalau ada parti yang keluar parti mana yang masuk atau menjadi anggota baru. Sekarang ada semacam gerakan membawa PAS menyertai BN. Tapi pemimpin PAS berlagak macam tak mahu. Kononnya UMNO sekular sedangkan parti PAS lebih Islam. Saya (bukan ulamak) ni pun tahu yang Islam tu juga ada sifat sekularnya (duniawi). Jadi sekular tu tak penting ke. Susah-susah saya cadang ajak je PKR masuk BN. Gelak besarlah Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini yang ditunggu-tunggunya. Tapi ini tak mungkin berlaku sebab semua keputusan BN mesti dibuat secara consensus sahaja. DAP memang tak boleh.
Jadi apa yang perlu reform. Jawapannya keanggotaan komponen BN tu yang patut reaktif dan proaktif. Misalnya cawangan UMNO atau MCA atau MIC itu mesti Hadhari sifatnya. Maksudnya parti itu dapat dilihat, dirasa kepentingannya dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Setiap cawangan mesti wujud. Cawangan atau keahlian bunian hendak dibatalkan. Pengurusan parti perlu menyediakan suatu mekanisme atau instrument keahlian, pengwujudan cawangan atau persidangan tahunan cawangan mesti memberi kekuatan kepada BN. Korum mesyuarat tahunan adalah mandatory. Ahli parti mesti pengundi berdaftar di cawangannya jika tidak mengundi sia-sianya parti tu. Program parti juga mesti bersifat rakyat. Jangan kuat kepada ahli (perwakilan) je. Rakyat tak tahu apa pun tentang perkembangan BN, akhirnya meluat dengan kepimpinan parti tu. Kerjasama UMNO, MCA dan MIC bukan dalam agihan kerusi pilihanraya saje. Mereka perlu bersama dalam sesetengah program rakyat.
Akhir sekali parti dan kerajaan adalah suatu yang berasingan. UMNO misalnya jangan ingat dia kerajaan begitu juga kerajaan (pegawai) jangan berlagak macam orang UMNO pulak. Pendekatan ICT seperti sms, blog, portal adalah instrument penting parti. Ini sibuk nak buat buletin tahunan je dan kad raya je mana cukup. HIDUP BN !

1 comment:

  1. Orang kata kalau nak UMNO berubah, kepimpinannya kena berubah. Ye ke. Tapi Pak Lah kan dah bagi plan pemindahan kuasa. Macam nak serah kuasa UMNO kepada PAS je

    ReplyDelete