Tahun 1998, Malaysia menghadapi masalah ekonomi, ramai orang kehilangan pekerjaan, muflis dan banyak syarikat gulung tikar disebabkan kadar faedah pinjaman yang tinggi gara-gara Menteri Kewangan masa tu. Penyokong pembangkang dengan berani menunjukkan protes dengan menyertai demonstrasi jalanan dan menyokong reformasi. Laman-laman web anti-kerajaan tumbuh macam cendawan. Tetapi masa tu kita ada Mahathir Muhamad, Perdana Menteri yang membuat tindakan berani dalam mengatasi masalah tersebut.
Sekarang tahun 2008, sejarah 1998 berulang lagi. Malaysia menghadapi masalah kadar inflasi yang tinggi, pasaran saham jatuh menjunam dan pertumbuhan ekonomi yang lembap. Penyokong pembangkang ditambah pula orang India (HINDRAF) menunjukkan rasa tidak bersetuju dengan kerajaan apabila menyertai demontrasi jalanan. Blog menjadi media alternatif orang ramai untuk mendapatkan sumber maklumat dan memburukkan kerajaan. Tetapi kali ini kita hanya ada Pak Lah je. Pak Lah boleh selesaikan ke ?
Nak selesaikan ? Serah kepada Najib adalah. Kalau Najib gagal memang tak layak jadi PM. Tapi kalau selesai, era Pak Lah pun sebagus Tun Mahathir jugak
ReplyDeleteYB Zul,
ReplyDeleteApake halnya tanya soalan yang entah betul ke tidak jawapan nya.... abstrak dan buntu?
Tak usah tanya samada Pak Lah boleh atau tidak selesaikan masaalah inflasi dll berkaitan ekonomi.. kalau boleh tak kan TPM Najib disuruh ambik alih?
Dah lah...mari semua ahli UMNO sekelian selesaikan Pak Lah dulu..sebelum masaalah lain boleh diselesaikan.
Kita kena terima hakikat kebolehan kita. Pak Lah memang pemimpin baik tapi dia tak cukup bagus jadi PM. Dia ibarat UMNO yang banyak berjasa kepada orang Melayu. Tapi packaging dah tak ikut zaman, salesmannya pun jual kaedah lama, mana orang nak beli.
ReplyDeleteUMNO perlu reform. Etika dan peraturan parti dak lapuk. 'Isme' parti bukan lagi melahirkan Melayu yang mempunyai jati-diri tetapi rapuh, mudah dibeli, tidak berani menyanggah kemungkaran, membodek je kerja. Tidak kira dari peringkat cawangan sampai ke MT, sama je
ReplyDelete