Kita perlu pemimpin Melayu. Memimpin untuk masa depan orang Melayu. Kita bukan mahukan pemimpin yang bijak menggunakan kesempatan dan peluang untuk mengangkat diri. Kalau setakat aktiviti ‘image building’ dengan menggunakan sumber media ‘conventional’ dan ‘unconventional’ bila setiap hari ada kenyataan akhbar, setiap hari masuk TV malah setiap hari ada ‘media coverage’ hasil gerakan campur tangan pihak media yang dibayar, saya tak hairan.Itu semua metodologi yang ada dalam ilmu sains politik. Ia hanyalah ‘cosmetic’ dan ‘fabricated’ jika tidak keterlaluan. Kita tidak mahu semata-mata kerana lama dalam karbinet, ramai orang UMNO yang dibelanya. Kita tidak mahu pemimpin Melayu yang sentiasa menggunakan kuasa eksekutif tapi tak berani menggunakan kuasa politik mereka apatah lagi bila berdepan dengan desakan pembangkang mahupun parti komponen.
Kita mahu jasa kepimpinan dan ‘track record’nya apabila ramai orang Melayu yang berjaya dalam ekonomi dan pelajaran. Kita mahu pemimpin Melayu yang sentiasa mementingkan Melayu melebihi dari segalanya. Kita mahu pemimpin Melayu yang sentiasa setia dan 'commited' dalam UMNO. Dan yang penting sekali tolak sama sekali pemimpin yang menggunakan kekuatan duitnya dan kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan politiknya.
Saya secara peribadi tetap memilih Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebab dia adalah pemimpin rakyat. Track recordnya, semasa dia menjadi Menteri Besar Selangor dan kesetiaannya kepada UMNO, katanya ‘patah kedua sayapnya paruh sandaranya’ semasa kalah Naib Presiden yang lepas. Nah, siapa pilihan saudara?
