Monday, October 27, 2008

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Kenapa UMNO dilihat makin hari makin lemah. Orang makin berani mempersoalkan relevannya sekarang, samada bukan ahli maupun ahli parti lain. Tetapi dulu UMNO menghadapi masalah jugak. Samada masalah dalaman atau luaran sama sahaja magnitud dan skalarnya. Jika tidak, takkan UMNO kalah teruk dan PAP parti pimpinan Lee Kuan Yu menguasai di Singapura. Malah apabila UMNO gagal bertapak dan menyaingi PAP, Allahmarhum Tunku telah membuat keputusan politik mengeluarkan Singapura dari Malaysia 2 tahun selepas itu. Selepas itu UMNO terus melalui proses kematangannya tanpa henti. Malah banyak lagi yang akan dihadapi.
Soalnya orang tidak tahu dan tidak pernah nak tahu perjuangan UMNO. Sebab 'packaging' mula dirosakkan. UMNO kebelakangan pulak dijual dengan masalahnya, rasuah, politicking dan perebutan kuasa. UMNO tidak lagi dipromosikan sebagai parti yang berjasa memperjuangan masa depan Melayu dan rakyat Malaysia.
Saya rasa UMNO perlu dilihat parti yang berjuang untuk orang Melayu. UMNO kena merancang dan melaksanakan supaya 'packaging' UMNO lebih menarik dan diterima oleh orang sekarang. Saya rasa UMNO janganlah hanya dilihat bersama dengan batik, songkok, ucapan dan kereta besar sahaja. UMNO patut dilihat sinonim dengan budaya kerja, pencapaian tamadun dan ilmu bangsa Melayu. UMNO mesti dilihat seiring dengan Budaya Melayu Baru ke arah bangsa yang maju, kata Tan Sri Muhammad Muhd Taib , 15 tahun yang lepas.

5 comments:

  1. Kau janganlah kempen untuk Tan Sri Muhammad Muhd Taib kat sini. Perwakilan UMNO tak surfed blog ni. Dia orang kunjung kelab malam je. Lagi pun Mat Taib bukan rajin hulur pun. Macam mana perwakilan nak sokong dia

    ReplyDelete
  2. Tan Sri Muhammad Muhd Taib memang pemimpin Melayu sejati. Tapi masalahnya dia tidak digemari oleh orang Cina. Untuk jadi peminpin No 2 Malaysia mesti endosed by etnik selain Malayu

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Muhammad Muhd Tain nak buat come back ke. Tinggi sangat sasaran sebagai Timbalan Presiden dan setersunya Timbalan Perdana Menteri.
    Saya rasa gandingan dia dengan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak serai sebab Najib uruskan global dan Muhammad Muhd Taib jaga local. Barulah GLOKAL !

    ReplyDelete
  4. YB Zul,

    Budaya Melayu Baru dan Imej Tan Sri Muhammad tu tak seia sekata dimusim kehambaram UMNO kini, masaalah UMNO mesti dilihat daripada kacamata generasi muda kini, apakata mereka ??? Pemimpin hendaklah jangan jadi hipokrit dengan fakta;

    YB Zul yang mahir statistik !!

    Gantikan gambar tu dengan rajah rajah yang menunjukkan histogram pencapaian Melayu didalam :Politik Wang, Budaya Rasuah & gila kuasa.

    Selama 51 tahun merdeka apa yang hendak kita perjuang bagi menaikan martabat Melayu..kita dah banyak kehilangan jika diikutkan graf pencapaian Melayu di dalam apa bidang sekalipun amatlah kurang...kini UMNO kearah layu dan terkulai..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saya bersetuju dgn pendapat tuan mengenai Tan Sri Muhammad dan saya merasakan bahawa Tan Sri Muhammad Muhd Taib adalah plg layak menjadi Timbalan Presiden Umno. Ini kerana saya lihat beliau sahaja yg akan dpt memenangi hati bukan sahaja org Melayu tetapi juga kaum2 lain kerana sikapnya yg sgt peramah dan rendah diri. Malaysia memerlukan pemimpin tertinggi yang boleh membuat kerja, disukai rakyat dan membawa idea2 baru yg bernas. Lihat saja semasa TSM jadi MB Selangor dulu, Selangor jadi sgt maju dan menjadi negeri terkaya di M'sia. Jika Beliau boleh menerajui kepimpinan di S'gor dgn excellent sekali dulu, sudah tentu kini beliau boleh buat lebih baik lagi kerana pengalaman dan track record yg bagus. Tambahan pula TSM ni saya lihat seorang yang loyalist. INi akan membawa kestabilan politik di negara kita sbb Dato Seri Najib tak perlu susah hati ditikam dari belakang oleh timbalannya yg dah tak sabar2 nak jadi PM. Dato Najib boleh handle isu2 global dan TSM boleh handle isu2 local. Pakej yg cukup sempurna bagi saya. Ini barulah GANDINGAN MANTAP.

    ReplyDelete