Pada 11/7/2008, dituduh & mengaku bersalah atas dakwaan minum arak, kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kartika mahu menerima hukuman sebat itu dan minta dipercepatkan tapi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi merayu hukuman diringankan. Tapi dia tidak mahu merayu, reda dengan hukuman. Hukuman ditangguhkan hingga selepas Raya Idil Fitri. Lepas tu KDN kata tidak ada tukang sebat di Penjara Kajang. Oleh itu Kartika terpaksa dihantar pulang semula. Tapi sekarang 'tukang sebat' telah disediakan untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut.
Sisters In Islam (SIS) pula kemuka memorandum bantahan dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap keputusan mahkamah itu. 14 NGO Islam (ABIM salah satu darinya) kesal dengan SIS. Kenapa tak pasal2 Kartika yang mendapat perhatian SIS ? Dia telah bertindak di luar peruntukkan Enakmen Pentadbiran Agama. Kena hukumlah. Nak kesian apa. Kalau kesian jangan dihukum, SIS tak tahu ke berapa yang isteri hampir dengan ibu tunggal dan anaknya macam anak yatim bila suami atau bapa dipenjara ? Tak kesian ke dengan isteri dan anak tu. Tak pasal-pasal buat salah dapat liputan media malah dapat tajaan ke umrah lagi you. Saya rasa sebat je. Lagi dia memang tak bercadang nak merayu. Supaya jadi pengajaran pada yang lain. ROTAN JE
Sepanjang pengamatan cetek saya dalam politik, tiada ada seorang ahli politik yang akan menyalahkan dirinya kerana gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ahli politik. Samada menyalahkan rakan atau lawan atau partinya atau parti lawannya. Begitu juga lazimnya akan menyalahkan segala yang ada kecuali dirinya terhadap kemelut yang berlaku. Tetapi mendengar ucapan retorik mereka, kita sering dimomokkan bahawa seorang pemimpin berjiwa besar akan meletakkan perjuangan mengatasi segalanya.
Yang saya faham dari siaran lansung (mungkin saya salah) jelas Mohd Fairus akan menggunakan apa juga alasan yang sesuai dan logika untuk menutup kelemahan dirinya dengan menyatakan kelemahan orang atau organisasinya. Apa ciri seorang pejuangan ? Meletakkan perjuangannya di atas kecuali dirinya. Dan orang politik dalam keadaan apapun memang mahu sentiasa dilihat sebagai CHAMPION. BETUL KE ?
This here's the story of Cassius Clay, Who changed his name to Muhammad Ali, He knows how to talk and he knows how to fight, And all the contenders were beat out of sight,
Sing Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee, Mohammed, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
Now all you fight fans, you've got to agree, There ain't no flies on Muhammad Ali, He fills the arena wherever he goes, And everyone gets what they paid for,
Muhammad, was known to have said, You watch me shuffle and I'll jab off your head, He moves like the black superman, And calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
He says I'm the greatest the worlds ever seen, The heavyweight champion who came back again, My face is so pretty you don't see a scar, Which proves I'm the king of the ring by far,
Sing, Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee, Mohammed, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
Sing, Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee, Muhammad, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah (P18 ) dari PKR yang dipecat oleh partinya sendiri hari ini 6/3/2010 sebab pelbagai tuduhan termasuk kesalahan yang berulang-ulang yang dilakukannya kepada parti.
Seorang Ahli Parlimen yang berlatarbelakang undang-undang & aktif dalam pertubuhan Peguam. Mungkin sebab itulah dia sanggup berdepan dengan siapa sahaja sebab ada peruntukan undang-undang yang disandarnya. Pengangkutannya ke parlimen ialah motorsikal. Sehingga dia menggelar dirinya sebagai RIDER MP. Saya suka character ini.
Walaupun sebagai ahli parlimen dia adalah seorang pembangkang. Tetapi dalam karier peguamnya dia juga sering bertembung dengan Kerajaan. Ini termasuklah kes pemecatan Tun Salleh Abbas, kes Nordin Salleh lawan DUN Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO), mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, kes skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, kes fitnah terhadap Ustaz Kamal Asha'ari, kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, kes Lina Joy, kes Kumpulan Al Maunah memerangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia ni lebih kurang macam Karpal Singh, popular atas kes undang-undang terhadap Kerajaan.
Malah dia juga merupakan Ahli Parlimen terpilih bila melalui tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 September 1998 bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim (mesti pengikut hard-core ni)
Dia ni memang orang yang ada prinsip agaknya. Menyertai demonstrasi membantah Forum Memeluk Islam Anjuran Majlis Peguam Malaysia, Himpunan Aman Umat Islam membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam, membantah kenaikan harga petrol bila berbasikal ke Parlimen bersama YB Tian Chua (Batu), YB Wee Choo Keong(Wangsa Maju) & YB Gobala (Pdg Serai) ke Parlimen dari Bank Negara. Memang dia hebat, terlalu idealisme. Malah Khalid Samad rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat pun nak disamannya
Tetapi ada sesuatu yang saya sangat mengingati YB Zulkefli adalah label beliau dalam tulisannya terhadap Kerajaan Barisan Nasional iaitu Kerajaan Be-End UMNO. Tapi sekarang dia yang di penghujung jalan dalam PKR. Itulah, jangan mengata orang nanti kena batang hidung sendiri.
Orang muda ini nampaknya berjaya mencatat namanya sejarah politik negara. Mungkin ketidaktentuan politik sejak ketirisan undi majoriti BN yang hanya mampu mempertahankan 140 dari 222 kerusi di Parlimen dan 51.2% undi majoriti dan menang 11 dari 40 kerusi di Pulau Pinang menyebabkan semua tindakan luar biasa beliau mendapat perhatian media.
Berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan memilikki Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya. Atas kertas nampaknya dia seorang Islam yang berilmu sudah tentu akan memberi rahmat kepada ramai umat Islam.
Sejarah politiknya hanya di Selangor bila dia dilantik sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Dalam PRU 2008, dia dipilih oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Penanti dan berjaya mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan majoriti 2,219 undi. Samada dia memang hebat atau kuatnya arus menentang BN setidak-tidaknya beliau dilihat mampu menyaingi kepimpinan UMNO di Penanti. Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Pulau Pinang setelah DAP, PKR dan PAS telah membentuk kerajaan.
Tetapi pada 8 April 2009, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti selepas dia dikaitkan dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari haram di Seberang Perai. Namun begitu, namanya dibersihkan selepas siasatan menunjukkan tiada bukti. Dalam pilihanraya kecil berikutnya, calon PKR Dr Mansor Othman memenangi pilihan raya kecil ini. Fairus dikatakan meletakkan jawatan kerana mahu belajar di peringkat sarjana.
Pada 28 Februari 2010, Fairus Khairuddin mengumumkan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Khabarnya dia menjadi ahli UMNO bahagian Gombak untuk cawangan Taman Kamariah (sebelah cawangan saya). Beliau hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Agama Islam. Dia tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu kontroversi 'Allah' tapi yang lain dia bersetuju agaknya.
Tapi saya yakin semasa kempen PRU12 lepas, semasa dia bertanding atas tiket PKR dia menyokong dan sangat yakin dengan perjuangan PKR dan itulah sebabnya dia menentang UMNO atau BN. Minta pengundi atau ahli UMNO Permatang jawab isu ini.
Memang politik perlu retorik dan konflik. Tetapi mencetuskan konflik yang hampir menjahanamkan suatu bangsa sukar sukar saya dimaafkan. Saya yakin ramai orang Melayu yang telah kehilangan hak dan peluang bila Fairuz menyokong DAP memerintah dan melanyak Melayu di Pulau Pinang walaupun sekejap. Kita tak mahu dengar kata retoriknya tapi nak lihat apa yang dibuatnya untuk membetulkan kesilapannya. TUNGGUUUUUUU . . .
KENYATAAN AKHBAR 3 MAC 2010 MENTERI BESAR ARAH HARTA DAN ASET YBK DIAUDIT SEBELUM LAPORAN PENUH DIKELUARKAN
SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini dimaklumkan bahawa Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak mengemas kini maklumat apabila notis tunggakan cukai tanah masih menggunakan alamat pejabat Menteri Besar Selangor di Tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini.
Sehubungan itu, kerajaan negeri membuat keputusan supaya Jabatan Audit melakukan audit terhadap semua harta dan aset yang dimiliki oleh yayasan itu. Antara harta dan aset yang dikenal pasti dimiliki YBK termasuk tanah di Pusat Bandar Rawang, Serendah, Shah Alam, Mukim Api-api di Kuala Selangor seluas 5.4 ekar termasuk sebuah bangunan serta rumah-rumah milikan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata audit itu perlu dilakukan kerana banyak maklumat mengenai YBK yang tidak dikemas kini sebelum laporan kertas putih (laporan penuh) dikeluarkan.
"Kerajaan negeri sudah ada senarai semua harta dan aset YBK dan kita mahu memeritahu kepada rakyat.
"Bagaimanapun, sebelum kita memaklumkan kepada orang ramai, kita mahu memastikan maklumat ini sudah diaudit dan tepat," katanya.
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR -- Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686 ---- Isu asalnya adalah PYBK mengemukakan permohonan kelulusan merancang untuk membangunkan kampus UiTM Serendah. Tapi YAB Tan Sri Khalid meletakkan syarat dia mesti dilantik sebagai Pengerusi YBK untuk menimbang permohonan tersebut. YBK jelaskan melantik Tan Sri Khalid sebagai Pengerusi YBK adalah bertentangan dengan peruntukkan Instrument Of Trust YBK. Akhirnya Tan Sri Khalid Ibrahim tidak meluluskan permohonan PYBK apabila kehendaknya tidak dituruti oleh YBK.
Lepas itu dia bertindak membuat fitnah dan berniat jahat memburukkan YBK dengan mengatakan pengurusan YBK tidak telus dan menyalahgunakan peruntukan berjuta ringgit. YBK jelaskan tiada satu sen pun bantuan kerajaan Selangor kepada YBK dan yayasan sentiasa telus dalam menyatakan perbelanjaan.
Tidak cukup setakat itu Tan Sri Khalid bertindak berusaha merampas tanah PYBK dengan memulangkan bayaran tunggakan cukai tanah walaupun PYBK bertindak di dalam peruntukkan undang-undang Kanun Tanah sedangkan beliau menyalahguna kuasa sebagai Menteri Besar apabila merampas kuasa yang diperuntukkan kepada Pentadbir Tanah dalam Kanun Tanah Negara.
Sekarang Tan Sri Khalid mengambil keputusan Selangor akan melakukan audit ke atas tanah-tanah yang diperuntukkan kepada YBK dan menyatakan penguursan YBK tidak mengemaskini pengurusannya apabila bil cukai tanah pejabat YBK masih dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor.
Saya rasa kalau Kerajaan Selangor nak audit tanah yang diperuntukkan kepada YBK, silakan. Tapi kalau nak audit YBK, sekali lagi jangan cuba nak menyalahgunakan kuasa. Di bawah peruntukkan mana dia sebagai Menteri Besar Selangor nak audit sebuah yayasan ? Kenapa tak audit je semua rakyat yang mengelakkan cukai di Selangor ni.
Yayasan Basmi Kemiskinan hanyalah sebuah yayasan persendirian yang ditubuhkan di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952, di bawah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri. Matlamat yayasan ini adalah membantu kerajaan membasmi kemiskinan melalui program sosio-ekonomi & pendidikan. Misi ‘Tiada Lagi Keluarga Termiskin Di Selangor Pada 2005’ ditukar kepada ‘Negara Sejahtera, Maju Dan Bebas Dari Kemiskinan’ selepas Selangor diistihar sebagai Negeri Maju pada akhir 2005. Operasi & pengurusan YBK dikawalselia oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, melalui Instrument Of Trust YBK.
Apakah Pencapaian YBK ?
YBK telah membangunkan 9 penempatan PPRT untuk lebih 400 keluarga termiskin (Desa Kasih), membina semula 458 buah rumah dan membaikpulih 129 rumah keluarga termiskin seluruh negeri Selangor.
YBK juga melaksanakan program pemulihan sikap dan program sosio-ekonomi peserta Desa Kasih, program bantuan makanan untuk 628 keluarga termiskin seluruh negeri (1998), program pembangunan sosio-ekonomi keluarga termiskin (2001-2003), program bantuan modal & kemahiran berniaga golongan ibu tunggal dalam perniagaan makanan (2001), program sosio-ekonomi peserta Desa Kasih (2003) dan program sosio-ekonomi golongan termiskin di Selangor (2005-2006).
YBK telah membantu meningkatkan prestasi SPM ribuan pelajar miskin bila diberi tuisyen SPM percuma untuk 16,796 orang pelajar miskin sekolah luar bandar seluruh negara (sejak 1993), membiayai latihan kemahiran sijil professional, FASTRACK kepada 681 orang belia keluarga miskin seluruh negeri (1995-1998), membiaya latihan kemahiran kepada 115 orang pelatih dari keluarga miskin (2003-2005).
Sejak 1994, YBK telah membiaya kos sara-hidup dan persekolahan 2,509 pelajar anak yatim dan termiskin di Asrama Kasih YBK Serendah dan pembiayaan sara-hidup, penginapan & belajar 227 orang pelajar termiskin di Asrama Kasih YBK Gesir.
Kolej Komuniti YBK Banting melahirkan 1,200 graduan diploma dari kalangan keluarga miskin, Pusat Latihan YBK Kuala Selangor melatih 1,173 orang dari keluarga miskin dalam pelbagai kemahiran, Kolej Komuniti YBK Tg Malim melahirkan 330 orang pelajar dalam diploma dan Akademi Kemahiran YBK Gesir melatih 114 orang pelatih dari miskin mengikuti latihan kemahiran.
Bagaimana YBK mendapat sumber kewangan & apa yang dibelanjakan ?
Pendapatan YBK adalah sebanyak RM101,600.776.15 di mana ia disumbang oleh geran Kerajaan Persekutuan (RM14,005,518.15), sewa (RM4,686,424.00), sumbangan orang awam dan swasta (RM24,993,478.00) dan lain-lain (RM57,915,356.00)
YBK membelanjakan sebanyak RM83,445,206.53 iaitu pogram Pendidikan (RM15,447,160.67), Projek Sosial (RM19,526,072.00), Program DKC & KUNTUM (RM4,800,109.86), Lain-lain (RM1,183,324.00), Pentadbiran (RM12,581,418.00), Susutnilai (RM9,422,182.00), Kewangan & Pelaburan (RM18,568,004.00) & peruntukkan HutangLapok(RM1,916,936.00)
Aspirasi YBK - Pembangunan UiTM Serendah
Pada tahun 1995 Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan YBK tanah seluas 1,900 ekar di Serendah, Hulu Selangor, berstatus mixed development. Tanah tersebut telah dikurniakan pada premium yang rendah untuk membantu menambah dana YBK melalui anak syarikat Permodalan YBK Sdn Bhd.
Rancangan usahasama YBK untuk memajukan tanah tersebut sering menghadapi kegagalan disebabkan kedudukan tanah 4km dari jalan utama dan PYBK perlu membina jalan dan membeli 4 plot tanah yang menghubungkan tanah PYBK dengan jalan terdekat. Kos pembinaan jalan masuk dianggarkan RM19 juta menyebabkan tanah tersebut gagal dibangunkan dan menyumbang kepada tunggakan cukai tanah.
Walau bagaimanapun tawaran membangunkan kampus UiTM Serendah di atas tanah YBK bernilai RM300juta dan kontrak penyeliaan kampus selama 20 tahun oleh kerajaan Malaysia kepada anak syarikat YBK pada akhir 2009 telah memberi harapan baru kepada YBK. Malah ia memberi harapan kepada penduduk Serendah khususnya dan Selangor amnya.
Kuasa - Tan Sri Khalid Ibrahim
Malangnya setelah mendapat semua kelulusan teknikal, PYBK gagal mendapatkan kelulusan kebenaran merancang dari Kerajaan Selangor. YAB Dato Menteri Besar Selangor mahu menjadi Pengerusi YBK dan beberapa orang EXCO sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sebagai pra-syarat. Syarat ini adalah bertentangan dengan peruntukkan Instrument Of Trust YBK. Oleh kerana YBK tidak bersetuju dan hanya menawarkan Timbalan SUK (Pembangunan) dan Pegawai Kewangan Negeri & sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, PYBK gagal mendapatkan kebenaran merancang dari Kerajaan Negeri Selangor.
Akibatnya bukan sahaja YBK atau PYBK yang mengalami kerugian berjuta ringgit tetapi seluruh rakyat Serendah dan Selangor telah kehilangan peluang aktiviti ekonomi akibat terlepas pembangunan kampus UiTM.
Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor - Bertekad Rampas Tanah YBK
Kerajaan Selangor bertekad merampas tanah milik YBK atas alasan gagal melunaskan cukai tertunggak sebanyak RM5.4 juta dan Notis 6(A) yang dikeluarkan telah tamat tempuh. Isu asalnya adalah cadangan pembangunan kampus UiTM oleh PYBK di atas tanah milik PYBK. Bila YBK gagal memenuhi kehendak YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil alih YBK, PYBK bukan sahaja tidak diberi kebenaran merancang malah tanah pula akan dirampas Tempoh tamat pembayaran cukai tanah yang tertunggak ialah 29 Jan 2010, 11.59 malam. Tetapi pada Isnin 1 Februari 2010, Yayasan Melaka mendapat persetujuan lisan Bendahari Negeri Selangor dan membuat pembayaran kesemua cukai tanah tertunggak sebanyak RM5.4 juta di CIMB Bank sebelum pukul 3 petang, 1 Februari 2010.
Malangnya Kerajaan Selangor memulangkan bayaran RM5.4 juta notis 6(A) dengan alasan pihak Yayasan Melaka tidak boleh membayar bagi pihak YBK. Ironisnya bayaran cukai tanah pada Ogos 2009 berjumlah RM1.28 juta yang tidak termasuk dalam notis 6(A) juga dipulangkan. Penasihat Undang-Undang diminta semak betul-betul peruntukkan dalam Kanun Tanah Negara.
Apakah kerugian YBK ?
Sumber kewangan YBK selama ini bergantung kepada geran kerajaan pusat, pendapatan sewa, sumbangan orang ramai & swasta, keuntungan pelaburan & dividen dan pulangan modal. Lembaga Pemegang Amanah YBK berharap keuntungan dari kontrak pembangunan kampus UiTM Serendah akan memberi harapan keuntungan yang memastikan YBK terus relevan membantu kerajaan membasmi kemiskinan, membiayai sara hidup pelajar-pelajar miskin di Asrama Kasih YBK, membiayai tuisyen pelajar miskin dan berbagai program pembasmian kemiskinan.
Tapi bila Kerajaan Selangor menentang usaha YBK ini malah bertekad merampas tanah YBK dan memburukkan nama baik YBK, tahu YAB Menteri Besar Selangor yang dia sedang merampas hak dan masa depan anak-anak yatim dan fakir miskin di Selangor ?