Seorang Ahli Parlimen yang berlatarbelakang undang-undang & aktif dalam pertubuhan Peguam. Mungkin sebab itulah dia sanggup berdepan dengan siapa sahaja sebab ada peruntukan undang-undang yang disandarnya. Pengangkutannya ke parlimen ialah motorsikal. Sehingga dia menggelar dirinya sebagai RIDER MP. Saya suka character ini.
Walaupun sebagai ahli parlimen dia adalah seorang pembangkang. Tetapi dalam karier peguamnya dia juga sering bertembung dengan Kerajaan. Ini termasuklah kes pemecatan Tun Salleh Abbas, kes Nordin Salleh lawan DUN Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO), mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, kes skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, kes fitnah terhadap Ustaz Kamal Asha'ari, kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, kes Lina Joy, kes Kumpulan Al Maunah memerangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia ni lebih kurang macam Karpal Singh, popular atas kes undang-undang terhadap Kerajaan.
Malah dia juga merupakan Ahli Parlimen terpilih bila melalui tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 September 1998 bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim (mesti pengikut hard-core ni)
Dia ni memang orang yang ada prinsip agaknya. Menyertai demonstrasi membantah Forum Memeluk Islam Anjuran Majlis Peguam Malaysia, Himpunan Aman Umat Islam membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam, membantah kenaikan harga petrol bila berbasikal ke Parlimen bersama YB Tian Chua (Batu), YB Wee Choo Keong(Wangsa Maju) & YB Gobala (Pdg Serai) ke Parlimen dari Bank Negara. Memang dia hebat, terlalu idealisme. Malah Khalid Samad rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat pun nak disamannya
Tetapi ada sesuatu yang saya sangat mengingati YB Zulkefli adalah label beliau dalam tulisannya terhadap Kerajaan Barisan Nasional iaitu Kerajaan Be-End UMNO. Tapi sekarang dia yang di penghujung jalan dalam PKR. Itulah, jangan mengata orang nanti kena batang hidung sendiri.
No comments:
Post a Comment