Orang muda ini nampaknya berjaya mencatat namanya sejarah politik negara. Mungkin ketidaktentuan politik sejak ketirisan undi majoriti BN yang hanya mampu mempertahankan 140 dari 222 kerusi di Parlimen dan 51.2% undi majoriti dan menang 11 dari 40 kerusi di Pulau Pinang menyebabkan semua tindakan luar biasa beliau mendapat perhatian media.
Berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan memilikki Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya. Atas kertas nampaknya dia seorang Islam yang berilmu sudah tentu akan memberi rahmat kepada ramai umat Islam.
Sejarah politiknya hanya di Selangor bila dia dilantik sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Dalam PRU 2008, dia dipilih oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Penanti dan berjaya mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan majoriti 2,219 undi. Samada dia memang hebat atau kuatnya arus menentang BN setidak-tidaknya beliau dilihat mampu menyaingi kepimpinan UMNO di Penanti. Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Pulau Pinang setelah DAP, PKR dan PAS telah membentuk kerajaan.
Tetapi pada 8 April 2009, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti selepas dia dikaitkan dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari haram di Seberang Perai. Namun begitu, namanya dibersihkan selepas siasatan menunjukkan tiada bukti. Dalam pilihanraya kecil berikutnya, calon PKR Dr Mansor Othman memenangi pilihan raya kecil ini. Fairus dikatakan meletakkan jawatan kerana mahu belajar di peringkat sarjana.
Pada 28 Februari 2010, Fairus Khairuddin mengumumkan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Khabarnya dia menjadi ahli UMNO bahagian Gombak untuk cawangan Taman Kamariah (sebelah cawangan saya). Beliau hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Agama Islam. Dia tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu kontroversi 'Allah' tapi yang lain dia bersetuju agaknya.
Tapi saya yakin semasa kempen PRU12 lepas, semasa dia bertanding atas tiket PKR dia menyokong dan sangat yakin dengan perjuangan PKR dan itulah sebabnya dia menentang UMNO atau BN. Minta pengundi atau ahli UMNO Permatang jawab isu ini.
Memang politik perlu retorik dan konflik. Tetapi mencetuskan konflik yang hampir menjahanamkan suatu bangsa sukar sukar saya dimaafkan. Saya yakin ramai orang Melayu yang telah kehilangan hak dan peluang bila Fairuz menyokong DAP memerintah dan melanyak Melayu di Pulau Pinang walaupun sekejap. Kita tak mahu dengar kata retoriknya tapi nak lihat apa yang dibuatnya untuk membetulkan kesilapannya. TUNGGUUUUUUU . . .
No comments:
Post a Comment