KENYATAAN AKHBAR 3 MAC 2010
MENTERI BESAR ARAH HARTA DAN ASET YBK DIAUDIT SEBELUM LAPORAN PENUH DIKELUARKAN
SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini dimaklumkan bahawa Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak mengemas kini maklumat apabila notis tunggakan cukai tanah masih menggunakan alamat pejabat Menteri Besar Selangor di Tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini.
Sehubungan itu, kerajaan negeri membuat keputusan supaya Jabatan Audit melakukan audit terhadap semua harta dan aset yang dimiliki oleh yayasan itu.
Antara harta dan aset yang dikenal pasti dimiliki YBK termasuk tanah di Pusat Bandar Rawang, Serendah, Shah Alam, Mukim Api-api di Kuala Selangor seluas 5.4 ekar termasuk sebuah bangunan serta rumah-rumah milikan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata audit itu perlu dilakukan kerana banyak maklumat mengenai YBK yang tidak dikemas kini sebelum laporan kertas putih (laporan penuh) dikeluarkan.
"Kerajaan negeri sudah ada senarai semua harta dan aset YBK dan kita mahu memeritahu kepada rakyat.
"Bagaimanapun, sebelum kita memaklumkan kepada orang ramai, kita mahu memastikan maklumat ini sudah diaudit dan tepat," katanya.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
--
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
----
Isu asalnya adalah PYBK mengemukakan permohonan kelulusan merancang untuk membangunkan kampus UiTM Serendah. Tapi YAB Tan Sri Khalid meletakkan syarat dia mesti dilantik sebagai Pengerusi YBK untuk menimbang permohonan tersebut. YBK jelaskan melantik Tan Sri Khalid sebagai Pengerusi YBK adalah bertentangan dengan peruntukkan Instrument Of Trust YBK. Akhirnya Tan Sri Khalid Ibrahim tidak meluluskan permohonan PYBK apabila kehendaknya tidak dituruti oleh YBK.

Lepas itu dia bertindak membuat fitnah dan berniat jahat memburukkan YBK dengan mengatakan pengurusan YBK tidak telus dan menyalahgunakan peruntukan berjuta ringgit. YBK jelaskan tiada satu sen pun bantuan kerajaan Selangor kepada YBK dan yayasan sentiasa telus dalam menyatakan perbelanjaan.
Tidak cukup setakat itu Tan Sri Khalid bertindak berusaha merampas tanah PYBK dengan memulangkan bayaran tunggakan cukai tanah walaupun PYBK bertindak di dalam peruntukkan undang-undang Kanun Tanah sedangkan beliau menyalahguna kuasa sebagai Menteri Besar apabila merampas kuasa yang diperuntukkan kepada Pentadbir Tanah dalam Kanun Tanah Negara.
Sekarang Tan Sri Khalid mengambil keputusan Selangor akan melakukan audit ke atas tanah-tanah yang diperuntukkan kepada YBK dan menyatakan penguursan YBK tidak mengemaskini pengurusannya apabila bil cukai tanah pejabat YBK masih dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor.
Saya rasa kalau Kerajaan Selangor nak audit tanah yang diperuntukkan kepada YBK, silakan. Tapi kalau nak audit YBK, sekali lagi jangan cuba nak menyalahgunakan kuasa. Di bawah peruntukkan mana dia sebagai Menteri Besar Selangor nak audit sebuah yayasan ? Kenapa tak audit je semua rakyat yang mengelakkan cukai di Selangor ni.
No comments:
Post a Comment