Saturday, March 13, 2010

Ahmad Nayan

Hari saya ke Sabak Bernam menghadiri program Hari Keluarga Perttubuhan koperasi di situ. Meriah juga. Ia merupakan sebuah penempatan PPRT di situ. Saya sempat bersembang dgn Ahmad Nayan. Walau pun beliau adalah salah seorang peserta tetapi pandangan dan aspirasi tentang sosio-ekonomi lebih berwawasan dari pegawai daerah (saya pernah tulis sebelum ini).
Katanya setiap tindakan kita sebagai pemimpin komuniti bila merancang dan melaksanakan sesuatu untuk masyarakat mestilah bertepatan dengan feqah sebelum betul tasawufnya. Maksudnya semua kena mengikut sunnah atau peraturan alam sebelum Yang Berkuasa menjadikan ianya berkesan. Katanya lagi, bukan susah nak masuk syurga sebab bila kita berniat sesuatu yang baik, sudah dapat pahalanya. Apatah sekiranya ianya dilaksanakan dan ada makhluk yang mendapat faedahnya. Sedangkan untuk masuk neraka susah. Sebab kalau pun kita berniat membuat sesuatu yang tidak baik. . . selagi ia belum dilakukan, pintu taubat masih terbuka. Saya seronok sembang denganya tadi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 11, 2010

Aminah Abdul Rahim (Dr)

Dr Aminah Abdul Rahim buat kenyataan akhbar pasal isu kesuburan. Menurutnya wanita kita kurang subur. Ini menjejaskan jumlah penduduk negara. Menurut Jabatan Perangkaan, kadar kesuburan adalah bilangan purata anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup sehingga akhir tempoh reproduktif dan disepanjang tempoh itu tertakluk kepada kadar umur tertentu bagi tahun tertentu.

Secara mudahnya bermaksud bilangan anak secara purata setiap wanita sepanjang hidupnya (15-44). Maka sekiranya seorang wanita melahirkan 2 orang sepanjang hidupnya maka anak-anaknya akan menggantikan emak dan bapanya selepas ibubapanya mati. Apa yang cuba dibangkitkan oleh Dr Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk & Pembangunan Negara ialah sekiranya seorang wanita hanya terdaya atau mengada-ngada nak beranak seorang sahaja sepanjang hidupnya, maka lambat laun manusia akan pupus di muka dunia.

Tetapi tidak semudah itu. Sebab ada faktor-faktor lain seperti migrasi iaitu orang lari ke negeri lain atau pendatang berhijrah secara haram atau sah ke Malaysia. Atau mungkin Malaysia menerima bencana dan mala petaka yang menyebabkan ramai mati. Tetapi isu kesuburan bukan isu eksklusif wanita sahaja. Lelaki pun menyumbang kepada kadar kesuburan ini .

Wednesday, March 10, 2010

Kartika Sari Dewi Shukarnor

Pada 11/7/2008, dituduh & mengaku bersalah atas dakwaan minum arak, kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan oleh Mahkamah Tinggi
Kartika mahu menerima hukuman sebat itu dan minta dipercepatkan tapi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi merayu hukuman diringankan. Tapi dia tidak mahu merayu, reda dengan hukuman. Hukuman ditangguhkan hingga selepas Raya Idil Fitri. Lepas tu KDN kata tidak ada tukang sebat di Penjara Kajang. Oleh itu Kartika terpaksa dihantar pulang semula. Tapi sekarang 'tukang sebat' telah disediakan untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut.

Sisters In Islam (SIS) pula kemuka memorandum bantahan dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap keputusan mahkamah itu. 14 NGO Islam (ABIM salah satu darinya) kesal dengan SIS. Kenapa tak pasal2 Kartika yang mendapat perhatian SIS ? Dia telah bertindak di luar peruntukkan Enakmen Pentadbiran Agama. Kena hukumlah. Nak kesian apa. Kalau kesian jangan dihukum, SIS tak tahu ke berapa yang isteri hampir dengan ibu tunggal dan anaknya macam anak yatim bila suami atau bapa dipenjara ? Tak kesian ke dengan isteri dan anak tu. Tak pasal-pasal buat salah dapat liputan media malah dapat tajaan ke umrah lagi you. Saya rasa sebat je. Lagi dia memang tak bercadang nak merayu. Supaya jadi pengajaran pada yang lain. ROTAN JE

Tuesday, March 9, 2010

Fairus Khairuddin

Sepanjang pengamatan cetek saya dalam politik, tiada ada seorang ahli politik yang akan menyalahkan dirinya kerana gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ahli politik. Samada menyalahkan rakan atau lawan atau partinya atau parti lawannya. Begitu juga lazimnya akan menyalahkan segala yang ada kecuali dirinya terhadap kemelut yang berlaku. Tetapi mendengar ucapan retorik mereka, kita sering dimomokkan bahawa seorang pemimpin berjiwa besar akan meletakkan perjuangan mengatasi segalanya.

Yang saya faham dari siaran lansung (mungkin saya salah) jelas Mohd Fairus akan menggunakan apa juga alasan yang sesuai dan logika untuk menutup kelemahan dirinya dengan menyatakan kelemahan orang atau organisasinya. Apa ciri seorang pejuangan ? Meletakkan perjuangannya di atas kecuali dirinya. Dan orang politik dalam keadaan apapun memang mahu sentiasa dilihat sebagai CHAMPION. BETUL KE ?

Sunday, March 7, 2010

Muhammad Ali


This here's the story of Cassius Clay, Who changed his name to Muhammad Ali,
He knows how to talk and he knows how to fight, And all the contenders were beat out of sight,

Sing Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee,
Mohammed, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,

Now all you fight fans, you've got to agree, There ain't no flies on Muhammad Ali,
He fills the arena wherever he goes, And everyone gets what they paid for,

Muhammad, was known to have said, You watch me shuffle and I'll jab off your head,
He moves like the black superman, And calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,

He says I'm the greatest the worlds ever seen, The heavyweight champion who came back again, My face is so pretty you don't see a scar, Which proves I'm the king of the ring by far,

Sing, Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee,
Mohammed, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,

Sing, Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee,
Muhammad, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,

I'm Ali catch me if you can.

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah (P18 ) dari PKR yang dipecat oleh partinya sendiri hari ini 6/3/2010 sebab pelbagai tuduhan termasuk kesalahan yang berulang-ulang yang dilakukannya kepada parti.

Seorang Ahli Parlimen yang berlatarbelakang undang-undang & aktif dalam pertubuhan Peguam. Mungkin sebab itulah dia sanggup berdepan dengan siapa sahaja sebab ada peruntukan undang-undang yang disandarnya. Pengangkutannya ke parlimen ialah motorsikal. Sehingga dia menggelar dirinya sebagai RIDER MP. Saya suka character ini.

Walaupun sebagai ahli parlimen dia adalah seorang pembangkang. Tetapi dalam karier peguamnya dia juga sering bertembung dengan Kerajaan. Ini termasuklah kes pemecatan Tun Salleh Abbas, kes Nordin Salleh lawan DUN Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO), mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, kes skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, kes fitnah terhadap Ustaz Kamal Asha'ari, kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, kes Lina Joy, kes Kumpulan Al Maunah memerangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia ni lebih kurang macam Karpal Singh, popular atas kes undang-undang terhadap Kerajaan.

Malah dia juga merupakan Ahli Parlimen terpilih bila melalui tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 September 1998 bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim (mesti pengikut hard-core ni)

Dia ni memang orang yang ada prinsip agaknya. Menyertai demonstrasi membantah Forum Memeluk Islam Anjuran Majlis Peguam Malaysia, Himpunan Aman Umat Islam membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam, membantah kenaikan harga petrol bila berbasikal ke Parlimen bersama YB Tian Chua (Batu), YB Wee Choo Keong(Wangsa Maju) & YB Gobala (Pdg Serai) ke Parlimen dari Bank Negara. Memang dia hebat, terlalu idealisme. Malah Khalid Samad rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat pun nak disamannya

Tetapi ada sesuatu yang saya sangat mengingati YB Zulkefli adalah label beliau dalam tulisannya terhadap Kerajaan Barisan Nasional iaitu Kerajaan Be-End UMNO. Tapi sekarang dia yang di penghujung jalan dalam PKR. Itulah, jangan mengata orang nanti kena batang hidung sendiri.

Friday, March 5, 2010

Fairus Khairuddin

Orang muda ini nampaknya berjaya mencatat namanya sejarah politik negara. Mungkin ketidaktentuan politik sejak ketirisan undi majoriti BN yang hanya mampu mempertahankan 140 dari 222 kerusi di Parlimen dan 51.2% undi majoriti dan menang 11 dari 40 kerusi di Pulau Pinang menyebabkan semua tindakan luar biasa beliau mendapat perhatian media.

Berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan memilikki Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya. Atas kertas nampaknya dia seorang Islam yang berilmu sudah tentu akan memberi rahmat kepada ramai umat Islam.
Sejarah politiknya hanya di Selangor bila dia dilantik sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Dalam PRU 2008, dia dipilih oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Penanti dan berjaya mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan majoriti 2,219 undi. Samada dia memang hebat atau kuatnya arus menentang BN setidak-tidaknya beliau dilihat mampu menyaingi kepimpinan UMNO di Penanti. Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Pulau Pinang setelah DAP, PKR dan PAS telah membentuk kerajaan.

Tetapi pada 8 April 2009, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti selepas dia dikaitkan dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari haram di Seberang Perai. Namun begitu, namanya dibersihkan selepas siasatan menunjukkan tiada bukti. Dalam pilihanraya kecil berikutnya, calon PKR Dr Mansor Othman memenangi pilihan raya kecil ini. Fairus dikatakan meletakkan jawatan kerana mahu belajar di peringkat sarjana.

Pada 28 Februari 2010, Fairus Khairuddin mengumumkan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Khabarnya dia menjadi ahli UMNO bahagian Gombak untuk cawangan Taman Kamariah (sebelah cawangan saya). Beliau hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Agama Islam. Dia tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu kontroversi 'Allah' tapi yang lain dia bersetuju agaknya.

Tapi saya yakin semasa kempen PRU12 lepas, semasa dia bertanding atas tiket PKR dia menyokong dan sangat yakin dengan perjuangan PKR dan itulah sebabnya dia menentang UMNO atau BN. Minta pengundi atau ahli UMNO Permatang jawab isu ini.

Memang politik perlu retorik dan konflik. Tetapi mencetuskan konflik yang hampir menjahanamkan suatu bangsa sukar sukar saya dimaafkan. Saya yakin ramai orang Melayu yang telah kehilangan hak dan peluang bila Fairuz menyokong DAP memerintah dan melanyak Melayu di Pulau Pinang walaupun sekejap. Kita tak mahu dengar kata retoriknya tapi nak lihat apa yang dibuatnya untuk membetulkan kesilapannya. TUNGGUUUUUUU . . .