Thursday, March 11, 2010

Aminah Abdul Rahim (Dr)

Dr Aminah Abdul Rahim buat kenyataan akhbar pasal isu kesuburan. Menurutnya wanita kita kurang subur. Ini menjejaskan jumlah penduduk negara. Menurut Jabatan Perangkaan, kadar kesuburan adalah bilangan purata anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup sehingga akhir tempoh reproduktif dan disepanjang tempoh itu tertakluk kepada kadar umur tertentu bagi tahun tertentu.

Secara mudahnya bermaksud bilangan anak secara purata setiap wanita sepanjang hidupnya (15-44). Maka sekiranya seorang wanita melahirkan 2 orang sepanjang hidupnya maka anak-anaknya akan menggantikan emak dan bapanya selepas ibubapanya mati. Apa yang cuba dibangkitkan oleh Dr Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk & Pembangunan Negara ialah sekiranya seorang wanita hanya terdaya atau mengada-ngada nak beranak seorang sahaja sepanjang hidupnya, maka lambat laun manusia akan pupus di muka dunia.

Tetapi tidak semudah itu. Sebab ada faktor-faktor lain seperti migrasi iaitu orang lari ke negeri lain atau pendatang berhijrah secara haram atau sah ke Malaysia. Atau mungkin Malaysia menerima bencana dan mala petaka yang menyebabkan ramai mati. Tetapi isu kesuburan bukan isu eksklusif wanita sahaja. Lelaki pun menyumbang kepada kadar kesuburan ini .

No comments:

Post a Comment