Bekas staff YBK, jawatannya Eksekutif Kanan (Sosial). Secara ringkas tugasnya adalah menyelaras program sosial YBK seperti program sosio-ekonomi, pembangunan desa kasih YBK dan program bina-baru dan baik-pulih rumah keluarga termiskin yang dilaksanakan YBK. Sekarang dah bersara dan hanya melakukan kerja-kerja kampong termasuk jaga cucu di Sabak Bernam. Tadi semasa menghadiri program Hari Keluarga Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam dia turut hadir seperti biasa memberi sokongan moral.Sunday, March 14, 2010
Mohd Khairi Yunos
Bekas staff YBK, jawatannya Eksekutif Kanan (Sosial). Secara ringkas tugasnya adalah menyelaras program sosial YBK seperti program sosio-ekonomi, pembangunan desa kasih YBK dan program bina-baru dan baik-pulih rumah keluarga termiskin yang dilaksanakan YBK. Sekarang dah bersara dan hanya melakukan kerja-kerja kampong termasuk jaga cucu di Sabak Bernam. Tadi semasa menghadiri program Hari Keluarga Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam dia turut hadir seperti biasa memberi sokongan moral.Saturday, March 13, 2010
Ahmad Nayan
Hari saya ke Sabak Bernam menghadiri program Hari Keluarga Perttubuhan koperasi di situ. Meriah juga. Ia merupakan sebuah penempatan PPRT di situ. Saya sempat bersembang dgn Ahmad Nayan. Walau pun beliau adalah salah seorang peserta tetapi pandangan dan aspirasi tentang sosio-ekonomi lebih berwawasan dari pegawai daerah (saya pernah tulis sebelum ini).Katanya setiap tindakan kita sebagai pemimpin komuniti bila merancang dan melaksanakan sesuatu untuk masyarakat mestilah bertepatan dengan feqah sebelum betul tasawufnya. Maksudnya semua kena mengikut sunnah atau peraturan alam sebelum Yang Berkuasa menjadikan ianya berkesan. Katanya lagi, bukan susah nak masuk syurga sebab bila kita berniat sesuatu yang baik, sudah dapat pahalanya. Apatah sekiranya ianya dilaksanakan dan ada makhluk yang mendapat faedahnya. Sedangkan untuk masuk neraka susah. Sebab kalau pun kita berniat membuat sesuatu yang tidak baik. . . selagi ia belum dilakukan, pintu taubat masih terbuka. Saya seronok sembang denganya tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, March 11, 2010
Aminah Abdul Rahim (Dr)
Secara mudahnya bermaksud bilangan anak secara purata setiap wanita sepanjang hidupnya (15-44). Maka sekiranya seorang wanita melahirkan 2 orang sepanjang hidupnya maka anak-anaknya akan menggantikan emak dan bapanya selepas ibubapanya mati. Apa yang cuba dibangkitkan oleh Dr Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk & Pembangunan Negara ialah sekiranya seorang wanita hanya terdaya atau mengada-ngada nak beranak seorang sahaja sepanjang hidupnya, maka lambat laun manusia akan pupus di muka dunia.
Tetapi tidak semudah itu. Sebab ada faktor-faktor lain seperti migrasi iaitu orang lari ke negeri lain atau pendatang berhijrah secara haram atau sah ke Malaysia. Atau mungkin Malaysia menerima bencana dan mala petaka yang menyebabkan ramai mati. Tetapi isu kesuburan bukan isu eksklusif wanita sahaja. Lelaki pun menyumbang kepada kadar kesuburan ini .
Wednesday, March 10, 2010
Kartika Sari Dewi Shukarnor
Pada 11/7/2008, dituduh & mengaku bersalah atas dakwaan minum arak, kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan oleh Mahkamah TinggiKartika mahu menerima hukuman sebat itu dan minta dipercepatkan tapi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi merayu hukuman diringankan. Tapi dia tidak mahu merayu, reda dengan hukuman. Hukuman ditangguhkan hingga selepas Raya Idil Fitri. Lepas tu KDN kata tidak ada tukang sebat di Penjara Kajang. Oleh itu Kartika terpaksa dihantar pulang semula. Tapi sekarang 'tukang sebat' telah disediakan untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut.
Sisters In Islam (SIS) pula kemuka memorandum bantahan dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap keputusan mahkamah itu. 14 NGO Islam (ABIM salah satu darinya) kesal dengan SIS. Kenapa tak pasal2 Kartika yang mendapat perhatian SIS ? Dia telah bertindak di luar peruntukkan Enakmen Pentadbiran Agama. Kena hukumlah. Nak kesian apa. Kalau kesian jangan dihukum, SIS tak tahu ke berapa yang isteri hampir dengan ibu tunggal dan anaknya macam anak yatim bila suami atau bapa dipenjara ? Tak kesian ke dengan isteri dan anak tu. Tak pasal-pasal buat salah dapat liputan media malah dapat tajaan ke umrah lagi you. Saya rasa sebat je. Lagi dia memang tak bercadang nak merayu. Supaya jadi pengajaran pada yang lain. ROTAN JE
Tuesday, March 9, 2010
Fairus Khairuddin
Sepanjang pengamatan cetek saya dalam politik, tiada ada seorang ahli politik yang akan menyalahkan dirinya kerana gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ahli politik. Samada menyalahkan rakan atau lawan atau partinya atau parti lawannya. Begitu juga lazimnya akan menyalahkan segala yang ada kecuali dirinya terhadap kemelut yang berlaku. Tetapi mendengar ucapan retorik mereka, kita sering dimomokkan bahawa seorang pemimpin berjiwa besar akan meletakkan perjuangan mengatasi segalanya. Sunday, March 7, 2010
Muhammad Ali
This here's the story of Cassius Clay, Who changed his name to Muhammad Ali,
He knows how to talk and he knows how to fight, And all the contenders were beat out of sight,
Sing Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee,
Mohammed, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
Now all you fight fans, you've got to agree, There ain't no flies on Muhammad Ali,
He fills the arena wherever he goes, And everyone gets what they paid for,
Muhammad, was known to have said, You watch me shuffle and I'll jab off your head,
He moves like the black superman, And calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
He says I'm the greatest the worlds ever seen, The heavyweight champion who came back again, My face is so pretty you don't see a scar, Which proves I'm the king of the ring by far,
Sing, Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee,
Mohammed, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
Sing, Muhammad, Muhammad Ali, He floats like a butterfly and stings like a bee,
Muhammad, the black superman, Who calls to the other guy I'm Ali catch me if you can,
I'm Ali catch me if you can.
Saturday, March 6, 2010
Zulkifli Noordin
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah (P18 ) dari PKR yang dipecat oleh partinya sendiri hari ini 6/3/2010 sebab pelbagai tuduhan termasuk kesalahan yang berulang-ulang yang dilakukannya kepada parti.Seorang Ahli Parlimen yang berlatarbelakang undang-undang & aktif dalam pertubuhan Peguam. Mungkin sebab itulah dia sanggup berdepan dengan siapa sahaja sebab ada peruntukan undang-undang yang disandarnya. Pengangkutannya ke parlimen ialah motorsikal. Sehingga dia menggelar dirinya sebagai RIDER MP. Saya suka character ini.
Walaupun sebagai ahli parlimen dia adalah seorang pembangkang. Tetapi dalam karier peguamnya dia juga sering bertembung dengan Kerajaan. Ini termasuklah kes pemecatan Tun Salleh Abbas, kes Nordin Salleh lawan DUN Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO), mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, kes skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, kes fitnah terhadap Ustaz Kamal Asha'ari, kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, kes Lina Joy, kes Kumpulan Al Maunah memerangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia ni lebih kurang macam Karpal Singh, popular atas kes undang-undang terhadap Kerajaan.
