Sunday, October 28, 2007

Pelajar Tingkatan 3 SMK GombakSetia (1975)

Tadi saya berjumpa rakan-rakan Tingkatan (3) SMK Gombak Setia di rumah Jefri sempena Hari Raya Idil Fitri. Meriah juga jumpa member lama-lama. Ada yang dah 32 tahun tak jumpa. Masing-masing berkongsi kisah sedih dan gembira. Tapi banyak lagi yang tak cerita tu. Maklumlah perjumpaan hanya 2 ½ jam. Setengah masa perjumpaan tu mengutuk antara satu sama lain je. Terutama Zuraidah dengan Sapruddin. Dia orang ni dari dulu asyik bergaduh je depan kawan-kawan. Belakang, tak sape yang tahu.

Kami ambil kesempatan raikan hari jadi Jefri hari ini dan Siti Mariam (16hb Okt). Oleh kerana ada member (ustaz) nasihatkan jangan pakai lilin sebab, digambarkan bersalahan syarak. Kali pertama potong kek hari jadi tanpa lilin. Hanya diiringi dengan doa je yang dipimpin oleh Salehuddin yang semua orang hanya agak doa yang meminta kebaikan dan kesejahteraan dari yang Maha Esa dan seterusnya membataskan nyanyian Selamat Hari Jadi atau Happy Birthday. Sambut hari jadi tak ada lagu. Tak ada feel kata Hattan. So macam mana nak gali kata Fauziah Latif. Langsung tak ada penceritaan nya kata Ogy - SELAMAT HARI JADI JEFF DAN MARIAM

Sepatutnya selepas berhimpun petang tu kami beraya bersama-sama rumah ce’ gu Mohd Zin (guru besar) dan ce’ gu Sukma Murni (guru disiplin). Tapi ce’ gu Mohd Zin ada urusan yang tidak dapat dielakkan dan ce’ gu Sukma Murni pula tidak dapat dikesan oleh urusetia (Khairil Anuar). Akhirnya di akhir sesi, beberapa orang kawan yang dipimpin oleh Zuraidah (Turki) pergi rumah ce’gu Ali (bukan agenda utama dan komitmen lain) tetapi ramai yang tak joined. Dari hampir 20 orang berkumpul 5 orang meneruskan ke rumah ce’ gu Ali. Nak jadi cerita semasa menziarahi ce’ gu Ali mereka berjaya mengesan rumah ce’ gu Sukma Murni dan terus menziarahinya. Mereka yang berjaya mengunjugi ce’ gu Sukma Murni sudah tentu tidur lena sebab ce’ gu disiplin yang sangat kami rindukan. Apalah yang lebih mustahak kalau tidak merasai 'the moment of glory' atau berada pada 'scene of the most historicall event' - anak murid jumpa ce’ gu disiplin yang sentiasa dikenang dan takkan dilupai.

Tapi rakan-rakan yang missed, macam mana? Saya, Salehuddin, Sapruddin sangat kecewa. Rasa nak pergi rumah ce’ gu Sukma Murni sebaik saja dimaklumkan besoknya. Tapi itu bukan hasrat dan matlamatnya. Kita berhimpun sebab nak bersama meraikan saat gembira. Macam tahun 1975 dulu. Tapi kawan-kawan macam nilah. Jarang yang fikir All For One. One For All.

Pelajar Tingkatan 3 SMK GombakSetia (1975)

Tahun 1975 memang terlalu lama. Masa tu Tingkatan 3. Selepas 32 tahun jumpa balik atau mengenang kembali masa tu tersangatlah nostalgic dan momento. Saya sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Masa tu wawasan saya dan rakan-rakan yang lain memang tak ada pasal virtual atau tenaga gelombang ni, apatah lagi codeless telefon, sms, mms. Wawasan kereta Nasional Proton ce’gu tak pernah bincang, apatah lagi rakyat Malaysia ke angkasa (ISS)

Jika diberi peluang semua orang nak kembali kembali ke zaman tu. Sebab, sudah tentu nak membaikki sebarang kelemahan atau menambah nilai kebaikan yang ada. Inilah kawan-kawan saya dalam kelas tingkatan 3. Saya nak cerita yang lelaki je, Saya tak nak komen yang perempuan sebab kena minta kebenaran laki masing-masing.

Dari kanan barisan belakang – Tun Karim bin Muin (kerja di MAYBANK. Tun tu bukan darjah atau pingat kebesaran tapi memang nama), Khairil Anuar Ishak (dia ni junior saya di universiti. Dialah yang menguruskan perhimpunan kami selalu) , saya, Sapruddin Rahim (duduk Gombak dari dulu sekarang dan selamanya, mati pun kat Gombak katanya), Omar (tak tahu mana sekarang), Salehuddin Nasir (dia ni ustaz. ramai anak murid dia, mengajar kuliah Agama. Isteri dan adik ipar saya pun murid dia), Nazri Hassan (tak jumpa lagi selepas final year di universiti) Nazri Yusoff (masih belum kahwin lagi. . putus cinta agaknya ), Jefri bin Muhammad (chef di Shangrilla), Soohaimi Sahibullah (terror dia ni. 2 bini dia sekarang), Mustafa Kamal (tak pernah jumpa dia ni), Johar Ariffin (kerja kat TNB), Sarifudin Angak (tak jumpa dia ni), lekaki tengah (lelaki) Safari Sudin (tak pernah jumpa lagi)

Yang perempuan sebahagian besarnya dah lama tak jumpa. Kalau ada yang jumpa memang dah lain pattern dia orang ni. Yang bercucu pun ada. Tapi ada juga yang ‘steady lagi’

Ya Allah Ya Tuhan lindungilah kawan-kawan yang menjadi pedoman saya semasa saya bersama mereka. Berilah mereka kekuatan dan petunjuk sepanjng mereka hidup di dunia MU Ya Allah.

Monday, October 15, 2007

Selamat Hari Raya 1428H

Hari Raya Idil-fitri tahun ni, macam biasa. Antara amalan tradisi dan ibadat, mana penting ?. Tapi sebenarnya amalan tradisi tu adalah ibadat jika melakukannya kerana Allah. Amalan ibadat bukan hanya ketika melaungkan takbir raya sebelum sembahyang, sembahyang raya atau mendengar takbir je. Sebenarnya amalan menziarah sanak saudara yang lebih tua, menzahirkan kasih kepada anak-anak saudara dan saudara yang tua dengan bersedekah tanda ingatan dan berbaju baru tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa yang membenarkan kita hidup dengan rezeki yang diberi adalah alaman ibadat yang mulia, memenuhi janji juga amalan ibadat yang dituntut.

Janganlah kita lupa dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah), sentiasa bertaubat, takut kepada Allah (khauf), zuhud, sabar, beryukur, ikhlas, tawakkal, marhabbah, ridha dan dzikrul maut. Patut ke kita yang berlapar ketika menjalani ibadat puasa selama sebulan, tiba-tiba raya makan sebanyak-banyaknya, banyak cakap, nak marah-marah, hasad dengki, kedekut, cintakan kemegahan, cintakan dunia, membangga diri, ujub (hairan diri) dan riya'. (mazmudah)

Masa ini lah kita akan lebih mengenali nilai yang ada pada diri sendiri. Kita ni ada sifat mahmudah atau mazmumah ke. Misalnya pengalaman saya hari ini (Raya ke 3) bila kami sekeluarga dari Kuala Lumpur berjanji berkumpul dengan adik-beradik berkumpul di rumah saudara di Taiping, Supaya perkumpulan ini lebih nostalgic, dramatic dan sensation kira rancang berkumpul pada waktu zohor dengan lucky pot masing-masing sesiapa yang boleh, Seterusnya boleh sama-sama convoy ke kubur emak dan ayah dan seterusnya menziarahi sanak saudara seramai mungkin di kampong. Tetapi semua perancangan nampaknya tak jadi seperti yang telah dijanjikan. Kita punyalah ligan dari KL terus ke destinasi pada masa yang diputuskan kerana menghormati janji tapi yang lain nampaknya sampai bila selesai hal masing-masing dulu. Walaupun matlamat untuk berjumpa tercapai juga tapi terpaksa saya sekeluarga korban masa saya sebab menunggu mereka yang lain lambat sampai seperti yang dijanjikan tu.

Ya Allah Ya Tuhan. Kau berilah hidayah dan hinayat kepada isteri dan anak-anak ku supaya sentiasa tidak sekali-kali memungkiri janji dan sentiasa menghormat masa orang lain jugak . . . amin

Thursday, October 11, 2007

Pak Cik Husin

Demi masa! Sesungguhnya manusia senitasa dalam kerugian., Kecuali orang-orang yang beriman, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. Susah ke nak faham ni ? Saya fikir tidak. Cuma tidak meresap atau tidak dihadhamkan dalam sistem nilai dan kepercayaan kita. Beberapa kunci ayat adalah (1)Percaya (2) Buat kebaikan (2) Mengingatkan perkara baik dan (4) Sabar.

(1) Percaya – Allah; Kitab, Malaikat, Nabi, Qada’ dan Qadar dan Hari Kiamat. (2) Buat kebaikan – buat baik dengan seramai mungkin orang yang kita kenali (saudara, kawan dan jiran). (3) Mengingatkan – saling berpesan kepada mereka dengan pekara kebaikan. (4) Sabar – semua nya dari Allah.

Saya nak kongsi pasal perkara (2).

Kita hanya diberi kesempatan membuat kabaikan di atas dunia sekira diberi peluang oleh Allah. Maksudnya bila sampai hidayah menyuruh kita membuat kebaikan, janganlah nak cuba berlengah. Sebabnya lepas itu belum tentu kita berpeluang lagi atau mendapat keizinanNYA unutk melakukannya.

Saya kenal seorang Pak Cik atau kawan kepada emak saya, Pak Cik Hussein namanya. Tinggal di Taman Melati Setapak berdekatan dengan rumah emak saya. Sejarah hidupnya istimewa. Pertama dia orang Kg Baru Kuala Lumpur. Kedua dikerah membuat jambatan maut di Burma semasa mudanya tetapi berjaya melarikan diri ke Thailand dan menyusup dan berkahwin dengan orang Kelantan. Ketiga kehidupannya bersama isterinya (kawan baik emak saya) sama-sama susah dalam membesarkan anak-anak. Isterinya dah hampir 10 tahun meninggal dunia. Jadi dia tinggal bersama anaknya.

Sejak 5 tahun kebelakangan ini saya sering tanya emak saya khabar berita Pak Cik Hussein dan teringin sangat nak menziarahi nya sambil nak menzahirkan rasa hormat dan kasih dari seorang pangkat anak kepada seorang orang tua. Tapi saya hanya menangguhkan hasrat saya. Emak pun selalu pesan pergilah ke rumah dia. Tapi saya ambil mudah dan melengahkan hasrat saya.

Tetapi pagi ini 7.30 am emak saya called beritahu Pak Cik Hussein meninggal dunia di hospital sebab sakit perut . . . . Sangat sangat keciwa dan terkilan. Pertama tak dapat nak berbudi dengannya. Kedua tak dapat berkongsi pengalaman hidupnya. Ketiga tak dapat nak jadi seorang muslim yang baik.

Saya berjumpa juga dengannya tetapi setelah menjadi jenazah. Ya Allah padamkanlah dosa-dosa Pak Cik Hussein dengan kebaikan yang pernah dilakukan kepada ku dan orang lain. KAU tempatkanlah dia bersama orang Soleh. . . Amin

Thursday, October 4, 2007

Malaysia Bukan Thailand

Masa tu lepas maghrib - sementara menunggu Isyak di surau At-Taqwa, Sekysen 7 PKNS Shah Alam. Saya pun turut mendengar kelas Agama bersama dengan ahli Qariah yang lain. Kelas agama mingguan ini dikendalikan oleh seorang ustaz lagi disegani. Ustaz tu pun selalu menjadi imam di surau tersebut dan bermestautin di situ.

Kelas Agama tu lebih menjurus kepada ilmu Feqah je, tentang sedekah dan zakat. Saya pun macam orang lain, butirannya tak berapa ingat. Sebab tak buat apa-apa catitan. Dengar je. Berlagak macam dah tahu. Tapi ada suatu perkara yang disampaikan oleh ustaz tu dan dibangkitkan oleh seorang MAMAT yang saya takkan lupa sampai mati. Ustaz tu kata sebagai muslim kita hendaklah membayar zakat atau fitrah kepada pemerintah atau wakilnya yang bertanggungjawab. Ini bertujuan memastikan kutipan zakat dapat diselaras dan diuruskan dengan bertanggungjawab. Kalau di Selangor Puzat Zakat Selangor lah. Tapi sebagai muslim kita boleh jugak bayar zakat atau fitrah kepada 1 daripada 8 asnaf tu dan tidak kepada pemerintah sekiranya negara tersebut bukan diperintah oleh pemerintah Islam, macam Thailand.

Ada lah sorang MAMAT tu. Tak kenal saya. Agaknya rasa nak banyak sangat mendengar ceramah sesat atau membaca buku yang tidak diiktiraf JAKIM. Dia tanya, boleh ke kita sedekah zakat tidak kepada Pusat Zakat Selanngor. Soalan pun menunjukkan ciri intelektual bodoh dia. Jawapannya dia dah tahu tapi dia tak setuju. Inilah yang dikatakan emosi. Lepas dia tanya lagi adakah Malaysia ni Negara Islam. Yang ni saya takkan maafkan ustaz tu. Sebab tak berani nak bagi komitmen. Saya yang tak mengaji pun tahu. Malaysia bukan sepenuhnya Negara Islam Islam tetapi Malaysia bukan Negara Sekular macam Turki. Kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri telah memperuntukkan sejumlah kewangan untuk pembangunan Islam. Peguam sivil keling pun tahu walaupun tidak sepenuhnya Negara Islam tetapi pemerintah telah berusaha menjaga Agama dan Negara ini seperti yang di perintahkan oleh ALLAH. Yang saya geram ustaz tu macam tidak setuju je dengan peranan dan sumbangan pemerintah terhadap memperkasa, membangun dan mempertahankan Islam di Malaysia.

Lepas MAMAT tu tanya lagi. ‘Apa beza Malaysia dengan Thailand ?’ apabila kita membicarakan memperkasa, mempertahan dan membangunkan Islam di Negara ini. Saya ingat bunyi senapang pun ramai rakyat Malaysia tak pernah dengar berbanding di Thailand tu. MAMAT tu belajar fardu Ain i.e sembahyang pun diajar di sekolah kerajaan. Jadi orang dan dapat kerja pun kerajaan yang bantu masuk sekolah sampai universiti. TAK SEDAR DIRI betul mamat tu. Saya nasihatkan dia keluar je dari Malaysia ni. Pergi duduk kat Thailand tu. Baru dia tahu macam mana susahnya nak sembahyang dan dengar ceramah Agama.

Saya harap anak-anak saya tidak berfikir macam tu. Langsung tak bersyukur dan berterima kasih apa yang dibuat oleh kerajaan.

Wednesday, October 3, 2007

Pak Latiff

10.00 pagi – boss saya Dato Zainal Sakom datang ke pejabat. Saya pun ambil kesempatan bincang pasal kerja untuk menyelesaikan beberapa perkara yang saya perlu petunjuk untuk melaksanakan kerja saya. Dia beritahu saya Pak Latiff, pengetua Asrama masuk hospital (swasta) sebab diserang minor stroke pada 1hb Okt. Saya terkejut. Pak Latif yang saya kenal adalah seorang yang sentiasa menjaga kesihatan dan dietnya. Walaupun berumur 68 tahun tapi saya lansung tak sangka dia diserang stroke walaupun minor.

Jam 11.00 pagi saya terus menziarah dia. Saya harap kedatangan saya pagi ni dapat memberikan dia kekuatan dan semangat untuk pulih. Memang Pak Latif dalam proses pemulihan. Dia dah boleh bercakap walaupun tidak sebelum ini. Kami bersembang dan mendengar ceritanya bersama dengan kehadiran anak-anak dan saudaranya. Dia juga menceritakan pengalamannya semasa menghadapi serang ahmar pada 2 hari sebelum itu.

Katanya, masa tu dia tak boleh bercakap dan tidak dapat mengawal diri untuk bergerak. Hatinya hanya berdoa kepada ALLAH, jika telah sampai ajalnya dia bersedia tapi tidak akan menyusahkan keluarganya. Ketika itu seolah-olah dia sedang menghadapi kematian.

Pak Latif merupakan seorang yang berani dan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Maklumlah bekas penguasa penjara. Tapi bila dia bercerita pengalaman menghadapi perintah ALLAH atau kematian dia menggambarkan kepada saya, kita ni disisi ALLAH sangat kecil dan siapalah kita nak mengingkari perintah atau hukum ALLAH. Tak terdaya kita mengelakkan diri dari hukumannya. Lepas lebih kurang 30 minit dia bercerita, dia di bawa oleh jururawat ke makmal untuk scane. (prosidur perubatan). Saya pun minta diri dan balik pejabat.

Dalam perjalanan balik saya terfikir. ALLAH sentiasa MENGASIHI DAN MENYAYANGI kita. Perbagai kaedah dan petanda menunjukkan MAHA BERKUASANYA DIA. Saya jangka pengalaman Pak Latif adalah wake-up call dariNYA. Saya yang mendengar pengalaman Pak Latif pun menganggap wake-up call dariNYA.

YaALLAH ampunkan dosa-dosa ku, isteriku, anak-anak-ku, ibu bapa ku dan keluarga ku. Berilah kami petunjuk dan hidayah MU. Amin
.

Monday, October 1, 2007

Taqqarruf

Ini percubaan pertama saya untuk turut sama dalam blog ini. Saya tak tahu kenapa sekarang ramai orang guna blog. Mungkin mereka nak kongsi apa yang ada dalam benak fikiran mereka.Ya lah yang kat poket tak nak kongsi, tapi kongsi yang dalam minda. Tapi mungkin mereka nak dapatkan feedback apa orang kata pasal perkara yang ditulisnya. Walau bagaimanapun mungkin inilah cara bersosial era ICT sekarang. Orang tak datang bertandang, bersembang, menjamu dan mengumpat. Tapi mereka gunakan media internet untuk buat benda tu semua. Surfing ke mana sahaja di dunia ni (borderless), bersembang, (e-mail, my space, chating, hacking), menjamu makan tak ada tapi jamu mata dan perasaan. Mengumpat infinity open ended topic.
Saya pun nak cuba gunakan blog ini sebagai catatan peribadi saya tentang tulis pasal kehidupan, kemasyarakatan dan politik