26 Ogos 2008, pengundi Permatang Pauh akan menjalankan tanggungjawab mengundi calon ahli Parlimen mereka bagi menduduki kerusi dewan rakyat. Untuk apa ? Seperti yang katakan sebelum ini menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen.
Tetapi pengundi Permatang Pauh bukan sahaja memilih ahli parlimen tetapi kononnya seorang yang dikatakan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila parti keadilan rakyat, PKR akan disertai oleh sebilangan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pakatan rakyat membentuk kerajaan. Kalau saya sebagai pengundi sudah tentu saya sangat teruja. Ye lah wakil rakyat juga sebagai Perdana Menteri.
Tapi kalau parti pakatan rakyat yang memerintah sudah tentu jemah menterinya terdiri dari wakil rakyat DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia atau yang menentang hak istimewa orang Melayu dan DEB. OK ke tu.
Siapa pulak Timbalan Perdana Menterinya. Kononnya Lim Kit Siang, malah dia juga bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri. Siapa pulak Menteri Pelajaran.Ada ke peluang anak Melayu belajar ke universiti macam sekarang ni. Sudah tentu ada tetapi secara meritokrasi. Malah banyak lagi perkara yang menakutkan akan berlaku.
Pengundi Permatang Pauh memang akan dapat Perdana Menteri tapi yang malangnya saya dan seluruh rakyat akan terima barisan pimpinan negara yang selama ini menentang dasar yang menjadikanMalaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan budaya hidup dalam aman dan makmur.
Kalau saya boleh mengajak pengundi Permatang Pauh, saya berharap mereka bukan sahaja hanya memilih wakil rakyat tetapi memastikan sistem pemerintahan negara di landasan yang betul untuk seluruh rakyatMalaysia . . . SELAMAT MENGUNDI. Jangan lupa bawa kad pengenalan
Tapi kalau parti pakatan rakyat yang memerintah sudah tentu jemah menterinya terdiri dari wakil rakyat DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia atau yang menentang hak istimewa orang Melayu dan DEB. OK ke tu.
Siapa pulak Timbalan Perdana Menterinya. Kononnya Lim Kit Siang, malah dia juga bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri. Siapa pulak Menteri Pelajaran.
Pengundi Permatang Pauh memang akan dapat Perdana Menteri tapi yang malangnya saya dan seluruh rakyat akan terima barisan pimpinan negara yang selama ini menentang dasar yang menjadikan
Kalau saya boleh mengajak pengundi Permatang Pauh, saya berharap mereka bukan sahaja hanya memilih wakil rakyat tetapi memastikan sistem pemerintahan negara di landasan yang betul untuk seluruh rakyat
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya rasa Dato Seri Anwar Ibrahim tetap akan menang dalam pilihanraya permatang pauh ini. Tapi dah kena telanjang buat apa
ReplyDeleteSaya rasa DSAI tu pun nak kan BN tau....dan semua pengundi sayangkan UMNO tapi mereka tak rela dan tak mau Dollah Badawi yang ada KJ kaki sapu projek, mereka tak maukan Patrick Lim tu....jadi pasal sayangkan BN lah kita terpaksa undi DSAI.... Selamat mengundi...OOoooh Ya...mungkin kalau Tun M jadi pengundi pun dia akan pangkah DSAI.
ReplyDelete