Sunday, August 3, 2008

Wakil Rakyat

Malaysia adalah negara makmur dan sentiasa dilindungi. Diasaskan sistem pemerintahan perinsip monarchy, executive dan legislative nampaknya sangat berkesan dan saling melengkap antara satu sama lain. Dipihak legislative kita ada 798 orang wakil rakyat (222 orang ahli parlimen dan 576 ahli dewan undangan negeri) dan beribu peguam dan hakim mahkamah yang sepatutnya mermastikan Malaysia akan terus aman dan makmur.

Wakil rakyat adalah komponen penting dalam lanskap pengurusan negara. Oleh kerana wakil rakyat itu penting, maka pemilihan mereka perlu demokratik dan terletak di atas kuasa rakyat melalui proses pilihanraya. Calon wakil rakyat UMNO ditentukan pula melalui pemilihan kepimpinan dalam parti tu. Itulah sebabnya orang UMNO berebut nak jadi pemimpin. Hingga sanggup terlibat dalam rasuah politik dan politik wang. Mereka ni memang tak malu. Layak ke mereka diangkat jadi wakil rakyat yang bertanggungjawab masa depan negara.

Tapi wakil rakyat macam mana sebenarnya yang dikehendakki oleh rakyat. Masa dah berubah, zaman dan maju. Dulu rakyat mahukan wakil rakyat yang sentiasa mendengar rintihan mereka, melayan mereka dan dah sering membantu mereka. Tapi masa tu perhubungan bukan macam era ICT sekarang. Maklumat dan saluran bantuan pelbagai agensi kerajaan dan media bertindak pantas. Jadi rintihan dan masalah rakyat tersebar macam gelombang dan telus. Malah insiden-insiden kemiskinan tegar, pencemaran alam sekitar, salah laku dan jenayah sudah ramai mata dan telinga nya. Maka apa yang kita perlukan adalah seorang wakil rakyat laksanakan sesuatu yang lebih dari itu.

Saya rasa tugas mereka yang penting ialah menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen. Malah wakil rakyat perlu merangka apakah bentuk masyarakat Malaysia 50 tahun yang akan datang. Adakah Melayu masa tu tidak lagi lagi berteraskan budaya Islam dan Melayu. Ini yang patut wakil rakyat fikirkan.
Agak-agaknya yang sibuk nak jadi wakil rakyat ni pasal tu ke ?

2 comments:

  1. Katon, Goukakyu no jutsu.

    ReplyDelete
  2. Yang Mulia Tuan Zul... U bila lagi nak jadi wakil rakyat ?

    ReplyDelete