Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ibrahim

Kenapa calon parti pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, DSAI masih mampu mengekalkan kerusinya di Permatang Pauh selepas 3 kali pilihanraya umum. Kali ini DSAI mendapat 31,195 undi berbanding Dato Ariff Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi (majoriti 15,671). Dalam PRU-12 calon BN (Pirdaus Ismail) mendapat 16,950 undi berbanding Dr Wan Azizah Ismail yang mendapat 30,338 undi (majoriti 13,388 undi) dan dalam PRU-11 calon BN yang sama mendapat 21,147 undi berbanding calon PKR yang sama mendapat 21,737 (majoriti 590 undi).
Kenapa pembangkang masih menang di Permatang Pauh ? Macam-macam alasan yang diberi oleh penganalisis politik yang tidak pernah berpolitik ni terutama ahli akademi yang ada Professor dan Phd tu. Dulu mereka beri seribu satu alasan bagaimana pembangkang akan kalah di Permatang Pauh. Macam business consultant yang tak pernah berniaga tetapi theory dia , orang boleh jadi jutawan. Cakap boleh lah.
Saya pernah berpolitik. Saya percaya politik tetapi kadang-kadang mual tengok politikus sekarang. Saya nak komen atas isu ini. Saya cuba tidak mengampu atau memihak.
Pertamanya sudah tentulah kerana pengundi Permatang Pauh tu sendiri. Mereka memang dah meluat dan menyampah dengan BN agaknya atau simpati dengan DSAI kerana di fitnah meliwat. (istilah yang saya kenal kerana kes DSAI). Jadi apa pun kempen BN masuk telinga kiri keluar telinga kanan atau sebaliknya. Inilah yang dikatakan taksub agaknya.
Atau memang Permatang Pauh memang kubu kuat DSAI. Ye lah bertanding sejak tahun 1984. Semua yang lahir dan yang jadi pengundi sejak 1984 dan belum mati kenal dengan DSAI. Walaupun mereka kenal Dato Ariff Shah tetapi mereka lebih dulu kenal DSAI. Jadi mereka punya banyak catitan pasal perangai buruk baik DSAI. Maknanya mereka memang sayangkan DSAI
Atau pengundi sehingga sekarang masih belum dapat menerima penjelasan, janji manis dan hujah penceramah BN berkenaan dasar kerajaan. Atau BN gagal meyakinkan pengundi supaya menyokong BN sebab penjelasan BN tidak menjawab tuduhan, hasutan, dakyah, pembohongan, manupulasi fakta pembangkang dalam blog dan portal pembangkang melalui proses indoktrinasi pembangkang. Dalam blog pembangkang tuduh kerajaan perkara lain tetapi dalam siri kempen BN cakap yang lain. Macam itik dengan ayam lah. Jadi pengundi masih yakin tuduhan pembangkang macam betul je.
Atau jentera BN ni macam biasa, ‘ceremonial atau cosmetic’ je. Depan Dato Seri Najib atau media, punyalah ramai dan meriah penyokong parti. Tapi bila menteri tak ada petugas pun hilang. Tinggallah pengundi tu terkonteng2
Atau komponen BN macam MCA dan MIC satu sen tak guna sejak kebelakangan ni. Tak mampu pun nak menarik pengundi Cina dan India berbanding DAP dan PKR. Saya ingat inilah penyumbang utama. Orang cina memang tak harap MCA yang dah asyik sibuk berpolitik dan womanising je. India lagi lah selagi Samy Vellu Presiden MIC selagi tu BN takkan dapat undi orang India. Dulu bolehlah harap Menteri JKR sekarang apa ada. Habok pun tarak
Atau akhir sekali tapi tak kurang pentingnya faktor kepimpinan DSAI itu sendiri. Dia tetap dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin Malaysia yang berkarismatik. Walau dituduh berliwat suka sama suka dengan pegawai khasnya, pengundi masih melihat kebolehan pidatonya. Walaupun sentiasa dikaitkan berkonspirasi dengan Amerika, rakyat tetap melihat sumbangannya semasa menjadi Menteri Kewangan. Walaupun dituduh menyalahguna kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia tetap dilihat pemimpin yang dianiayai oleh Tun Mahathir.
Tapi setahu saya masa sekolah dulu ce gu tak ajar pun macam mana nak menilai pemimpin

3 comments:

  1. Orang bukan suka sangat DSAI tu. Tapi orang lagi tak suka Pak Lah dengan Khairy tu.

    ReplyDelete
  2. DSAI tu cakap pandai. Orang memang terpengaruh dengan kata dan janji manis dia. Masa dalam UMNO dulu pun orang ramai percaya dengan dia termasuk Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  3. Kenapa DSAI menang? Pasal utama nya adalah kerana dia bertanding, Kalau dia tak bertanding dah tentu dia tak menang...... Orang meluat tengok BN sekarang, tak perlu komen lebih pun ..tanya Tun M saje dah..... Kalau Tun M jadi pengundi berdaftar di Permatang Pauh dia tak akan undi UMNO, kalau dia tak suka DSAI mungkin dia undi AKIM...tapi kalau masih BadWe and keluarga memerintah dah tentu BN tak akan menang sehingga lah bungkus pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete