Friday, August 22, 2008

Jalur Gemilang -

Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam salah satu forum dalam internet. Ia berdasarkan kepada artikel Monash Manon (orang India la tu) dan disambut orang beberapa pandangan. Mereka semacam bersetuju dan menyarankan sempena bulan kemerdekaan rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sebagai protes kepada kerajaan. Kononnya plot dalam filem ‘The Last Castle’ lakonan Robert Redford melakukan perkara yang sama sebagai tanda protes. Inilah kebijaksanaan segelintir rakyat Malaysia yang tidak melihat kekuatan Malaysia dengan acuan sendiri sebaliknya masih berpedomankan kepada indoktrinasi barat.
Bendera adalah pengenalan sesebuah negara disamping nama atau ‘branding’ yang dibawa oleh nama tersebut. Misalnya Jepun ditafsir sebagai negara yang mempunyai rakyat yang rajin bekerja dan Bangladesh negara yang miskin yang menyebabkan rakyatnya terpaksa keluar mencari sumber ekonomi. Malaysia sudah tentu dilihat sebagai negara majmuk yang selama ini hidup aman dan damai. Bendera tidak sepatutnya diperalatkan atau diekploitasi oleh sekelompok golongan rakyat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang mengurus negara tersebut. Mustahil kerajaan Malaysia sekarang mampu memuaskan hati 26 juta rakyatnya. Bendera juga adalah pengenalan sesebuah negara. Misalnya bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya), tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Jadi, ia lansung tidak memaparkan kerajaan yang memerintah. Jadi kalau marahkan kerajaan kenapa bendera yang disalahgunakan. Yang saya lihat mereka sebenarnya tidak patriotik. Kerakyatan mereka perlu ditarik. Berambus je dari Malaysia ini. Pergilah ke negara yang mereka idamkan tu.Sebenarnya bendera ni adalah sesuatu yang mudah iaitu tidak lebih dari secebis kain. (memperkenalkan sesebuah negara). Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup mati kerananya.
Yang menghairankan saya lagi mereka menyarankan bendera Malaysia perlu di cipta semula sebab kononnya menyamai bendera Amerika Syarikat. Sekali lagi saya nak beritahu orang ni. Mereka ni memang tak layak tinggal di Malaysia ni. Pergi berambuslah. Dia ingat bendera ni untuk orang macam dia je. Dia tak tahu inilah bendera yang menjadi kebanggaan datok moyang dia yang dah mati dalam tanah tu. Jadi menilai sesuatu harus bermula dengan sejarahnya, Jangan pandai-pandai nak menyampuk tanpa tahu asal usul cerita. Kurang ajar betul orang macam ni.

2 comments:

  1. memanglah lambang integriti sesebuah negara terletak pada benderanya.....cuma mungkin kalau diterbalikkan tidak juga hilang bentuk serta lambang lambangnya tetap ada...cuma mungkin suasana dulu ianya gemilang kerana ditiup angin semangat kemajuan / kesejahteraan rakyatnya makmur ....tapi kini dia terbalik pasal harga minyak mahal, ekonomi merudum, projek2 anak dan menantu sapu...maka tebalik lah ia kerana derita !!! angin kesahteraan dah tiada....

    ReplyDelete
  2. Dunia dah berubah, Zaman dah maju. Sistem nilai yang baik (dulu) dah tidak digunapakai sekarang. Sekarang era globalisasi negara bukan sempadan. Passport dan IC tak perlu. Tu yang ramai PATI di Malaysia.
    Tapi sebenarnya kita bertambah ke belakang. Zaman dulu negara orang negara kita. Tak perlu IC atau pengenalan diri. Bendera negara pun tak perlu. Baliklah zaman batu je.

    ReplyDelete