Friday, June 25, 2010

YB Azmi Ali

Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa Selangor dikaitkan dengan politik ultimatum penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
Azmin Ali mula didedahkan dengan politik tanahair sebagai Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim (dulu). Asas politiknya adalah UMNO iaitu politik patronage. Politik menjaga dan dijaga. Itu dulu, sekarang mungkin tidak dan saya mungkin silap.

Tetapi bottom-line nya adalah dia orang politik. Sebarang tindakan oleh politik perlu bijaksana walaupun tidak betul moralnya. Jika masa sesuai atau kalau boleh menang, lawan. Sebab kawan akan datang bila kita ada tongkat sakti atau kuasa. Bila kita belum kuat dan perlu sokong seseorang maka kena sokong. Tapi jika kena lawan, lawan. Ini kaedah dalam UMNO. Oleh kerana PKR dari kalangan Melayu berasal dari UMNO saya fikir mereka menggunakan pendekatan yang sama.

Saya ahli UMNO. Tapi melihat kewibawaan Tan Sri Khalid Ibrahim dari prespektif rakyat biasa bagaimana Tan Sri mengurus negeri dan politik negeri Selangor, saya rasa dia perlu diganti. Jadi Azmin Ali bertindak bertepatan masa agaknya. Tambahan pulak Dato Seri Anwar Ibrahim ke luar negara pulak. Plot sama dengan UMNO.

Tuesday, June 22, 2010

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara merakamkan rasa terkejut dan simpati dengan nasib Saiful Apek. Terkejut ? Saya pun terkejut. Terkejut dengan icon dunia hiburan yang dikaitkan dengan ganja atau najis dadah. Dulu Saiful Apek pernah dikaitkan dengan rakaman video isu yang sama apabila dia dikaitkan dengan penagihan ganja. Macam-macam alasan yang dikemukakan untuk membenarkan rakaman tersebut.
Tapi kali ini dia buat lagi. Saya rasa Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia kena ambil tindakan tegas dengan budak ini. Dasar dan undang-undang negara jelas. Penyalahgunaan dadah adalah suatu kesalahan mandatori.

Tetapi ada icon tersohor juga cuba nak tunjuk sokongan dan simpati. Tiada simpati dan belas kesihan dengan orang yang menyalahgunakan NAJIS DADAH ni. Siti Nurhaliza tahu ke apa yang dia simpatikan ?

Monday, June 21, 2010

Muhyiddin Yassin

Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan ahli politik, dia sentiasa perlu mencipta kelainan dan mencetus idea untuk liputan media. Lagi sensasi lagi bagus. Walaupun kenyataan itu tidak popular tetapi beliau sendiri akan terus bertambah laris seiring dengan populariti Perdana Menteri kerana sentiasa disebut dan dibahaskan.
Ini bukan kali pertama seorang Menteri Pelajaran membuat kenyataan bercadang nak hapuskan UPSR dan PMR. Sebelum ini pun Menteri Potfolio yang sama pun cuba nak bawa gagasan yang sama ini. Tetapi tidak berjaya. Maknanya memang perakuan ini datang dari pegawai kanan kementerian. Sudah tentu mereka mempunyai alasan sendiri. Cuba berfikir di luar kotak agaknya. Cuba saya nak tanya, dah dapat pandangan ahli pendidik ke. Saya yang bukan pendidik, tapi rasanya kalau tak ada UPSR dan PMR

1. Lagi tak tahulah kita setakat mana prestasi anak Melayu yang sedang tercicir ni
2. Apa kayu pengukur untuk menilai anak bangsa dalam kesedaran IQ mereka ?
3. Macam mana nak rancang pembangunan karier pelajar kalau tak ada standardnya.
4. Tahu-tahu bertambah ramailah anak Melayu tercicir.

Masalahnya kita hanya dapat lihat hasil gagasan ini selepas 10 tahun. Masa tu komposisi profesional Melayu dalam negara dah parah dan terlalu menguncup. Lepas tu ubah lagi.

Sunday, June 20, 2010

Tian Chua

Perlembagaan Malaysia Perkara 48 - Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika (a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau (b) dia seorang bankrap belum lepas; atau (c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau (d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.00 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau (f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.

(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia (i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau (ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau
(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apaapa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau
(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa
sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat

Tuesday, April 27, 2010

Yaakob Sapawi

Kenyataan tidak bertanggungjawab YB Yaakob Sapawi dalam Selangorkini http://www.selangorkini.com.my/my/berita/11919 sangat menyakitkan hati saya. Dia menuduh tindakan YBK memfailkan saman pada 23/4/2010 ke atas YAB Dato Menteri Besar Selangor dan beliau sendiri kononya untuk mengelak dari kepincangan yang didedahkan kerajaan negeri. YB Yaakob Sapawi menuduh

1. YBK tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan negeri
2. YBK cuba mengalih perhatian umum dengan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar dan EXCOnya
3. YBK hendak lari daripada apa yang diminta oleh Kerajaan Selangor.
4. YBK hendak pusing-pusing. Kalau hendak telus masukkan EXCO dalam lembaga. Kenapa itu enggan? Kalau YBK benar-benar mahu selesai masalah orang miskin, mari (serahkan) kepada kerajaan negeri. Yang kita minta bukan susah sangat, masukkan EXCO ke dalam lembaga pemegang amanah. Kenapa dia tidak berani letakkan Exco YB Rodziah dan YB Dr Hassan Ali dalam lembaga dia? Kalau hendak tulis masukkan lembaga kita dalam tu (YBK),” kata Yaakob.

Saya nak jawab soalan yang tidak bertanggungjawab lagi pembohong YB Yaakob Sapawi

1. Kerajaan Selangor bukan membuat pendedahan ke atas YBK tetapi melakukan tuduhan fitnah, berniat jahat dan salahguna kuasa. Maka itulah sebabnya YBK buat 4 laporan polis dan fail 3 saman. Malah kertas putih yang didakwa TIDAK PERNAH dibentang dalam persidangan DUN. Pembohong ! Yang diedarkan hanya Laporan Terhadap Tanah Milik YBK yang disediakan oleh Bahagian Audit Dalam dan hanya diedarkan kepada ADUN.
2. Memang YBK mahu rakyat tahu betapa Kerajaan Negeri Selangor sekarang zalim dan menekan sebuah NGO yang sudah 20 tahun menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan di Selangor khususnya. Biar mahkamah yang tentukan. Siapa yang pembohong dan salahguna kuasa.
3. Kerajaan Selangor TIADA ‘locus standi’ dengan YBK. Kenapa nak masuk rumah tangga orang ! Tak malu ke. Kerajaan Selangor bukan nak bantu tapi nak ambil alih YBK dengan menuntut nak jadi Pengerusi dan menguasai Lembaga pemegang Amanah YBK.
4. YBK dah cadangkan nama Dato Mohd Arif Abd Rahman Pegawai Kewangan Negeri dan Dato Nordin Sulaiman TSUK (Pembangunan) sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Tan Sri Arshad Tun Uda sebagai Penasihat YBK pada 16/10/2010 sebagai kesediaan YBK memastikan kerajaan Negeri selangor sentiasa mempunyai ‘stake’ dalam perancangan dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan. (lihat surat lantikan). Perlantikan mereka dari kalangan penjawat awam lebih sesuai supaya YBK sentiasa dilihat merentasi kepentingan politik. Tetapi YAB Dato Menteri Besar TAMAK dan terlalu banyak kepentingan politik. Dia nak lebih dari itu. Dia nak jadi Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO jadi ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, seterusnya menguasai YBK.

YB Yaakob Sapawi ? saya naka tanya. Siapa yang pusing cerita ? tak malu ke menipu. Atau tak tahu cerita hujung pangkal cuba nak jadi HERO melindungi YAB Dato Menteri Besar.

Friday, March 26, 2010

Abd Rahim Zain (Selangorkini)

Saya tak kenal Abd Rahim Zain, pengarang Selangorkini ni. Dan sesiapa yang kenal dia tolong panjangkan artikel ini kepada dia. Saya nak ulas dengan apa yang ditulisnya dalam Majalah Selangor yang diedarkan di masjid-masjid secara percuma. Mungkin artikelnya tak ada nilai sebab itu layak dalam platfrom percuma je dan memuatkan artikel murahan, tidak beretika, hampeh lagi tidak bermoral dan berunsur 'mala fide'. Kenapa dia menyediakan artikel Jangan Ikut Tabiat UMNO-BN yang langsung saya tak boleh terima disebabkan 'contents' dan methodolgy penulisannya.
Saudara Abd Rahim Zain ini cuba nak cakap pasal UMNO-BN. Seolah-olah UMNO-BN teruk sangat walhal saya yakin dia jadi orang pun sebab dasar UMNO-BN. Kalau tak keterlaluan, dia mengenal sembahyang pun disebabkan sistem pendidikan yang yang dicipta oleh UMNO-BN. (Kalau dia belajar sembahyang bukan diajar oleh guru sekolah UMNO-BN, tetapi belajar sendiri saya minta maaf). Lepas itu dia cerita pasal Khir Toyo nak justify tuduhannya terhadap UMNO-BN. Saya tahulah PKR yang bayar dia gaji tapi UMNO-BN yang menjadikan dia sebagai manusia. Patutnya cakaplah mana-mana dasar UMNO-BN yang setelah 53 tahun menjadi Melayu seperti dia. Ini tak, nak bantai UMNO-BN tapi cerita pasal Khir Toyo. Memang tak ada etika.

Yang saya geram dia sentuh, YBK yang menerima anugerah tanah. Ada penyelewengan katanya. Kalau betul ada penyelewengan buat laporan polis, jangan gunakan platform majalah percuma yang dibayar dengan duit rakyat untuk memburukkan YBK. Saudara Abd Rahim Zain ! kalau berani laporlah polis atau SPR. Saya nak beritahu tanah anugerah Kerajaan Selangor yang diterima oleh YBK. YBK hanya menerima 4 bidang tanah (premium dibayar)

1. Lot 2516 HSD 1922 Mukim Api-api Daerah Kuala Selangor - tanah ini dijadikan pusat latihan kemahiran Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Sijil Pendawaian Elektrik, Lanskap dan Pelukis Plan. Sehingga kini seramai 1,200 orang pelatih dari keluarga miskin telah mendapat faedah.

2. Lot 3702 Mukim Rawang - tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan lot kedai. Setelah siap YBK akan mendapat hartanah bernilai RM7juta dan bolehlah YBK merancang program2 kemiskinan

3. PT 1281 HSM 1229 Mukim Serendah - ini adalah kawasan Asrama Kasih yang telah menyediakan kemudahan kehidupan kepada 2,507 pelajar yatim dan miskin sejak tahun 1994,

4. Lot 1122 Mukim Serendah/Lot 3874 HSM 1230 Mukim Serendah - tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan bersama pemaju. Sekiranya siap YBK akan dapat hartanah bernilai RM7juta dan bolehlah YBK merancang program yang sesuai.

Saya nak tanya Sdr Abd Rahim Zain, mana penyelewengannya ? Cakap tulis jangan ikut sedap tangan je. Gunakan akal dan fakta yang jelas sikit.

Tuesday, March 23, 2010

Mohd Najib Tun Razak (Satu Malaysia)

SATU MALAYSIA adalah suatu gagasan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. 'Isme'nya telah diplopori sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Cuma sekarang ia hanya dijenama semula oleh kerajaan yang memerintah di bawah pimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. SATU MALAYSIA adalah usaha berterusan pembinaan suatu bangsa Malaysia yang bukan bersifat asimilasi kaum yang diamalkan oleh negara majmuk lain tetapi lebih merupakan semangat penerimaan antara kaum di negara ini.

Aspek utama Satu Malaysia adalah penerapan teras perpaduan iaitu semangat penerimaan, semangat kenegaraan (PERLEMBAGAAN dan RUKUNEGARA) dan keadilan sosial. Aspek Kedua adalah penerapan nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksaan dan inovasi.

Manakala 1ISRAEL adalah manifesto Parti Buruh Israel dalam usaha mereka memenangi pilihanraya 1999. Manifesto ini sebagai usaha parti supaya dilihat parti rakyat dan bukan parti elit. Walaupun apa kesudahannya, 1ISRAEL adalah propaganda parti untuk memenangi pilihanraya sedangkan SATU MALAYSIA adalah gagasan pembinaan bangsa Malaysia ke arah negara Maju pada tahun 2020. Ianya sama sekali TIDAK SAMA.