Saya tak kenal Abd Rahim Zain, pengarang Selangorkini ni. Dan sesiapa yang kenal dia tolong panjangkan artikel ini kepada dia. Saya nak ulas dengan apa yang ditulisnya dalam Majalah Selangor yang diedarkan di masjid-masjid secara percuma. Mungkin artikelnya tak ada nilai sebab itu layak dalam platfrom percuma je dan memuatkan artikel murahan, tidak beretika, hampeh lagi tidak bermoral dan berunsur 'mala fide'. Kenapa dia menyediakan artikel Jangan Ikut Tabiat UMNO-BN yang langsung saya tak boleh terima disebabkan 'contents' dan methodolgy penulisannya.
Saudara Abd Rahim Zain ini cuba nak cakap pasal UMNO-BN. Seolah-olah UMNO-BN teruk sangat walhal saya yakin dia jadi orang pun sebab dasar UMNO-BN. Kalau tak keterlaluan, dia mengenal sembahyang pun disebabkan sistem pendidikan yang yang dicipta oleh UMNO-BN. (Kalau dia belajar sembahyang bukan diajar oleh guru sekolah UMNO-BN, tetapi belajar sendiri saya minta maaf). Lepas itu dia cerita pasal Khir Toyo nak justify tuduhannya terhadap UMNO-BN. Saya tahulah PKR yang bayar dia gaji tapi UMNO-BN yang menjadikan dia sebagai manusia. Patutnya cakaplah mana-mana dasar UMNO-BN yang setelah 53 tahun menjadi Melayu seperti dia. Ini tak, nak bantai UMNO-BN tapi cerita pasal Khir Toyo. Memang tak ada etika.
Yang saya geram dia sentuh, YBK yang menerima anugerah tanah. Ada penyelewengan katanya. Kalau betul ada penyelewengan buat laporan polis, jangan gunakan platform majalah percuma yang dibayar dengan duit rakyat untuk memburukkan YBK. Saudara Abd Rahim Zain ! kalau berani laporlah polis atau SPR. Saya nak beritahu tanah anugerah Kerajaan Selangor yang diterima oleh YBK. YBK hanya menerima 4 bidang tanah (premium dibayar)
1. Lot 2516 HSD 1922 Mukim Api-api Daerah Kuala Selangor - tanah ini dijadikan pusat latihan kemahiran Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Sijil Pendawaian Elektrik, Lanskap dan Pelukis Plan. Sehingga kini seramai 1,200 orang pelatih dari keluarga miskin telah mendapat faedah.
2. Lot 3702 Mukim Rawang - tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan lot kedai. Setelah siap YBK akan mendapat hartanah bernilai RM7juta dan bolehlah YBK merancang program2 kemiskinan
3. PT 1281 HSM 1229 Mukim Serendah - ini adalah kawasan Asrama Kasih yang telah menyediakan kemudahan kehidupan kepada 2,507 pelajar yatim dan miskin sejak tahun 1994,
4. Lot 1122 Mukim Serendah/Lot 3874 HSM 1230 Mukim Serendah - tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan bersama pemaju. Sekiranya siap YBK akan dapat hartanah bernilai RM7juta dan bolehlah YBK merancang program yang sesuai.
Saya nak tanya Sdr Abd Rahim Zain, mana penyelewengannya ? Cakap tulis jangan ikut sedap tangan je. Gunakan akal dan fakta yang jelas sikit.
No comments:
Post a Comment