
Bagaimana? Salah satu caranya UMNO perlu ubah perlembagaan dan peraturan parti. Ia perlu menggambarkan latarbelakang dan idealisme Melayu. Keanggotaannya juga perlu reflective mengikuti komposisi orang Melayu di negara ini. UMNO mesti membenarkan semua lapisan dan golongan orang Melayu menjadi dan memimpin akar umbi UMNO.
Kawan saya, Abdul Rahman Hassan berkata, kalau UMNO mahu terus relevan, guru dan pegawai kerajaan dari kalangan kumpulan A merupakan suatu kempulan masyarakat yang dihormati oleh masyarakat Melayu. Jadi mereka mesti dibenarkan bergiat aktif semula dalam UMNO macam kalangan mereka menjadi Ketua Cawangan, AJK UMNO Bahagian. Betul jugak kata dia. Jangan biarkan golongan koperat mata duitan je yang aktif dalam UMNO. Mata duitan ahli UMNO sekarang ni.
No comments:
Post a Comment