Petang tadi macam hari-hari biasa saya meluangkan masa berjoging di tasek yang terletak berhampiran Seksyen 4 Shah Alam. Kawasan riadah yang meliputi hampir 10 ekar yang saya anggarkan memerlukan masa hampir 40 minit untuk 'brisk-walking' seluruh kawasan pejalan kaki. Tetapi hari ini ada insiden yang saya kira agak nostalgic sebab terserempak dengan kawan-kawan lama dalam Pemuda UMNO Selangor (1986-1990). Azlan Aziz, Jaafar, Rahman dan Malek adalah ahli Komandor Pemuda UMNO Selangor di bawah pimpinan Kamarudin Ahmad dan Dato Ahmad Bhari semasa mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO Selangor. Saya jumpa mereka sedang berkumpul di Restoren Tasek sempena perjumpaan Hari Raya dan dalam usaha menghidupkan semangat KOMPUS.
Walaupun mereka tidak lagi ahli PeMUDA sebab dah TUA, malah ada yang gigi pun dah kurang. Tapi semangat dan keyakinan kepada UMNO begitu tinggi. Cuma mereka macam dulu jugak, tak ada kepentingan dan jawatan dalam kepimpinan UMNO Bahagian. Mereka hanya nak meninggalkan sedikit jasa untuk pembangunan Melayu. Masa mereka menjadi ahli Pemuda UMNO, pilihanraya kecil mana yang tidak disertai mereka. Pilihanraya Kecil Ampang Jaya ketika Dato Harun Idris melawan Ong Tee Kiat. Inilah kumpulan UMNO yang sangat digeruni parti pembangkang (S46) apatah lagi PAS. Saya ingat dalam pilihanraya kecil Sabak Bernam, Dato Mahbub lawan calon PAS, YAB Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib dikepung oleh penyokong PAS, KOMPUS yang membuat tindakan berani yang membanggakan ahli UMNO. KOMPUS masa tu bergerak dengan pakaian hitam dan brass-band mereka.
Pemuda UMNO sekarang buat apa? Berlagak ke hulu ke hilir dengan kereta besar. Ada insiden, tumpang glamour dengan buat kenyataan akhbar atau media. Bila dipilih jadi wakil rakyat, lepas tu lawan Ketua UMNO Bahagian. Kononya gelombang kebangkitan pemimpin muda.
Saya harap kebangkitan KOMPUS ini disokong dan digerakkan semula. Supaya ahli UMNO rasa bangga dan tidak malu dengan parti UMNO. Saya harap KOMPUS uruskanlah HINDRAF yang haram dan kurang ajar tu. Tunjukkan kekuatan supaya orang lain gerun dengan UMNO dan Melayu di Tanah Melayu ni.
No comments:
Post a Comment