Selamat Hari Raya IdilFitri 1429Hijrah. Saya nak cakap pasal pengalaman saya berhari raya bersama keluarga di kampong. Selepas sebulan berpuasa sepatutnya jiwa kita penuh dengan ketaqwaan dan kepercayaan yang kuat dengan saranan Agama. Salah satu daripada yang kita latih sepanjang sebulan berpuasa ialah menghormati masa. Sudah tentu, tepat waktu azan kita akan berbuka atau waktu azan Maghrib sangat bermakna kepada kita. Begitu juga kita tidak mahu lambat ke masjid sebab imam tak tunggu kita untuk solat tarawikh.
Jadi selepas puasa amalan menghormati masa seharusnya kekal. Bagaimana kita mengurus masa kita yang ada, bagaimana kita menghormati masa orang lain dan yang paling penting bagimana kita mentarbiyyah supaya anak-anak menghormati masa. Masa tak tunggu kita, kecuali kita yang perlu menguruskan masa kita yang ada. Allah beri kita masa di dunia ini tetap, maksudnya tak kurang dan tak lebih. Jadi yang penting 'quality time' yang kita ada. Jika kita buang masa dengan sia-sia dengan membiarkan berlalu rugilah kita.
Jadi patutkah kita buang masa orang lain. Maksudnya, bila kita berjanji tepati janji tu. Janganlah orang lain terpaksa membuang masa mereka dengan sia-sia kerana kita. Kalau janji pukul 6.00 petang jangan datang pukul 10.00 malam. Bukan sahaja tidak menghormati masa orang lain tapi tidak mengurus masa dengan baik.
Akhirnya dan tidak kurang penting, bagaimana kita memberi teladan kepada anak-anak kita menguruskan masa. Kalau kita tidak meguruskan masa dengan masa dengan baik, jangan harap anak-anak akan menguruskan masa mereka dengan dengan lebih baik pulak. Masa yang kita ada sekali sahaja. Jadi kalau kita hidup pada hari raya yang ke 2 jam 6.00 petang bersama dengan adik beradik dan sanak saudara jadikanlah ianya dengan penuh bermakna. Demi Masa !

No comments:
Post a Comment