Friday, August 8, 2008

Tun Mahahir Mohamad.

Riswandha Imawan seorang blogger dari Yogyakarta menulis pemimpin besar sesuatu bangsa dilahirkan oleh dinamik sosial-politik masyarakatnya. Karena itu, secara fisik dan psikologi ia bersatu dengan denyut nadi kehidupan bangsanya.
Ramai orang nak menjadi pemimpin. Tapi, tidak ramai yang berjaya. Kenapa ? Sebab ketidakkemampuannya secara total menyerap ke dalam dinamika masyarakatnya. Kesatuan ini akan merumuskan secara tepat apa yang diperlukan bangsanya. Itu pun harus diwujudkan ke dalam satunya kata dengan perbuatan.
Mahatma Gandhi menjadi pemimpin besar India merumuskan nilai kemasyarakatan bangsa India melalui penampilan dengan falsafah budayanya. Keutamaannya kepada bangsa India kelas bawahan yang miskin yang menyumbang kepada tamaddun India menjadi keutamaannya. Pakaiannya hanya dua helai kain, kakinya bersandal.
Jerman bangkit sebagai bangsa maju dan digeruni setelah Hitler sedar bangssanya perlu suntikan dan slogan kebanggaan. Indoktrin “disiplin, pantang menyerah, dan berani berkorban” yang menjadi kunci kejayaan bangsa Jerman.
Churchill membangkit sikap optimistis bagi bangsa Inggeris. Tantangan adalah kesempatan, bukan hambatan. Nasib Inggeris ada di tangan orang Inggeris. Dia tunjukkan komitmennya dengan tidak menggunakan barang buatan luar negeri. Semuanya harus made in England.
Napoleon Bonaparte menjadi pemimpin besar bangsa Prancis. Bukan hanya karena idenya tentang prinsip demokrasi. Dia memimpin pasukan tentera ketika menyerang bangsa-bangsa Eropah lain. Kata semangatnya “Hai prajuritku, 4 abad akan datang, bangsa Perancis sedang melihat apa kita lakukan sekarang.”
Di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamd bangkit mengangkat mertabat bangsa Melayu dan Malaysia ke tahap yang dihormati dan disegani oleh seluruh dunia. Kenapa ? Sebab beliau sedar dan insaf bangsa Melayu yang pernah dijajah selama 460 tahun sebenar adalah bangsa yang pernah dan boleh menjadi bangsa maju. Malaysia Boleh. Jadi dia bertanggungjawab memimpin bangsa Melayu ke arah kecemerlangan. Kelantangan sehingga bersedia untuk tidak popular sehingga kini masih tak saya siapa penggantinya. Wawasan 2020 menunjukkan betapa futuristik dia sebagai pemimpin.
Tapi bila mengenang perkembangan mutakhir, orang bukan Islam mempertikaikan Fasal 121(A) Perlembagan atau kuasa mutlak Mahkamah Syariah ke atas orang Islam, pemmpin Melayu (PKR) mempertikaikan DEB, HINDRAF dah banyak cakap dan mengata kepimpinan (Melayu) disokong pula oleh orang Melayu dalam PKR, Pemimpin Melayu akur dengan desakan dan tekanan kehendak orang Cina dan India dan dan orang Melayu tidak mengiktiraf Hak Istimewa Orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Ya ALLAH selamatkan bangsaku iaitu Bangsa Melayu ini

Sunday, August 3, 2008

Wakil Rakyat

Malaysia adalah negara makmur dan sentiasa dilindungi. Diasaskan sistem pemerintahan perinsip monarchy, executive dan legislative nampaknya sangat berkesan dan saling melengkap antara satu sama lain. Dipihak legislative kita ada 798 orang wakil rakyat (222 orang ahli parlimen dan 576 ahli dewan undangan negeri) dan beribu peguam dan hakim mahkamah yang sepatutnya mermastikan Malaysia akan terus aman dan makmur.

Wakil rakyat adalah komponen penting dalam lanskap pengurusan negara. Oleh kerana wakil rakyat itu penting, maka pemilihan mereka perlu demokratik dan terletak di atas kuasa rakyat melalui proses pilihanraya. Calon wakil rakyat UMNO ditentukan pula melalui pemilihan kepimpinan dalam parti tu. Itulah sebabnya orang UMNO berebut nak jadi pemimpin. Hingga sanggup terlibat dalam rasuah politik dan politik wang. Mereka ni memang tak malu. Layak ke mereka diangkat jadi wakil rakyat yang bertanggungjawab masa depan negara.

Tapi wakil rakyat macam mana sebenarnya yang dikehendakki oleh rakyat. Masa dah berubah, zaman dan maju. Dulu rakyat mahukan wakil rakyat yang sentiasa mendengar rintihan mereka, melayan mereka dan dah sering membantu mereka. Tapi masa tu perhubungan bukan macam era ICT sekarang. Maklumat dan saluran bantuan pelbagai agensi kerajaan dan media bertindak pantas. Jadi rintihan dan masalah rakyat tersebar macam gelombang dan telus. Malah insiden-insiden kemiskinan tegar, pencemaran alam sekitar, salah laku dan jenayah sudah ramai mata dan telinga nya. Maka apa yang kita perlukan adalah seorang wakil rakyat laksanakan sesuatu yang lebih dari itu.

Saya rasa tugas mereka yang penting ialah menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen. Malah wakil rakyat perlu merangka apakah bentuk masyarakat Malaysia 50 tahun yang akan datang. Adakah Melayu masa tu tidak lagi lagi berteraskan budaya Islam dan Melayu. Ini yang patut wakil rakyat fikirkan.
Agak-agaknya yang sibuk nak jadi wakil rakyat ni pasal tu ke ?

Monday, April 21, 2008

Emak Saya

Baru-baru ni saya terdengar rungutan adik saya kepada emak saya. Oleh kerana permintaannya tidak dipenuhi, dia bertekad tidak lagi mahu melayan permintaan emaknya. Saya jadi sangat sedih kerana berjasa kepada emak nampaknya sesuatu yang dikiranya atau win-win situation baginya.
Kenapa jasa emak terlalu besar kepada kita. Saya ingat beruk yang mempunyai IQ yang sangat rendah pun tahu. Apatah lagi manusia yang dicipta dengan akal dan mempunyai kesedaran emosi dan spiritual. Saya tak menghurai dosa dan pahalanya kenapa kita perlu melayan dengan baik dan menjaga perasaan emak kita tetapi memadailah mendengar suara hati kita. Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.
Kenapa kita perlu membalas jasa ibu yang membesarkan kita ? Adakah kerana kesakitan yang ditanggungnya semasa melahirkan kita atau wang ringgit yang telah dihabiskannya atau penat lelah melayan kerenah kita atau masanya yang dihabiskan untuk membesarkan kita. Bolehkah kita membalas kesakitannya itu atau membayar wang ringgit dan kebendaan itu atau meluangkan sedikit masa untuk memberi perhatian semasa umur tuanya atau mengganti penat lelahnya.
Jawapan tidak. Yang boleh kita buat hanyalah tidak sekali-kali menyakiti hatinya dan berbuat baik kepadanya. Sebab dia membesarkan kita dengan sepenuh jiwa raganya. Semasa melahirkan kita nyawa menjadi taruhannya, tidak ada yang boleh membatasi kegigihannya membesarkan kita, sepanjang melayan kerenah kita dia hanya minta Allah beri panjang umur untuk membesarkan kita.
Berbuat baik kepada emak ni bukan semasa hidupnya sahaja. Tetapi sebenarnya sepanjang hayat kita, walaupun dia telah meninggal dunia. 1) Menyempurnakan urusan jenazah, 2) Berdoa untuk dengan memohonkan keampunan kepada Allah. ‘Tuhanku! ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil’. 3) Melaksanakan atau menyempurnakan janji atau wasiat yang telah dibuat oleh arwah ibu bapa semasa mereka hidup.4) Memuliakan orang-orang yang dahulunya menjadi sahabat karib atau teman arwah ibu bapa dan 5) Menziarahi kubur mereka.
Mengenang jasa emak tinggi nilai moralnya. Sampaikan hadis nabi; ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Apa nilai moralnya ? Tidak ada lain, cuma supaya kita menjadi umat yang sempurna akal dan budinya. Insan Rabbani. Saya selalu berdoa semua adik-adik dan anak-anak saya sentiasa mengenang jasa emaknya. Jika tidak dia akan menjadi manusia yang sangat rugi. Sebab jasa emak yang melahir dan membesarkan kita dengan sempurna telah pun dijanji dengan syurga oleh Allah. Kita yang belum tahu lagi bagaimana di sana.

Thursday, April 17, 2008

Ahmad Shabery Chik

Bila Berita RTM menyampaikan berita perdana semalam 17/4/2008 diantara dilaporkan Menteri Penerangan melawat Jabatan Hal Ehwal Khas, JHEK Jabatan Penerangan Malaysia. Diantara isi berita yang disampaikan adalah bagaimana YB Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pengarah tentang operasi JHEK.

Saya masih ingat sesi dalam Radio 24 dengan Menteri Penerangan. Sesi temubual yang panjang lebar itu YB Dato Ahmad Shabery Chik berkata RTM akan menengahkan hanya cerita yang mempunyai nilai kepentingan awam dalam program beritanya. Tetapi semalam program lawatannya ke jabatan dalam kementerian pun nak cakap kat orang. Apa hal?

Saya tertanya-tanya siri program lawatan beliau ke agensi kerajaan tu, apa pentingnya orang nak tahu cerita tu yang menyebabkan RTM sanggup menyumbatkan dalam slot berita perdana tu. Apakah nilai berita tu? Atau nak beritahu orang YB Menteri Penerangan bekerja atau RTM nak tunjuk kat Menteri dia pun buat kerja.

Apakah nilai sesuatu berita tu. Saya bukan orang media. Saya berpendapat, berita kepada orang awam perlulah ketepatan masa ceritanya, jelas kejadiannya, ada elemen kejutan darinya, relevan kepada penonton, ada impaknya dan kepentingan kemanusiaan. (ketegangan, keanehan, ketidaklaziman, minat pribadi, konflik, simpati, kemajuan, seks, usia dan sudah tentu ada humornya)

Menteri melawat agensinya apa nilai berita tu ?

Wednesday, April 9, 2008

Nenek Moyang Kita

Orang Melayu hanya cuba bangkit selepas 400 tahun dijajah. Sepanjang era penjajahan semua kekayaan dan kuasa milik penjajah iaitu Portugis, Belanda, Britsh dan Jepun je. Hingga sekarang semua yang kita dapat adalah peninggalan penjajah je. Apa dia. Sudah tentu lah kemiskinan orang Melayu dan pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi. Yang berniaga Cina yang kerja gomen Melayu, yang di estet India. Tapi sekarang mungkin dah banyak berubah. Tapi pemikiran masih dijajah.

Saya nak tanya, apa yang ditinggalkan nenek moyang kita kepada orang Melayu sekarang. Yang saya jumpa Bukit Cina, Tanjung Keling dan Kota Farmosa di Melaka. Kubur Hang Tuah tak jumpa pun. Kalau ada pun peninggalan Tun Mahathir iaitu KLCC dan Puterajaya. Batu Caves pun nak dimlikki MIC. Cuba tengok bangsa lain. India ada Taj Mahal, China ada Great Wall Of China, Rome ada Colosseum, Brazil ada Christ Redeemer Rio De Janeiro. Banyak lagi lah bangsa-bangsa lain. Dengan peninggalan tempat bersejarah oleh nenek moyang mereka tu, cucu cicit dapat makan hasil dari kunjungan pelancung.

Apa peninggalan nenek moyang Kita ? Yang tinggal sekarang hanya kuasa. Kuasa pun dah mula terhakis bila hilangnya kuasa Melayu di Selangor dan beberapa negeri lain. Peninggalan kedua nenek moyang kita adalah 'Pepatah Melayu'. Tapi orang sekarang dah tak percaya dengan pepatah tu, tahyul katanya. Orang tua kata 'penyapu tu sial' tak percaya. Sekarang dah kena sial penyapu. Tapi sekarang yang lebih penting, apa yang nak kita tinggalkan untuk cucu cicit kita. Satu dah ada dah. Kandang Babi terbesar Malaysia akan dibangunkan di Sepang. Babi untuk memenuhi keperluan orang Cina seluruh negara. Besok Jabatan Perangkaan buat banci cuba kira sekali berapa babi kat Selangor ini. Mana ramai babi ke manusia.

Thursday, April 3, 2008

Putera, Puteri dan Pemuda UMNO

Salah satu sebab kekalahan BN dalam PR12 adalah golongan muda yang berumur 21-35 tahun berpaling tadah dan tidak menyokong calon-calon BN. Hairan jugak. Apa dah jadi dengan instrumen parti yang ditugaskan menjaga golongan muda ni. Kalau dalam UMNO ada Putera UMNO. Ada Puteri UMNO dan ada Pemuda UMNO. Apatah lagi dalam MIC.

Saya rasa sebabnya adalah mereka ini asyik berpolitik je. Sibuk melobi pemimpin atasan dapatkan kontrak dan tender. Sibuk menunjuk-nunjuk kepada pimpinan atau depan orang betapa menyibuk nya mereka. Ke hulu ke hilir dengan kereta besar. Mereka tak peduli tugas dan tangungjawab mereka unutk mendampingi dan meyakinkan golongan muda ni. Kalau ada pun program maupun Putera dan Peteri dan Pemuda hanya bersifat 'ceremonial' je atau 'cosmetic' je sifatnya. Maksudnya untuk tujuan liputan media je. Nak masuk TV atau surat khabar. Kalau tak ada liputan media dan TV atau pakat tak ada program lansunglah program dia orang ini. Tambahan pulak kalau YAB Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang datang merasmikan program tu. Sibuk lah Ketua Putera, Ketua Puteri dari peringkat masing-masing menunjuk-nunjuk.

Saya rasa mereka ni yang tidak berkesan bukan pertubuhannya. Jadi mereka ni elok letak jawatan je. Beri peluang orang lain memimpin sayap penting UMNO ni. Itu pun kalau nak dapat kepercayaan oleh golongan muda dan terus mengundi BN dalam PR yang akan datang. Beritahu saya kalau ada program jangka panjang maupun Puteri, Putera UMNO atau Pemuda UMNO unutk memperkasakan UMNO ni. Apa yang dilakukan oleh pemimpin sayap UMNO ni adalah menamatkan riwayat UMNO secara semulajadi, apabila rakyat melihat UMNO tidak lagi relevan apabila Putera, Puteri dan Pemuda UMNO sibuk berpolitik je.

Selamatkanlah UMNO yang banyak berjasa ni.

Wednesday, April 2, 2008

Made In Holland

Kita jangan banyak cakap lah. Kita jangan ada kepentingan politik dan nak jadi ayam jagoh dalam isu seperti ini. Apalah sangat dugaan yang pernah dihadapi oleh Rasulullah ketika zaman nya mengembangkan Islam. Nyawa taruhannya. Kalau nak jadi jagoh, kembangkan sirah Rasul tu. Menuntut Ilmu, mencipta kejayaan dunia akhirat, memimpin zaman, jangan mengata orang, memberi rahmat kepada sekelian alam. Itu yang patut kita buat. Buat nak ambil kesempatan nak jadi jaguhan.
Mulai sekarang mari kita berjanji dengan diri sendiri bahwa kita tidak akan beli atau melanggan atau mengguna atau mengaitkan diri dengan produk Holland ni. Mari kita tunjukkan kuasa MUSLIM yang dilindungi ALLAH. Mulai sekarang BOIKOT Jenama Made In Holland.

1. Shell
2. Barangan Eletrik/Mentol Philips
3. Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady
4. Restoran Windmill
5. Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’
6. Barangan penajaan Christian Albers
7. Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5
8. Coklat Forrero Roche
9. Insurans ING
10. Teh Lipton
11. perisa makanan Knor
12. Produk mandian Dove.
13. Syarikat Penerbangan KLM