Friday, August 22, 2008

Jalur Gemilang -

Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam salah satu forum dalam internet. Ia berdasarkan kepada artikel Monash Manon (orang India la tu) dan disambut orang beberapa pandangan. Mereka semacam bersetuju dan menyarankan sempena bulan kemerdekaan rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sebagai protes kepada kerajaan. Kononnya plot dalam filem ‘The Last Castle’ lakonan Robert Redford melakukan perkara yang sama sebagai tanda protes. Inilah kebijaksanaan segelintir rakyat Malaysia yang tidak melihat kekuatan Malaysia dengan acuan sendiri sebaliknya masih berpedomankan kepada indoktrinasi barat.
Bendera adalah pengenalan sesebuah negara disamping nama atau ‘branding’ yang dibawa oleh nama tersebut. Misalnya Jepun ditafsir sebagai negara yang mempunyai rakyat yang rajin bekerja dan Bangladesh negara yang miskin yang menyebabkan rakyatnya terpaksa keluar mencari sumber ekonomi. Malaysia sudah tentu dilihat sebagai negara majmuk yang selama ini hidup aman dan damai. Bendera tidak sepatutnya diperalatkan atau diekploitasi oleh sekelompok golongan rakyat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang mengurus negara tersebut. Mustahil kerajaan Malaysia sekarang mampu memuaskan hati 26 juta rakyatnya. Bendera juga adalah pengenalan sesebuah negara. Misalnya bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya), tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Jadi, ia lansung tidak memaparkan kerajaan yang memerintah. Jadi kalau marahkan kerajaan kenapa bendera yang disalahgunakan. Yang saya lihat mereka sebenarnya tidak patriotik. Kerakyatan mereka perlu ditarik. Berambus je dari Malaysia ini. Pergilah ke negara yang mereka idamkan tu.Sebenarnya bendera ni adalah sesuatu yang mudah iaitu tidak lebih dari secebis kain. (memperkenalkan sesebuah negara). Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup mati kerananya.
Yang menghairankan saya lagi mereka menyarankan bendera Malaysia perlu di cipta semula sebab kononnya menyamai bendera Amerika Syarikat. Sekali lagi saya nak beritahu orang ni. Mereka ni memang tak layak tinggal di Malaysia ni. Pergi berambuslah. Dia ingat bendera ni untuk orang macam dia je. Dia tak tahu inilah bendera yang menjadi kebanggaan datok moyang dia yang dah mati dalam tanah tu. Jadi menilai sesuatu harus bermula dengan sejarahnya, Jangan pandai-pandai nak menyampuk tanpa tahu asal usul cerita. Kurang ajar betul orang macam ni.

Thursday, August 21, 2008

Pilihanraya Kecil (Permatang Pauh)

26 Ogos 2008, pengundi Permatang Pauh akan menjalankan tanggungjawab mengundi calon ahli Parlimen mereka bagi menduduki kerusi dewan rakyat. Untuk apa ? Seperti yang katakan sebelum ini menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen.
Tetapi pengundi Permatang Pauh bukan sahaja memilih ahli parlimen tetapi kononnya seorang yang dikatakan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila parti keadilan rakyat, PKR akan disertai oleh sebilangan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pakatan rakyat membentuk kerajaan. Kalau saya sebagai pengundi sudah tentu saya sangat teruja. Ye lah wakil rakyat juga sebagai Perdana Menteri.
Tapi kalau parti pakatan rakyat yang memerintah sudah tentu jemah menterinya terdiri dari wakil rakyat DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia atau yang menentang hak istimewa orang Melayu dan DEB. OK ke tu.
Siapa pulak Timbalan Perdana Menterinya. Kononnya Lim Kit Siang, malah dia juga bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri. Siapa pulak Menteri Pelajaran. Ada ke peluang anak Melayu belajar ke universiti macam sekarang ni. Sudah tentu ada tetapi secara meritokrasi. Malah banyak lagi perkara yang menakutkan akan berlaku.
Pengundi Permatang Pauh memang akan dapat Perdana Menteri tapi yang malangnya saya dan seluruh rakyat akan terima barisan pimpinan negara yang selama ini menentang dasar yang menjadikan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan budaya hidup dalam aman dan makmur.
Kalau saya boleh mengajak pengundi Permatang Pauh, saya berharap mereka bukan sahaja hanya memilih wakil rakyat tetapi memastikan sistem pemerintahan negara di landasan yang betul untuk seluruh rakyat Malaysia. . . SELAMAT MENGUNDI. Jangan lupa bawa kad pengenalan

Friday, August 8, 2008

Tun Mahahir Mohamad.

Riswandha Imawan seorang blogger dari Yogyakarta menulis pemimpin besar sesuatu bangsa dilahirkan oleh dinamik sosial-politik masyarakatnya. Karena itu, secara fisik dan psikologi ia bersatu dengan denyut nadi kehidupan bangsanya.
Ramai orang nak menjadi pemimpin. Tapi, tidak ramai yang berjaya. Kenapa ? Sebab ketidakkemampuannya secara total menyerap ke dalam dinamika masyarakatnya. Kesatuan ini akan merumuskan secara tepat apa yang diperlukan bangsanya. Itu pun harus diwujudkan ke dalam satunya kata dengan perbuatan.
Mahatma Gandhi menjadi pemimpin besar India merumuskan nilai kemasyarakatan bangsa India melalui penampilan dengan falsafah budayanya. Keutamaannya kepada bangsa India kelas bawahan yang miskin yang menyumbang kepada tamaddun India menjadi keutamaannya. Pakaiannya hanya dua helai kain, kakinya bersandal.
Jerman bangkit sebagai bangsa maju dan digeruni setelah Hitler sedar bangssanya perlu suntikan dan slogan kebanggaan. Indoktrin “disiplin, pantang menyerah, dan berani berkorban” yang menjadi kunci kejayaan bangsa Jerman.
Churchill membangkit sikap optimistis bagi bangsa Inggeris. Tantangan adalah kesempatan, bukan hambatan. Nasib Inggeris ada di tangan orang Inggeris. Dia tunjukkan komitmennya dengan tidak menggunakan barang buatan luar negeri. Semuanya harus made in England.
Napoleon Bonaparte menjadi pemimpin besar bangsa Prancis. Bukan hanya karena idenya tentang prinsip demokrasi. Dia memimpin pasukan tentera ketika menyerang bangsa-bangsa Eropah lain. Kata semangatnya “Hai prajuritku, 4 abad akan datang, bangsa Perancis sedang melihat apa kita lakukan sekarang.”
Di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamd bangkit mengangkat mertabat bangsa Melayu dan Malaysia ke tahap yang dihormati dan disegani oleh seluruh dunia. Kenapa ? Sebab beliau sedar dan insaf bangsa Melayu yang pernah dijajah selama 460 tahun sebenar adalah bangsa yang pernah dan boleh menjadi bangsa maju. Malaysia Boleh. Jadi dia bertanggungjawab memimpin bangsa Melayu ke arah kecemerlangan. Kelantangan sehingga bersedia untuk tidak popular sehingga kini masih tak saya siapa penggantinya. Wawasan 2020 menunjukkan betapa futuristik dia sebagai pemimpin.
Tapi bila mengenang perkembangan mutakhir, orang bukan Islam mempertikaikan Fasal 121(A) Perlembagan atau kuasa mutlak Mahkamah Syariah ke atas orang Islam, pemmpin Melayu (PKR) mempertikaikan DEB, HINDRAF dah banyak cakap dan mengata kepimpinan (Melayu) disokong pula oleh orang Melayu dalam PKR, Pemimpin Melayu akur dengan desakan dan tekanan kehendak orang Cina dan India dan dan orang Melayu tidak mengiktiraf Hak Istimewa Orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Ya ALLAH selamatkan bangsaku iaitu Bangsa Melayu ini

Sunday, August 3, 2008

Wakil Rakyat

Malaysia adalah negara makmur dan sentiasa dilindungi. Diasaskan sistem pemerintahan perinsip monarchy, executive dan legislative nampaknya sangat berkesan dan saling melengkap antara satu sama lain. Dipihak legislative kita ada 798 orang wakil rakyat (222 orang ahli parlimen dan 576 ahli dewan undangan negeri) dan beribu peguam dan hakim mahkamah yang sepatutnya mermastikan Malaysia akan terus aman dan makmur.

Wakil rakyat adalah komponen penting dalam lanskap pengurusan negara. Oleh kerana wakil rakyat itu penting, maka pemilihan mereka perlu demokratik dan terletak di atas kuasa rakyat melalui proses pilihanraya. Calon wakil rakyat UMNO ditentukan pula melalui pemilihan kepimpinan dalam parti tu. Itulah sebabnya orang UMNO berebut nak jadi pemimpin. Hingga sanggup terlibat dalam rasuah politik dan politik wang. Mereka ni memang tak malu. Layak ke mereka diangkat jadi wakil rakyat yang bertanggungjawab masa depan negara.

Tapi wakil rakyat macam mana sebenarnya yang dikehendakki oleh rakyat. Masa dah berubah, zaman dan maju. Dulu rakyat mahukan wakil rakyat yang sentiasa mendengar rintihan mereka, melayan mereka dan dah sering membantu mereka. Tapi masa tu perhubungan bukan macam era ICT sekarang. Maklumat dan saluran bantuan pelbagai agensi kerajaan dan media bertindak pantas. Jadi rintihan dan masalah rakyat tersebar macam gelombang dan telus. Malah insiden-insiden kemiskinan tegar, pencemaran alam sekitar, salah laku dan jenayah sudah ramai mata dan telinga nya. Maka apa yang kita perlukan adalah seorang wakil rakyat laksanakan sesuatu yang lebih dari itu.

Saya rasa tugas mereka yang penting ialah menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat, mempertimbangkan kebaikan perundangan, memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul, compliment kuasa eksekutif dan raja khususnya dasar dan pelaksanaan rancangan kerajaan, menyuarakan isu yang mempunyai kepentingan awam dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat dewan atau parlimen. Malah wakil rakyat perlu merangka apakah bentuk masyarakat Malaysia 50 tahun yang akan datang. Adakah Melayu masa tu tidak lagi lagi berteraskan budaya Islam dan Melayu. Ini yang patut wakil rakyat fikirkan.
Agak-agaknya yang sibuk nak jadi wakil rakyat ni pasal tu ke ?

Monday, April 21, 2008

Emak Saya

Baru-baru ni saya terdengar rungutan adik saya kepada emak saya. Oleh kerana permintaannya tidak dipenuhi, dia bertekad tidak lagi mahu melayan permintaan emaknya. Saya jadi sangat sedih kerana berjasa kepada emak nampaknya sesuatu yang dikiranya atau win-win situation baginya.
Kenapa jasa emak terlalu besar kepada kita. Saya ingat beruk yang mempunyai IQ yang sangat rendah pun tahu. Apatah lagi manusia yang dicipta dengan akal dan mempunyai kesedaran emosi dan spiritual. Saya tak menghurai dosa dan pahalanya kenapa kita perlu melayan dengan baik dan menjaga perasaan emak kita tetapi memadailah mendengar suara hati kita. Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.
Kenapa kita perlu membalas jasa ibu yang membesarkan kita ? Adakah kerana kesakitan yang ditanggungnya semasa melahirkan kita atau wang ringgit yang telah dihabiskannya atau penat lelah melayan kerenah kita atau masanya yang dihabiskan untuk membesarkan kita. Bolehkah kita membalas kesakitannya itu atau membayar wang ringgit dan kebendaan itu atau meluangkan sedikit masa untuk memberi perhatian semasa umur tuanya atau mengganti penat lelahnya.
Jawapan tidak. Yang boleh kita buat hanyalah tidak sekali-kali menyakiti hatinya dan berbuat baik kepadanya. Sebab dia membesarkan kita dengan sepenuh jiwa raganya. Semasa melahirkan kita nyawa menjadi taruhannya, tidak ada yang boleh membatasi kegigihannya membesarkan kita, sepanjang melayan kerenah kita dia hanya minta Allah beri panjang umur untuk membesarkan kita.
Berbuat baik kepada emak ni bukan semasa hidupnya sahaja. Tetapi sebenarnya sepanjang hayat kita, walaupun dia telah meninggal dunia. 1) Menyempurnakan urusan jenazah, 2) Berdoa untuk dengan memohonkan keampunan kepada Allah. ‘Tuhanku! ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil’. 3) Melaksanakan atau menyempurnakan janji atau wasiat yang telah dibuat oleh arwah ibu bapa semasa mereka hidup.4) Memuliakan orang-orang yang dahulunya menjadi sahabat karib atau teman arwah ibu bapa dan 5) Menziarahi kubur mereka.
Mengenang jasa emak tinggi nilai moralnya. Sampaikan hadis nabi; ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Apa nilai moralnya ? Tidak ada lain, cuma supaya kita menjadi umat yang sempurna akal dan budinya. Insan Rabbani. Saya selalu berdoa semua adik-adik dan anak-anak saya sentiasa mengenang jasa emaknya. Jika tidak dia akan menjadi manusia yang sangat rugi. Sebab jasa emak yang melahir dan membesarkan kita dengan sempurna telah pun dijanji dengan syurga oleh Allah. Kita yang belum tahu lagi bagaimana di sana.

Thursday, April 17, 2008

Ahmad Shabery Chik

Bila Berita RTM menyampaikan berita perdana semalam 17/4/2008 diantara dilaporkan Menteri Penerangan melawat Jabatan Hal Ehwal Khas, JHEK Jabatan Penerangan Malaysia. Diantara isi berita yang disampaikan adalah bagaimana YB Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pengarah tentang operasi JHEK.

Saya masih ingat sesi dalam Radio 24 dengan Menteri Penerangan. Sesi temubual yang panjang lebar itu YB Dato Ahmad Shabery Chik berkata RTM akan menengahkan hanya cerita yang mempunyai nilai kepentingan awam dalam program beritanya. Tetapi semalam program lawatannya ke jabatan dalam kementerian pun nak cakap kat orang. Apa hal?

Saya tertanya-tanya siri program lawatan beliau ke agensi kerajaan tu, apa pentingnya orang nak tahu cerita tu yang menyebabkan RTM sanggup menyumbatkan dalam slot berita perdana tu. Apakah nilai berita tu? Atau nak beritahu orang YB Menteri Penerangan bekerja atau RTM nak tunjuk kat Menteri dia pun buat kerja.

Apakah nilai sesuatu berita tu. Saya bukan orang media. Saya berpendapat, berita kepada orang awam perlulah ketepatan masa ceritanya, jelas kejadiannya, ada elemen kejutan darinya, relevan kepada penonton, ada impaknya dan kepentingan kemanusiaan. (ketegangan, keanehan, ketidaklaziman, minat pribadi, konflik, simpati, kemajuan, seks, usia dan sudah tentu ada humornya)

Menteri melawat agensinya apa nilai berita tu ?

Wednesday, April 9, 2008

Nenek Moyang Kita

Orang Melayu hanya cuba bangkit selepas 400 tahun dijajah. Sepanjang era penjajahan semua kekayaan dan kuasa milik penjajah iaitu Portugis, Belanda, Britsh dan Jepun je. Hingga sekarang semua yang kita dapat adalah peninggalan penjajah je. Apa dia. Sudah tentu lah kemiskinan orang Melayu dan pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi. Yang berniaga Cina yang kerja gomen Melayu, yang di estet India. Tapi sekarang mungkin dah banyak berubah. Tapi pemikiran masih dijajah.

Saya nak tanya, apa yang ditinggalkan nenek moyang kita kepada orang Melayu sekarang. Yang saya jumpa Bukit Cina, Tanjung Keling dan Kota Farmosa di Melaka. Kubur Hang Tuah tak jumpa pun. Kalau ada pun peninggalan Tun Mahathir iaitu KLCC dan Puterajaya. Batu Caves pun nak dimlikki MIC. Cuba tengok bangsa lain. India ada Taj Mahal, China ada Great Wall Of China, Rome ada Colosseum, Brazil ada Christ Redeemer Rio De Janeiro. Banyak lagi lah bangsa-bangsa lain. Dengan peninggalan tempat bersejarah oleh nenek moyang mereka tu, cucu cicit dapat makan hasil dari kunjungan pelancung.

Apa peninggalan nenek moyang Kita ? Yang tinggal sekarang hanya kuasa. Kuasa pun dah mula terhakis bila hilangnya kuasa Melayu di Selangor dan beberapa negeri lain. Peninggalan kedua nenek moyang kita adalah 'Pepatah Melayu'. Tapi orang sekarang dah tak percaya dengan pepatah tu, tahyul katanya. Orang tua kata 'penyapu tu sial' tak percaya. Sekarang dah kena sial penyapu. Tapi sekarang yang lebih penting, apa yang nak kita tinggalkan untuk cucu cicit kita. Satu dah ada dah. Kandang Babi terbesar Malaysia akan dibangunkan di Sepang. Babi untuk memenuhi keperluan orang Cina seluruh negara. Besok Jabatan Perangkaan buat banci cuba kira sekali berapa babi kat Selangor ini. Mana ramai babi ke manusia.