Monday, January 5, 2009

Pilihanraya Kecil (Kuala Terengganu)

Tahun 1986 calon BN, Zubir Embong mendapat 39.4% undi (19,139) mengatasi PAS, Mustafa Ali yang hanya mendapat 32.5% undi (15,815). Tetapi pada pada tahun 1990 calon pembangkang pula mengatasi BN apabila calonnya S46 (Dato Manan Othman) mendapat 38.6% undi (21,310) menewaskan calon BN (Zubir Embong) yang hanya mendapat 35.2% undi (19,430)
Dalam PRU-9(1995) calon BN pula mengatasi calon PAS apabila Dato Abu Bakar Daud mendapat 40.9% undi (25,624) berbanding calon S46 Dato Manan Othman yang hanya mendapat 33.2% undi (20,772). Tetapi keputusan dalam PRU-10 (1999) pembangkang kembali merampas carta apabila calon PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendapat 49.4% undi (31,580) berbanding calon BN Dato Abu Bakar Daud yang hanya mendapat 26.8% undi (17,132)
Tetapi dalam PRU-11 (2004) calon BN Dato Razali Ismail merampas kembali kerusi apabila mendapat 42.9% undi (30,994) mengatasi 'incumbent' PAS, Ayed Azman Syed Ahmad Nawawi yang hanya mendapat 40.2% undi (29,061). Malah dalam PRU-12 (2008) Dato Razali Ismail tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mempertahankan reputasi BN apabila mengekalkan kerusi apabila mendapat 40.5% undi (32,562) mengatasi calon PAS, Muhamad Sabu yang hanya mendapat 39.8% undi (31,934) dan calon BEBAS Mak Cik Mon, yang mendapat 685 undi.
Kali ini, boleh ke Dato Wan Farid mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang silih berganti bertukar tangan sejak 1986 kecuali 2004 dan 2008. Jawapannya BOLEH jika jentera BN kerja kuat. SELAMAT BERJAYA BRO

Sunday, January 4, 2009

Wan Farid Wan Salleh

Calon Barisan Nasional (BN), Dato Wan Farid Wan Salleh, merupakan calon yang paling layak dan sesuai, jika mengambil kira wakil UMNO parlimen tersebut. Sebagai Ketua UMNO Bahagian beliau berupaya menggerakkan jentera BN dengan komitmen sepenuhnya. Dan sebagai parti yang memerintah sekarang, dia akan mendapat sokongan padu YAB Menteri Besar. BN sudah tentu tidak punya banyak kelebihan kali ini.
PAS pula meletakkan Abdul Wahid Endut YDP PAS Kuala Terengganu yang juga wakil rakyat ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990. Dia juga merupakan calon yang tidak kurang hebatnya. Sebagai parti PAS yang pernah memerintah Terengganu 2000-2004, PAS tidak akan ada masalah untuk menjual calon mereka kepada rakyat Terengganu.
Semasa PRU-2008 yang lepas Abdul Wahid Endut tidak bertanding parlimen sebab dia bertanding dan menang dengan undi 9,645 undi kerusi DUN Wakaf Mempelam yang dimenangi sejak 1990. Tapi kenapa BN diwakili oleh Allahyarham Dato Razali Ismail walaupun menang dengan undi 32,562 undi. Kalau kira mudah Dato Wan Farid Wan Salleh, saya rasa tak ada masalah untuk menang. Tapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu TIDAK AKAN JADI macam tu. Dato Wan Farid Wan Salleh memang kena kerja kuat. Orang UMNO memang kenal dia. Tapi yang memenangkan calon adalah rakyat bukan ahli UMNO. Jadi sekarang dia kena yakinkan seluruh pengundi Kuala Terenganu bahawa dia adalah pilihan terbaik. SELAMAT BERJUANG BRO.

Saturday, January 3, 2009

Allahyarham Dato Razali Ismail

Pilihanraya Kecil P036 K.Terengganu 17hb Jan 2009 akan datang bukan sahaja suatu manifestasi Malaysia yang mengamalkan kebebasan berpolitik. Kebebasan rakyat untuk memilih dan dipilih sebagai sebahagian proses menentukan kuasa legislative dalam negara. Pilihanraya Kecil P036 K.Terengganu 17hb Jan 2009 bukan sekadar usaha satu kelompok memastikan UMNO atau Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi atau peluang PAS merampas kembali dan mengukuhkan 'bargaining-power' dalam PAKATAN RAKYAT seterusnya mempertahankan sebagai parti pembangkang dalam parlimen. Pilihanaraya Kecil P036 K. Terengganu bukan sahaja peluang rakyat K.Terengganu menuntut segala macam desakan yang menyebabkan Kerajaan Pusat Barisan Nasional terpaksa korbankan prinsip demi untuk politik. Malah Pilihanraya Kecil P036 K.Terengganu BUKAN sekadar platform merungkai dan menyelesaikan segala macam masalah sosio-ekonomi setempat yang bersifat semasa.
Pilihanraya Kecil P036 K.Terengganu adalah sebahagian proses pembinaan suatu bangsa Malaysia. Untuk memastikan bangsa Melayu berjaya seperti bangsa-bangsa lain di seluruh dunia, kita perlukan lanskap politik yang kondusif. Kita mahu kerajaan yang stabil dan sentiasa merancang masa depan bangsanya. Untuk memastikan bangsa Malaysia adalah bangsa maju kita perlu suatu pakatan politik yang pragmatik dan berkesan. Kita perlukan suatu kesatuan antara inspirasi rakyat dan dasar pemerintah.
Sekarang pengundi K.Terengganu bertanggungjawab dalam menjayakan proses pembinaan bangsa Malaysia ini. Kita sudah lama tertinggal akibat penjajahan selama 440 tahun. Kita tidak mampu sebarang usaha yang melambatkan pembinaan suatu bangsa Melayu yang berjaya. Kita dalam perjalanan yang betul sekarang. Pengundi K. Terengganu anda mampu menjayakannya. Allahyarham Datuk Razali Ismail telah melakukan apa yang patut. Sedekahkan Al-FATIHAH untuknya.

Thursday, January 1, 2009

Abdul Rahim Zulhairy

Hari ini hari orientasi sekolah Abdul Rahim anak saya yang ke 4. Dia mendaftar sebagai murid Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 6 Shah Alam. Melihat gelagat pelajar, terkenang saya semasa mendaftar sebagai murid Darjah 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia pada tahun 1967. Yang saya ingat hari tu saya ditemani oleh emak saya. Kami jalan kaki hampir 1.6 km (1 batu) dalam hujan (ada payung, bukan macam drama atau filem Melayu sekarang tiap kali hujan tak berpayung). Selainnya saya dah lupa.
Tapi pagi ini Abdul Rahim dihantar oleh emaknya dengan kereta. Saya menyusul sejam kemudian. Sepanjang pengamatan saya, daripada semua 25 orang murid dalam kelas anak saya, saya tengok mereka gembira dan tak rasa takut malah nampaknya begitu teruja. Walaupun baru kali pertama berjumpa, mereka sangat asyik bersembang pasal Naruto, Bi-Daman, Ultraman dan Sponge Bob. Begitulah bersih hati mereka. Langsung tak ada nak mengata apatah lagi mengutuk sesiapa pun.
Tapi senario berbeza dengan ibu-bapa yang mengiringi mereka. Kedengaran ada kalangan mereka yang mengata ce' gu tu memuji ce' gu ni, mengata sekolah tu, memuji sekolah ni. Malah dah mula complaint itu complaint ini. . . Saya perhati je. Cuma yang kurangnya saya rasa perlu majlis simbolik penyerahan anak oleh ibu-bapa kepada guru. Baru kita mengangkat institusi guru dan sekolah tu pada tempatnya.

Wednesday, December 31, 2008

Tan Sri Eric Chia

Hari saya baru kenal siapa mendiang Tan Sri Eric Chia. Sebelum ini saya hanya mengenali mendiang melalui media iaitu bekas pengerusi Perwaja Steel yang didakwa atas tuduhan jenayah pecah amnah kerana menggelapkan wang syarikat Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd sebanyak RM76.4 juta pada 19 Feb 1994 sewaktu memegang jawatan Pengarah. Tetapi pada Jun 2007 mendiang didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan dibebaskan.
Semalam saya dapat buku corporate story pasal sebuah syarikat GLC kerajaan iaitu UMW. Setelah membaca dengan ringkas barulah sata sedar bahawa Tan Sri Eric Chia adalah anak lelaki isteri ketiga Chia Yee Soh, iaitu pengasas kedai di spare-parts Orchard Road Singapore pada 1917. Kedai dengan nama United Motor Works (UMW) inilah yang berkembang hingga sekarang dikenali dengan UMW Corporation. Walau Eric Chia meletakkan jawatan pengarah UMW pada 1993, Tan Sri Eric Chia adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan UMW sehingga begitu berjaya sekarang. UMW berjaya apabila menjadi syarikat conglomorate Malaysia dengan nilai RM10 billion dan pemain utama dalam automotive, peralatan kejuruteraan dan pembuatan dan minyak dan gas. Ribuan pekerja bergantung dengan UMW sekarang untuk bagi keluarga kehidupan.
Dulu saya pernah tulis, kita mati kita tinggalkan apa. Tapi mendiang Eric Chia yang digambar begitu oleh media sebenarnya ada meninggalkan legacy yang menjadikan ribuan rakyat senang kerananya apabila bekerja dengan UMW. Bila kita mati nanti, cucu kita pulak tanya apa yang kita tinggalkan untuk mereka. Jangan Malaysia macam Palastine sudah.

Saturday, December 27, 2008

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Kita perlu pemimpin Melayu. Memimpin untuk masa depan orang Melayu. Kita bukan mahukan pemimpin yang bijak menggunakan kesempatan dan peluang untuk mengangkat diri. Kalau setakat aktiviti ‘image building’ dengan menggunakan sumber media ‘conventional’ dan ‘unconventional’ bila setiap hari ada kenyataan akhbar, setiap hari masuk TV malah setiap hari ada ‘media coverage’ hasil gerakan campur tangan pihak media yang dibayar, saya tak hairan.
Itu semua metodologi yang ada dalam ilmu sains politik. Ia hanyalah ‘cosmetic’ dan ‘fabricated’ jika tidak keterlaluan. Kita tidak mahu semata-mata kerana lama dalam karbinet, ramai orang UMNO yang dibelanya. Kita tidak mahu pemimpin Melayu yang sentiasa menggunakan kuasa eksekutif tapi tak berani menggunakan kuasa politik mereka apatah lagi bila berdepan dengan desakan pembangkang mahupun parti komponen.
Kita mahu jasa kepimpinan dan ‘track record’nya apabila ramai orang Melayu yang berjaya dalam ekonomi dan pelajaran. Kita mahu pemimpin Melayu yang sentiasa mementingkan Melayu melebihi dari segalanya. Kita mahu pemimpin Melayu yang sentiasa setia dan 'commited' dalam UMNO. Dan yang penting sekali tolak sama sekali pemimpin yang menggunakan kekuatan duitnya dan kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan politiknya.
Saya secara peribadi tetap memilih Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebab dia adalah pemimpin rakyat. Track recordnya, semasa dia menjadi Menteri Besar Selangor dan kesetiaannya kepada UMNO, katanya ‘patah kedua sayapnya paruh sandaranya’ semasa kalah Naib Presiden yang lepas. Nah, siapa pilihan saudara?

Friday, December 26, 2008

Khutbah Jumaat Masjid SS7 Kelana Jaya

Hari ini hari jumaat. Lama saya tak tulis dalam blog ini. Bukanlah saya perasan ada yang orang tunggu artikel saya. Tapi saya sedang memikirkan apakah konsep yang sesuai untuk blog saya ni. Malangnya sampai sekarang saya belum dapat keputusan yang memuaskan hati saya. Jadi buat sementara saya akan terus tulis apa yang terfikir dan mempunyai kepentingan Agama Bangsa Dan Negara saya (pada pandangan saya).
Tadi saya solat jumaat di Masjid SS7 Kelana Jaya dekat pejabat saya. Khutbahnya sangat menarik, bila khatib berjaya menarik perhatian dan mengingatkan saya tentang tamadun Islam sempena menjelang sambutan Tahun Hijrah. Katanya orang Islam ramai yang mula lupa dan tak peduli legacy Islam. Misalnya cuti awal Muharam tahu, tapi tak peduli pun tahun Hijrah ke berapa ? Agak keterlaluan tetapi benar katanya, sebab saya pun tak tahu sehinggalah saya balik dan rujuk takwim Islam, 1430 Hijrah.
Perkara kedua yang sangat menarik adalah orang Islam bertanggungjawab menyumbang ke arah memastkan kuasa politik Malaysia terus di tangan orang Islam untuk memastikan kelansungan tamadun Islam di negara ini. Antara kepentingan peribadi dan masyarakat(Islam) kita mesti ada 'politcal will' untuk mendahulukan kecemerlangan masyarakat (Islam) itu. Katanya pemimpin dulu bersungguh membangunkan Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kelana Jaya dan bandar sekitar Kuala Lumpur adalah untuk memastikan geo-politik dan ketuanan Melayu dan Islam. Tetapi sekarang keghairahan pemaju dan kealpaan Pihak Berkuasa Tempatan yang tak ada wawasan menyebabkan kuasa undi orang Islam berkurang bila ramai bukan Islam bermastautin dan berdaftar di kawasan baru. Maka wakil orang Islam di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat terus berkurang. Kat Kelana Jaya, ahli parlimen dahlah tak pandai cakap Melayu dan tidak bersunat, bertanding masa cuti universiti je. Bila Pulau Pinang, Perak dan Selangor terlepas kepada PKR dan DAP semua orang kata UMNO dah tidak relevan. Tetapi mesej khatib adalah orang Islam yang ada kuasa dalam perancangan bandar yang dah tak Islam jiwanya. PBT orang Islam buat apa kat situ ?