Wednesday, February 23, 2011

Pak Cik Awang

Pak Acik Awang kembali ke rahmatullah pada 22/2/2011. Menerima plot berita kematiannya, saya tidak akan lupa dengan 3 perkara. Pertama, arwah Pak Cik Awang sendiri dengan saya sekeluarga. Kedua, tarikh kematiannya iaitu sama dengan tarikh kembalinya ke rahmatullah penyanyi tersohor, allahyarham Datuk Sudirman Arshad, seorang penyanyi yang bangkit semasa umur remaja saya bermula 1979. Itu Sudirman. Seluruh rakyat Malaysia akan mengenangkanya kerana lagunya. Pak Awang bukan penynyi.
Perkara ke 3, yang menyebabkan saya akan ingat dia adalah keikhlasannya bila menerima saya sekeluarga dengan penuh hati dan ramah mesra. Terutamanya Mak Cik Wan isterinya yang dulu kembali ke rahmatullah.. Walau pun ada pantun berbunyi . . . . puas sudah menanam budi, harta juga dipandang orang . . betul ke ? Sebenarnya tidak. Setelah merenung sejenak, sebenarnya yang akan tetap dikenang bagaimana kita menerima seseorang dalam hidupnya atau bagaimana kita diterimanya Saya rasa Pak Cik adalah istimewa kerana tampak ikhlas dari hatinya bila menerima saya dan yang lain sebagai sedaranya.

Tetapi sebenarnya Pak Cik Awang lebih tahu. Sebagai orang kampung dan dah tua pulak apalah yang boleh dibuatnya untuk ditinggalkan di dunia sebagai amal jariahnya. Tak lain tidak bukan, perhubungan baiknya dengan sesama manusia. . . hablumminnas. Berbuat baik sesama manusia juga amal soleh yang dijanjikan syurga. Al-FATIHAH untuk Pak Cik Awang. Semuga dia ditempatkan dalam syurga bersama orang soleh yang lain.

Tuesday, February 15, 2011

Hishamuddin Rais

Membaca tulisan dan mendengar ucapannya menarik minat saya untuk terus mengkaji orang ini. Setakat ini beliau nampak sangat menentang ISA. Disamping ada beberapa isu yang diperjuangkan seperti Lagu Negara Ku dan Jalur Gemilang yang diciplak dan agenda pembinaan bangsa

Mengkaji sejarah hidupnya saya rasa dia ni memang orang terpilih. Sebab disamping kecekalan dengan pendiriannya nampaknya riwayat hidupnya penuh dengan ranjau dalam memperjuangkan apa yang dipercayainya. Dan saya sangat tertarik dengan keberanian dan karismenya. Hebat orang ini.

Mengkaji ulasannya pasal lagu Negara Ku dan bendera yang diciplak agak keterlaluan apatahlagi dibahas dalam platform politik. Tidak ada yang sempurna di dunia ini kecuali Allah, tetapi tidak menghalang kita untuk menjadikan ia lebih sempurna. Tetapi mempertikaikan selepas 54 tahun merdeka mungkin tidak lagi rerlevan. Berkenaan ISA, saya tidak fikirkan penentangannya semata-mata kerana beliau pernah ditahan di bawah peruntukan ISA tersebut.Tapi mungkin dari itu. Walau bagaimanapun setiap hujahnya ada kebenarannya. Tetapi setakat ini tidaklah mampu saya nak menyanggah pandangannya sebab ilmunya tentang pembinaan negara bangsa nampaknya begitu hebat. Malah ceramahnya mengingatkan saya kata Napoleon Bonaparte kepada bala tenteranya ‘kita berjuang supaya dikenang 40 tahun yang akan datang’ begitu juga Hishamuddin Rais apabila berucap selalu mengingatkan orang muda. Maknanya ceramahnya adalah pembinaan bangsa Malaysia untuk masa depan

Beliau juga nampaknya sangat bertentang dengan UMNO. Saya hairan kenapa ? Tapi apa yang disokong sangat PKR tu. Bahasanya dalam laman blognya lansung tidak menarik saya. Mungkin temanya begitu. Dia sering menggunakan bahasa yang kasar dan tidak seperti wawasannya.

Ada beberapa pandangannya yang menarik perhatian saya seperti pembudayaan semi-feudal, membina masyarakat bonsai dan sentiasa dalam ketakutan dan budaya membodek dalam masyarakat. Saya akan terus mengikutinya samada ceramah atau tulisannya. Menarik

Monday, February 7, 2011

Hoong Ling

Saya baca buku yang mengisahkan pengalamannya sepanjang melalui proses persediaan dan pembedahan pemindahan sebahagian besar hatinya untuk menyelamatkan An Qi yang tidak lansung dikenalinya yang menghadapi masalah canser hati

Pertama bagaimana buku ini ditulis. Walaupun saya bukan seorang journalist tapi pengamatan saya, Hoong Ling sangat percaya dengan apa yang seorang muslim di ajar dalam surah Al-Maidah : 32 iaitu . . . Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. . .. Dia juga percaya tidak semua orang berpeluang menyelamatkan jiwa seseorang dan jika ada mereka merupakan insan yang terpilih. Buku ini juga ditulis sebagai usaha meningkatkan kesedaran orang ramai supaya mendaftar diri sebagai penderma organ dengan National Transplant Resources Centre’menderma organ

Keduanya bagaimana dia melalui detik-detik sebelum melalui pembedahan hatinya. Sehingga saat akhir dia masih tidak pasti dengan tindakannya walaupun begitu obsess dengan usaha menderma organ selepas kematian tapi tidak semasa hidupnya. Walaupun An Qi yang menerima sebahagian hatinya akhirnya menemui ajalnya selepas 9 bulan pembedahan akibat jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang lebih yang dia telah melakukan sesuatu yang besar dalam hidupnya iaitu memberi memberi rahmat kehidupan kepada An Qi.

Akhirnya Hoong Ling bukan muslim (Buddhist) tetapi banyak melakukan kerja-kerja amal sepanjang hidupnya seolah-olah yakin dengan hadis nabi Rasulullah SAW, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak mamfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Saya selalu berdoa agar anak-anak saya juga diantara sebaik-baik manusia bila besar nanti apabila sentiasa memberi menafaat kepada orang lain.

Saturday, January 8, 2011

Mohd Rashidi Hassan (HARAKAH)

Hari ini buat beberapa kali sahaja saya telah membeli akhbar HARAKAH semasa menikmati sarapan pagi di pasar Seksyen 16 Shah Alam. Antara ruang artikel yang menarik perhatian saya adalah ruang aspirasi saudara dengan tajuk ‘Biar Khusrin macam cacing kepanasan’ edisi 7-9 Jan 2011

Biasalah tajuk berita yang bertujuan yang menarik perhatian pembaca. Antara buah pandangan saudara adalah Dato Mohd Khusrin Munawi merupakan bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Tan Sri Muhamad Muhd Taib. Lepas itu saudara kata Dato Muhd Khusrin adalah acuan atau untuk kepentingan kerajaan UMNO-Barisan Nasional maka itu sebabnya kerajaan persekutuan UMNO-BN beria-ia benar hendak meletakkannya sebagai Setuausaha Kerajaan Selangor yang baru. Malah saudara tulis Dato Muhd Khusrin Munawi adalah seorang yang memihak dan ‘key player' kepada kerajaan UMNO-BN maka itu sebabnya Mohd Muhd Khuisrin tidak peduli samada beliau diterima oleh Kerajaan Negeri PKR apatah lagi YAB Dato Tan Sri Menteri Besar Selangor

Malah saudara juga menuduh kenaikan pangkat Dato Muhd Khusrin dari Jusa C ke Jusa A adalah kenaikan luar biasa apabila melangkau pegawai yang lebih senior atau bahasa mudahnya dia tidak sepatutnya naik pangkat.

Cukuplah 3 penyataan bodoh lagi tidak bertanggungjawab yang cuba ditulis saudara selaku clomunist tetap HARAKAH ini. Pertamanyara saudara seorang PENIPU atau TIDAK BERTANGGUNGJAWAB bila menuduh Dato Muhd Khusrin bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Tan Sri Muhd Muh Taib (MMT). Setpol MMT sepanjang beliau sebagai Menteri Besar hanyalah Dato Zainal Abdin Abidin Hj Sakom dan Dato Yahya Bujang semasa Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ini adalah satu pembohongan. t
Lepas menuduh Dato Mohd Khusrin adalah acuan atau untuk kepentingan politik kerajaan Persekutan UMNO-BN. Wahai saudara Mohd Rashidi Hassan wajarkah saya pula mengatakan semua Pegawai Daerah dan YDP Majlis Kerajaan Tempatan di Selangor diletakkan untuk kepentingan politik PKR ? Saudara seharusnya lebih bertanggungjawab dengan kenyataan saudara. Saya setuju bila mereka menjalan tugas atas arahan kerajaan samada PKR atau UMNO-BN. Tetapi untuk kepentingan politik adalah keterlaluan lagi ‘chauvinist’ . Malah tidak lansung membina upaya sektor awam di negara ini.

Akhr sekali saudara menuduh kenaikan pangkat Dato Mohd Khusrin tidak mengikut amalan biasa. Soalnya saudara tahu ke semua peruntukan kenaikan pangkat dalam Sektor Awam yang diperuntukkan dalam Peruntukan Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmartan Awam. Kalau tidak tahu atau menulis berdasarkan andaian lagi emosi lebih jangan sentuh sesuatu yang saudara tidak tahu.

‘SHUT UP YOUR MOUTH’

Saya simpati dengan kerajaan Selangor. Walau perlantikan Dato Mohd Khusrin hanya merupakan isu dan amalan perkhidmatan awam tetapi orang politik berjaya menjadinya sebagai isu politik. (Mungkin bahan pilihanraya) yang melibatkan rakyat non-partisan. Rakyat hanya mahukan sektor awam yang produktif sdan efisien. Tapi bagaimana sektor awam dapat menjalankan tugas mereka sekiranya tuduhan saudara kepada mereka terlalu berat dan fasikh. Akhirnya rakyat tidak yakin dengan sektor awam sebagaimana orang politik berjaya membuatkan rakyat hilang keyakinan dengan mengamal dan perlaksana undang seperti badan kehakiman dan Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia. Apa jadi dengan kenyataan saudara terdapat pelabur yang berpotensi ingin melabur di Selangor yang akan memberi peluang pekerjaan dan kehidupan seterusnya kemakmuran kepada rakyat Selangor. Sudah tentu pelabur akan takut dan membatalkan rancangan setelah percaya dengan kenyataan liar sudara. Jadilah penulis yang bertanggjawab bukan penulis popular seperti orang politik. Kalau nak jadi orang politik bertandinglah dalam piliahntraya akan datang.

Secara peribadi saya tidak mengenali Dato Muhd Khusrin. Tapi saya pernah berkesempatan melihat dan mendengar bagaimana dia berurusan dengan awam. Saya lihat dan dimaklumkan dia adalah pegawai awam yang berwibawa lagi responsive, ramah dan yang lebih penting bertanggungjawab bukan macam saudara. .
Footnote : e-mail Mohd Rashidi Hassan menyatakan penyataan telah dibetulkan dalam Harakah.net pun masih suatu pembohongan apabila dalam blognya masih menyata perkara yang sama.

Tuesday, August 17, 2010

Chua Soi Lek

Malaysian want a system that is based on merit and need rather than race to ensure country remains globally competative - itu intipati ucapan Presiden MCA. Saya selalu membuat andaian kalau orang politik berucap secara terbuka ia mempunyai berbagai maksud samaada 1. Untuk menarik perhatian penyokong, bahawa dia adalah pejuang kepada suku kaumnya atau 2.Mengekalkan populariti atau 3.Menguji penerimaan rakan atau lawan atau lain2 maksud yang dia saja yang tahu.

Tapi Chua Soi Lek ini macam berlumba dengan Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong membuat nyataan politik yang boleh menarik minat ahli MCA. Lagi pun tak lama lagi MCA akan mengadakan persidangan pemilihan pimpinan parti.

Tapi jika betul Chua Soi Lek bermaksud apa yang dikatakannya dia memang lansung tidak memahami budaya dan sejarah peradaban Melayu. Memang tak layak jadi pemimpin Malaysia. Lebih baik jadi pelakun filem je

Thursday, July 1, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim

Kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memimpin PKR Selangor tercabar apabila digantikan dengan YB Azmin Ali. Bila berlaku pengstrukturan semula atau perubahan dalam sesebuah organisasi samada pentadbiran kerajaan, syarikat perniagaan maupun pertubuhan parti politik ia menunjukkan suatu usaha ke arah memperkasakan pertubuhan itu sendiri atau reaktif dengan keperluan semasa sedang dilakukan.

Apa juga alasan PKR, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi relevan di Selangor dengan isu dan masalah politik semasa. Samaada ia merupakan percubaan awal atau percaturan politik, itu masalah PKR.

Tapi sesuatu yang saya nak kongsi. Itulah akibatnya bila kuasa yang dipinjamkan digunakan untuk menginayai masa depa anak yatim dan fakir miskin yang diterajui oleh Yayasan Basmi Kemiskinan. Orang yang memusnahkan masa depan anak yatim tidak akan selamat di dunia. Itu hidayat dari YANG MAHA ESA. Sebenarnya Tan Sri Khalid Ibrahim masih Dato Menteri Besar Selangor. Masih belum terlambat untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukannya kepada YBK, sebelum jawatan Menteri Besar digantikan oleh orang lain. Masa itu tak ada guna penyesalan.

Friday, June 25, 2010

Khairy Jamaluddin

Bila budak ni berkonfrantasi dengan Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA saya seronok dan rasa nak tumpang semangkuk dan sokong KJ ni (pasal ini je).
Saya bukan nak sokong pasal PERKASA penghalang 1Malaysia. Sebab penghalang tetap ada, walau bagaimana baik dasar kerajaan termasuklah DEB, DPN dll. Tapi PERKASA ini kadang2 dah lebih dari parti politik yang sentiasa mencari liputan dan populariti. Akibatnya isu yang dibawa bukan lagi pasal orang Melayu. Pasal isu Palestin di Gaza dan Amerika pun mereka berpiket. FOKUS lah bro Datuk Ibrahim Ali. Jangan biarkan anak buah buat program semata-mata nak masuk liputan media je. Baguslah Khairy bantai PERKASA ni sikit.

Misalnya ada suatu insiden di UMNO Selangor dalam perbincangan bagaimana untuk berdemonstrasi membantah keputusan Kerajaan Selangor cuba merampas sebuah NGO yang terlibat dengan program kemiskinan. Ada wakil mereka meminta supaya UMNO jangan terlibat dengan gerakan ini, biar PERKASA yang menonjolkan diri. Malah ada seketika PERKASA digembar-gembur lebih diterima dari UMNO sebab mereka berjuang untuk Melayu kononnya. Nasib baik Pengerusi (YB Shukur Idrus) membantah dan tidak bersetuju.
Khairy Jamaluddin dalam isu ini dia lebih bersifat contemporary. Faham nilai dan budaya rakyat majoriti rakyat Malaysia. TAHNIAH

YB Azmi Ali

Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa Selangor dikaitkan dengan politik ultimatum penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
Azmin Ali mula didedahkan dengan politik tanahair sebagai Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim (dulu). Asas politiknya adalah UMNO iaitu politik patronage. Politik menjaga dan dijaga. Itu dulu, sekarang mungkin tidak dan saya mungkin silap.

Tetapi bottom-line nya adalah dia orang politik. Sebarang tindakan oleh politik perlu bijaksana walaupun tidak betul moralnya. Jika masa sesuai atau kalau boleh menang, lawan. Sebab kawan akan datang bila kita ada tongkat sakti atau kuasa. Bila kita belum kuat dan perlu sokong seseorang maka kena sokong. Tapi jika kena lawan, lawan. Ini kaedah dalam UMNO. Oleh kerana PKR dari kalangan Melayu berasal dari UMNO saya fikir mereka menggunakan pendekatan yang sama.

Saya ahli UMNO. Tapi melihat kewibawaan Tan Sri Khalid Ibrahim dari prespektif rakyat biasa bagaimana Tan Sri mengurus negeri dan politik negeri Selangor, saya rasa dia perlu diganti. Jadi Azmin Ali bertindak bertepatan masa agaknya. Tambahan pulak Dato Seri Anwar Ibrahim ke luar negara pulak. Plot sama dengan UMNO.

Tuesday, June 22, 2010

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara merakamkan rasa terkejut dan simpati dengan nasib Saiful Apek. Terkejut ? Saya pun terkejut. Terkejut dengan icon dunia hiburan yang dikaitkan dengan ganja atau najis dadah. Dulu Saiful Apek pernah dikaitkan dengan rakaman video isu yang sama apabila dia dikaitkan dengan penagihan ganja. Macam-macam alasan yang dikemukakan untuk membenarkan rakaman tersebut.
Tapi kali ini dia buat lagi. Saya rasa Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia kena ambil tindakan tegas dengan budak ini. Dasar dan undang-undang negara jelas. Penyalahgunaan dadah adalah suatu kesalahan mandatori.

Tetapi ada icon tersohor juga cuba nak tunjuk sokongan dan simpati. Tiada simpati dan belas kesihan dengan orang yang menyalahgunakan NAJIS DADAH ni. Siti Nurhaliza tahu ke apa yang dia simpatikan ?

Monday, June 21, 2010

Muhyiddin Yassin

Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan ahli politik, dia sentiasa perlu mencipta kelainan dan mencetus idea untuk liputan media. Lagi sensasi lagi bagus. Walaupun kenyataan itu tidak popular tetapi beliau sendiri akan terus bertambah laris seiring dengan populariti Perdana Menteri kerana sentiasa disebut dan dibahaskan.
Ini bukan kali pertama seorang Menteri Pelajaran membuat kenyataan bercadang nak hapuskan UPSR dan PMR. Sebelum ini pun Menteri Potfolio yang sama pun cuba nak bawa gagasan yang sama ini. Tetapi tidak berjaya. Maknanya memang perakuan ini datang dari pegawai kanan kementerian. Sudah tentu mereka mempunyai alasan sendiri. Cuba berfikir di luar kotak agaknya. Cuba saya nak tanya, dah dapat pandangan ahli pendidik ke. Saya yang bukan pendidik, tapi rasanya kalau tak ada UPSR dan PMR

1. Lagi tak tahulah kita setakat mana prestasi anak Melayu yang sedang tercicir ni
2. Apa kayu pengukur untuk menilai anak bangsa dalam kesedaran IQ mereka ?
3. Macam mana nak rancang pembangunan karier pelajar kalau tak ada standardnya.
4. Tahu-tahu bertambah ramailah anak Melayu tercicir.

Masalahnya kita hanya dapat lihat hasil gagasan ini selepas 10 tahun. Masa tu komposisi profesional Melayu dalam negara dah parah dan terlalu menguncup. Lepas tu ubah lagi.

Sunday, June 20, 2010

Tian Chua

Perlembagaan Malaysia Perkara 48 - Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika (a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau (b) dia seorang bankrap belum lepas; atau (c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau (d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.00 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau (f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.

(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia (i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau (ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau
(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apaapa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau
(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa
sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat

Tuesday, April 27, 2010

Yaakob Sapawi

Kenyataan tidak bertanggungjawab YB Yaakob Sapawi dalam Selangorkini http://www.selangorkini.com.my/my/berita/11919 sangat menyakitkan hati saya. Dia menuduh tindakan YBK memfailkan saman pada 23/4/2010 ke atas YAB Dato Menteri Besar Selangor dan beliau sendiri kononya untuk mengelak dari kepincangan yang didedahkan kerajaan negeri. YB Yaakob Sapawi menuduh

1. YBK tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan negeri
2. YBK cuba mengalih perhatian umum dengan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar dan EXCOnya
3. YBK hendak lari daripada apa yang diminta oleh Kerajaan Selangor.
4. YBK hendak pusing-pusing. Kalau hendak telus masukkan EXCO dalam lembaga. Kenapa itu enggan? Kalau YBK benar-benar mahu selesai masalah orang miskin, mari (serahkan) kepada kerajaan negeri. Yang kita minta bukan susah sangat, masukkan EXCO ke dalam lembaga pemegang amanah. Kenapa dia tidak berani letakkan Exco YB Rodziah dan YB Dr Hassan Ali dalam lembaga dia? Kalau hendak tulis masukkan lembaga kita dalam tu (YBK),” kata Yaakob.

Saya nak jawab soalan yang tidak bertanggungjawab lagi pembohong YB Yaakob Sapawi

1. Kerajaan Selangor bukan membuat pendedahan ke atas YBK tetapi melakukan tuduhan fitnah, berniat jahat dan salahguna kuasa. Maka itulah sebabnya YBK buat 4 laporan polis dan fail 3 saman. Malah kertas putih yang didakwa TIDAK PERNAH dibentang dalam persidangan DUN. Pembohong ! Yang diedarkan hanya Laporan Terhadap Tanah Milik YBK yang disediakan oleh Bahagian Audit Dalam dan hanya diedarkan kepada ADUN.
2. Memang YBK mahu rakyat tahu betapa Kerajaan Negeri Selangor sekarang zalim dan menekan sebuah NGO yang sudah 20 tahun menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan di Selangor khususnya. Biar mahkamah yang tentukan. Siapa yang pembohong dan salahguna kuasa.
3. Kerajaan Selangor TIADA ‘locus standi’ dengan YBK. Kenapa nak masuk rumah tangga orang ! Tak malu ke. Kerajaan Selangor bukan nak bantu tapi nak ambil alih YBK dengan menuntut nak jadi Pengerusi dan menguasai Lembaga pemegang Amanah YBK.
4. YBK dah cadangkan nama Dato Mohd Arif Abd Rahman Pegawai Kewangan Negeri dan Dato Nordin Sulaiman TSUK (Pembangunan) sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Tan Sri Arshad Tun Uda sebagai Penasihat YBK pada 16/10/2010 sebagai kesediaan YBK memastikan kerajaan Negeri selangor sentiasa mempunyai ‘stake’ dalam perancangan dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan. (lihat surat lantikan). Perlantikan mereka dari kalangan penjawat awam lebih sesuai supaya YBK sentiasa dilihat merentasi kepentingan politik. Tetapi YAB Dato Menteri Besar TAMAK dan terlalu banyak kepentingan politik. Dia nak lebih dari itu. Dia nak jadi Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO jadi ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, seterusnya menguasai YBK.

YB Yaakob Sapawi ? saya naka tanya. Siapa yang pusing cerita ? tak malu ke menipu. Atau tak tahu cerita hujung pangkal cuba nak jadi HERO melindungi YAB Dato Menteri Besar.

Friday, March 26, 2010

Abd Rahim Zain (Selangorkini)

Saya tak kenal Abd Rahim Zain, pengarang Selangorkini ni. Dan sesiapa yang kenal dia tolong panjangkan artikel ini kepada dia. Saya nak ulas dengan apa yang ditulisnya dalam Majalah Selangor yang diedarkan di masjid-masjid secara percuma. Mungkin artikelnya tak ada nilai sebab itu layak dalam platfrom percuma je dan memuatkan artikel murahan, tidak beretika, hampeh lagi tidak bermoral dan berunsur 'mala fide'. Kenapa dia menyediakan artikel Jangan Ikut Tabiat UMNO-BN yang langsung saya tak boleh terima disebabkan 'contents' dan methodolgy penulisannya.
Saudara Abd Rahim Zain ini cuba nak cakap pasal UMNO-BN. Seolah-olah UMNO-BN teruk sangat walhal saya yakin dia jadi orang pun sebab dasar UMNO-BN. Kalau tak keterlaluan, dia mengenal sembahyang pun disebabkan sistem pendidikan yang yang dicipta oleh UMNO-BN. (Kalau dia belajar sembahyang bukan diajar oleh guru sekolah UMNO-BN, tetapi belajar sendiri saya minta maaf). Lepas itu dia cerita pasal Khir Toyo nak justify tuduhannya terhadap UMNO-BN. Saya tahulah PKR yang bayar dia gaji tapi UMNO-BN yang menjadikan dia sebagai manusia. Patutnya cakaplah mana-mana dasar UMNO-BN yang setelah 53 tahun menjadi Melayu seperti dia. Ini tak, nak bantai UMNO-BN tapi cerita pasal Khir Toyo. Memang tak ada etika.

Yang saya geram dia sentuh, YBK yang menerima anugerah tanah. Ada penyelewengan katanya. Kalau betul ada penyelewengan buat laporan polis, jangan gunakan platform majalah percuma yang dibayar dengan duit rakyat untuk memburukkan YBK. Saudara Abd Rahim Zain ! kalau berani laporlah polis atau SPR. Saya nak beritahu tanah anugerah Kerajaan Selangor yang diterima oleh YBK. YBK hanya menerima 4 bidang tanah (premium dibayar)

1. Lot 2516 HSD 1922 Mukim Api-api Daerah Kuala Selangor - tanah ini dijadikan pusat latihan kemahiran Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Sijil Pendawaian Elektrik, Lanskap dan Pelukis Plan. Sehingga kini seramai 1,200 orang pelatih dari keluarga miskin telah mendapat faedah.

2. Lot 3702 Mukim Rawang - tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan lot kedai. Setelah siap YBK akan mendapat hartanah bernilai RM7juta dan bolehlah YBK merancang program2 kemiskinan

3. PT 1281 HSM 1229 Mukim Serendah - ini adalah kawasan Asrama Kasih yang telah menyediakan kemudahan kehidupan kepada 2,507 pelajar yatim dan miskin sejak tahun 1994,

4. Lot 1122 Mukim Serendah/Lot 3874 HSM 1230 Mukim Serendah - tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan bersama pemaju. Sekiranya siap YBK akan dapat hartanah bernilai RM7juta dan bolehlah YBK merancang program yang sesuai.

Saya nak tanya Sdr Abd Rahim Zain, mana penyelewengannya ? Cakap tulis jangan ikut sedap tangan je. Gunakan akal dan fakta yang jelas sikit.

Tuesday, March 23, 2010

Mohd Najib Tun Razak (Satu Malaysia)

SATU MALAYSIA adalah suatu gagasan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. 'Isme'nya telah diplopori sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Cuma sekarang ia hanya dijenama semula oleh kerajaan yang memerintah di bawah pimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. SATU MALAYSIA adalah usaha berterusan pembinaan suatu bangsa Malaysia yang bukan bersifat asimilasi kaum yang diamalkan oleh negara majmuk lain tetapi lebih merupakan semangat penerimaan antara kaum di negara ini.

Aspek utama Satu Malaysia adalah penerapan teras perpaduan iaitu semangat penerimaan, semangat kenegaraan (PERLEMBAGAAN dan RUKUNEGARA) dan keadilan sosial. Aspek Kedua adalah penerapan nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksaan dan inovasi.

Manakala 1ISRAEL adalah manifesto Parti Buruh Israel dalam usaha mereka memenangi pilihanraya 1999. Manifesto ini sebagai usaha parti supaya dilihat parti rakyat dan bukan parti elit. Walaupun apa kesudahannya, 1ISRAEL adalah propaganda parti untuk memenangi pilihanraya sedangkan SATU MALAYSIA adalah gagasan pembinaan bangsa Malaysia ke arah negara Maju pada tahun 2020. Ianya sama sekali TIDAK SAMA.

Tuesday, March 16, 2010

Ismail Hussein (Prof Tan Sri Emeritus Dr.)

Semalam, 15hb saya menghadiri Wacana 153 di UiTM Shah Alam anjuran bersama GPMS, GAPENA dan UiTM. Sesi diskusi pasal Fasal 153 Perlembagaan Malaysia. Saya berpendapat sesi ini sangat baik dan berguna kepada semua peringkat dan golongan rakyat Malaysia. Kalau mahasiswa (golongan sasar) mereka akan sedar dan akan lebih maklum dan menerima Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang. Kalau yang sudah bekerja sudah tentu mereka akan lebih faham kenapa peruntukkan fasal 153 dan fasal lain di peruntukkan oleh British semasa diberi kemerdekaan
Tetapi walaupun terkenal dengan watak lembut dan menjangkai umur 85 tahun, Ketua GAPENA Prof Tan Sri Emeritus Dr. Ismail Hussein lebih berani berbanding penceramah lain maupun pemimpin politik. Katanya mana-mana rakyat samada bukan Melayu maupun Melayu sekira bertindak bertentangan apatahlagi mempertikai peruntukkan Fasal 153 maka mereka tidak layak digelar warganegara. Saya setuju, halau saja mereka KELUAR DARI BUMI MELAYU INI.


Sunday, March 14, 2010

Mohd Khairi Yunos

Bekas staff YBK, jawatannya Eksekutif Kanan (Sosial). Secara ringkas tugasnya adalah menyelaras program sosial YBK seperti program sosio-ekonomi, pembangunan desa kasih YBK dan program bina-baru dan baik-pulih rumah keluarga termiskin yang dilaksanakan YBK. Sekarang dah bersara dan hanya melakukan kerja-kerja kampong termasuk jaga cucu di Sabak Bernam. Tadi semasa menghadiri program Hari Keluarga Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam dia turut hadir seperti biasa memberi sokongan moral.
Dia memberi tahu saya bahawa dia telah letak jawatan sebagai ahli jawatankuasa kampong sebab membantah tindakan kerajaan Negeri Selangor ke atas YBK. Saya sangat teruja bila dia berkata, dia dah bertugas dengan YBK (1994-2004) membantu dan melaksanakan program membantu kerajaan membasmi kemiskinan. Jadi dia tidak dapat menerima tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap YBK. Katanya dia tidak mahu bersubahat, dia mahu YBK tabah menentang tindakan zalim Kerajaan Negeri.

Tapi yang saya teruja lagi, ialah apabila dia berkata ada seorang bekas wakil rakyat mengesyorkan supaya YBK patut diserahkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, katanya.

Saturday, March 13, 2010

Ahmad Nayan

Hari saya ke Sabak Bernam menghadiri program Hari Keluarga Perttubuhan koperasi di situ. Meriah juga. Ia merupakan sebuah penempatan PPRT di situ. Saya sempat bersembang dgn Ahmad Nayan. Walau pun beliau adalah salah seorang peserta tetapi pandangan dan aspirasi tentang sosio-ekonomi lebih berwawasan dari pegawai daerah (saya pernah tulis sebelum ini).
Katanya setiap tindakan kita sebagai pemimpin komuniti bila merancang dan melaksanakan sesuatu untuk masyarakat mestilah bertepatan dengan feqah sebelum betul tasawufnya. Maksudnya semua kena mengikut sunnah atau peraturan alam sebelum Yang Berkuasa menjadikan ianya berkesan. Katanya lagi, bukan susah nak masuk syurga sebab bila kita berniat sesuatu yang baik, sudah dapat pahalanya. Apatah sekiranya ianya dilaksanakan dan ada makhluk yang mendapat faedahnya. Sedangkan untuk masuk neraka susah. Sebab kalau pun kita berniat membuat sesuatu yang tidak baik. . . selagi ia belum dilakukan, pintu taubat masih terbuka. Saya seronok sembang denganya tadi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 11, 2010

Aminah Abdul Rahim (Dr)

Dr Aminah Abdul Rahim buat kenyataan akhbar pasal isu kesuburan. Menurutnya wanita kita kurang subur. Ini menjejaskan jumlah penduduk negara. Menurut Jabatan Perangkaan, kadar kesuburan adalah bilangan purata anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup sehingga akhir tempoh reproduktif dan disepanjang tempoh itu tertakluk kepada kadar umur tertentu bagi tahun tertentu.

Secara mudahnya bermaksud bilangan anak secara purata setiap wanita sepanjang hidupnya (15-44). Maka sekiranya seorang wanita melahirkan 2 orang sepanjang hidupnya maka anak-anaknya akan menggantikan emak dan bapanya selepas ibubapanya mati. Apa yang cuba dibangkitkan oleh Dr Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk & Pembangunan Negara ialah sekiranya seorang wanita hanya terdaya atau mengada-ngada nak beranak seorang sahaja sepanjang hidupnya, maka lambat laun manusia akan pupus di muka dunia.

Tetapi tidak semudah itu. Sebab ada faktor-faktor lain seperti migrasi iaitu orang lari ke negeri lain atau pendatang berhijrah secara haram atau sah ke Malaysia. Atau mungkin Malaysia menerima bencana dan mala petaka yang menyebabkan ramai mati. Tetapi isu kesuburan bukan isu eksklusif wanita sahaja. Lelaki pun menyumbang kepada kadar kesuburan ini .

Wednesday, March 10, 2010

Kartika Sari Dewi Shukarnor

Pada 11/7/2008, dituduh & mengaku bersalah atas dakwaan minum arak, kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan oleh Mahkamah Tinggi
Kartika mahu menerima hukuman sebat itu dan minta dipercepatkan tapi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi merayu hukuman diringankan. Tapi dia tidak mahu merayu, reda dengan hukuman. Hukuman ditangguhkan hingga selepas Raya Idil Fitri. Lepas tu KDN kata tidak ada tukang sebat di Penjara Kajang. Oleh itu Kartika terpaksa dihantar pulang semula. Tapi sekarang 'tukang sebat' telah disediakan untuk melaksanakan hukuman sebat tersebut.

Sisters In Islam (SIS) pula kemuka memorandum bantahan dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan terhadap keputusan mahkamah itu. 14 NGO Islam (ABIM salah satu darinya) kesal dengan SIS. Kenapa tak pasal2 Kartika yang mendapat perhatian SIS ? Dia telah bertindak di luar peruntukkan Enakmen Pentadbiran Agama. Kena hukumlah. Nak kesian apa. Kalau kesian jangan dihukum, SIS tak tahu ke berapa yang isteri hampir dengan ibu tunggal dan anaknya macam anak yatim bila suami atau bapa dipenjara ? Tak kesian ke dengan isteri dan anak tu. Tak pasal-pasal buat salah dapat liputan media malah dapat tajaan ke umrah lagi you. Saya rasa sebat je. Lagi dia memang tak bercadang nak merayu. Supaya jadi pengajaran pada yang lain. ROTAN JE

Tuesday, March 9, 2010

Fairus Khairuddin

Sepanjang pengamatan cetek saya dalam politik, tiada ada seorang ahli politik yang akan menyalahkan dirinya kerana gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ahli politik. Samada menyalahkan rakan atau lawan atau partinya atau parti lawannya. Begitu juga lazimnya akan menyalahkan segala yang ada kecuali dirinya terhadap kemelut yang berlaku. Tetapi mendengar ucapan retorik mereka, kita sering dimomokkan bahawa seorang pemimpin berjiwa besar akan meletakkan perjuangan mengatasi segalanya.

Yang saya faham dari siaran lansung (mungkin saya salah) jelas Mohd Fairus akan menggunakan apa juga alasan yang sesuai dan logika untuk menutup kelemahan dirinya dengan menyatakan kelemahan orang atau organisasinya. Apa ciri seorang pejuangan ? Meletakkan perjuangannya di atas kecuali dirinya. Dan orang politik dalam keadaan apapun memang mahu sentiasa dilihat sebagai CHAMPION. BETUL KE ?