Hari ini saya sembahyang jumaat kat Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya. Bila khatib memulakan khutbahnya merasakan biasa mendengar suaranya. Akhirnya saya sedar Dr Hassan Ali, EXCO Agama Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Yang DiPertua PAS Negeri Selangor sedang membaca khutbah.
Saya manusia biasa. Sepanjang mendengar khutbahnya yang baik dan jelas perkataan, saya terganggu mengingatkan Dr. Hassan Ali juga seorang ahli politik. Memang saya prejudis dengan apa yang disampaikannya. Dia bercakap pasal kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Katanya, selama ini tiada siapa yang ingatkan kita bahawa kita bertanggungjawab menjaga Agama Allah. Kerajaan hanya mementingkan kejayaan dunia dan meninggalkan akhirat. Walau kita berjaya menjadi doktor pakar, jurutera atau pengurus kilang yang mempunyai beratus pekerja tidak ada gunanya di akhirat nanti. Sebab yang ditanya Allah adalah apakah jihad kita untuk Agama sepanjang kita hidup di dunia ini. Dia mengajak jemaah buka minda dan kembali kepada sistem Islam. Sistem sekarang tidak Islam, tidak mementingkan aqidah dan syariah. Sistem pendidikan sekarang adalah sekular dan mengabaikan akhirat.
Saya setuju kita mesti menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan memberi rahmat kepada sekian alam. Saya juga setuju kerosakan dan kepincangan akhlak yang berlaku sekarang. Tapi saya tidak setuju apa yang dibuat kerajaan lansung tidak mempertingkatkan taqwa kepada Allah. Usaha kerajaan melahirkan ramai orang Melayu (Islam) berjaya jadi doktor pakar membantu menyelamatkan nyawa supaya orang boleh terus beribadat bukankah jihad namanya. Jadi pengurus kepada beribu orang supaya dapat makan bagi anak bini makan bukankah jihad namanya. Termasuk usaha kerajaan membantu ramai orang Melayu dapat PHd supaya kaum Melayu juga setaraf dengan bangsa lain di dunia ini. Saya rasa loya bila dia berkhutbah mengatakan usaha kerajaan yang tidak Islamik, sedangkan dia pun bermula dari sistem pendidikan kerajaan ini. Dia langsung tidak menghargai jasa pemimpin terdahulu yang berjuang mengangkat mertabat Islam di negara ini. Dr Hassan Ali membaca khutbah macam ceramah politik, ada muslihat politik dan berkepentingan poilitik PAS sahaja. Sebab apa saya prejudis?, Sebab dia adalah Naib Presiden PAS. (Tak kisahlah kalau ada orang tak setuju atau sanggah pandangan saya ini)
orang cakap benda yg betul tu pun kau nk pandang serong kat hasan ali. memangla ada usaha kerajaan yang baik tp macam mana pula dengan yg lain? cukup ke kalo separuh buat baik tp separuh buat bangang? jadi kerajaan dh 50 tahun tp bank sistem riba merata2 kat m'sia ni. ni apa kes? pekerja kilang kat shah alam kalo nk solat jumaat kena bergilir setiap minggu. apa keje kerajaan ni? oppps mungkin ni konsep hadhari ko
ReplyDeleteHasan Ali baca khutbah dah dikira bagus. Kalau Khir Toyo, Mukhriz dan KJ (bukan kopi janda) baca khutbah, saya nak berkempen mati matian untuk mereka bertiga ini jadi ketua pemuda. Baru bagus kita ada 3 ketua pemuda. Parti lain cuma ada satu saja.
ReplyDeleteBro, kita mesti tahu membezakan yg mana isu dasar dengan isu terpencil. Kalau kilang yang suruh orang sembahyang jumaat bergilir itu isu kilang dikuasi oleh oleh yang bukan Islam atau yang tak faham Islam atau penguatkuasa Islam yang asyik berpolitik je. Samalah kalau orang tak sembahyanag jumaat takkan nak salahkan kerajaan jugak.
ReplyDeletePas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.
ReplyDeletePemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).
War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.
Daulatkan Bahasa Melayu.
Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP
sonang je ko nak alihkan isu... isunya pekerja nak solat jumaat tp bos kilang tak bagi. disuruhnya bergilir (mnggu ni boleh, mggu depan tak boleh). apa kerja kerajaan BN dh pegang kementerian pmbgunan sumber manusia 50 tahun? tak kirala bos kilang tu bukan islam ke.
ReplyDeletesekurang2nya hasan ali ada buat surau kat pasar malam utk galakkan org solat. tu baru brp bulan jadi exco. ko mgkin ingat ni soal/isu kecil je. tapi bab solat ni beb... ko nak gilir2 ke kejap masuk syurga, kejap masuk neraka?
sama la ada seorang pemimpin tu, suami jadi imam, tapi isteri tak mau pakai tudung.. kalau isu aurat pun susah nak paham, macam mana nak settle kan isu di gaza?
Bro,
ReplyDeleteJangan pergi jauh lah dan jangan tambah isu lagi. Nanti kita gaduh. Islam tak suka umatnya bergaduh dan berpecah-pecah. Tapi saya secara peribadi raikan perbezaan pendapat untuk menambahbaik. Saya cerita pasal khutbah Hassan Ali kat SS3 Al-Hidayah Kelana Jaya. Kalau bro ada dengar betulkan saya kot2 saya salah dengar. Tapi kalau saya pre-conceived atau prejudis (saya dah mengaku). Kalau bro tak ada di situ masa tu . . .jangan komen lah. Blog ini adalah tempat saya melontar pendangan peribadi saya.
tak berniat nak bergaduh. tapi berbalik kat khutbah hasan ali. tak nampak apa kurangnya. tak salah kalo hasan ali menegur kerajaan bila ada yang tak baik. sepatutnya kita sebagai rakyat menerima dan membuat apa yang patut (dalam tanggungjawab sekali dalam 5 tahun).
ReplyDeletetak perlu kita jadi pencacai/perkakas untuk memperbetulkan yg tak betul dalam negara ni. mungkin maksud hasan ali tu, kita perlu melaksanakan islam secara sepenuhya dan bukan secara sebahagian. saya pun cuma nak berbincang dengan tuan tp kalo tak suka komen orang, tutup jela bahagian komen kat blog ni.