Sunday, January 11, 2009

Nor'aini Awab @ Alias

Nor'aini Awab@Alias, seorang pensyarah di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Pahang. Dia menghubungi saya pada hari Jumaat 8/1/2009. Peranan beliau mudah tetapi cara beliau menjalankan tugasnya sangat berhemah dan sangat menyenangkan. Walaupun saya tak pernah jumpa orangnya tetapi setiap perkataan yang disampaikan kepada saya, saya dapat rasakan keikhlasannya. Akhirnya dia benar-benar membantu saya membuat keputusan penting tentang masa depan anak saya.
Begini ceritanya. Sebagai seorang pensyarah kepada anak saya di Kolej Professional MARA Indera Mahkota Pahang, dia bertanggungjawab memaklumkan kepada ibu-bapa prestasi anaknya yang belajar di kolej. Dalam kes saya ini, dia benar-benar telah membantu saya membuat keputusan. Tanggungjawabnya memaklumkan prospek dan potensi anak saya cukup mudah saya faham. Penyampaiannya yang ikhlas tanpa sebarang prejudis dan elemen cuba menghukum apatahlah melabel. Tak ramai orang macam ini. Saya rasa bangga berpeluang berurusan dengan orang yang macam ini. Dia memudahkan dan membantu. Mungkin dia memang mempunyai kebolehan menyampaikan dengan baik. Saya hanya ingin menggunakan platform blog ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Nor'aini Awab @ Alias kerana membantu saya menyelesaikan masalah anak saya di KPM Indera Mahkota. Saya berharap apa yang telah dilakukan kepada saya akan dihisab sebagai pahala oleh ALLAH swt. Saya juga mahu orang lain tahu kebaikan yang dilakukannya kepada saya dan anak saya. TERIMA KASIH Puan Nor'aini Awab @ Alias

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Selaku sahabat dan rakan beliau, saya memang bersetuju dengan pendapat encik zulhairy tentang sahabat saya ini. Saya bangga dengan komen encik walaupun hanya sebagai seorang sahabat....

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum...

    Memang tak ramai wanita yang berhati pendidik sebegini...dalam seribu atau sejuta mungkin ada..tapi kita pasti tercari-cari...walau apapun ingin saya nyatakan bahawa puan Nor'Aini awab adalah rakan sejawat saya di KPM Indera Mahkota dan selaku rakan sejawat dia banyak membantu saya dan pelajar-pelajar...

    ikhlas dari....haz6868

    ReplyDelete